KAKAK-KAKAK YANG MACAM ADIK AKU.


ha, sekarang ini sudah ada gambar semua kakak:

  • berbaju maroon itu adalah Kak Faiz, dia kira pendiam ke ataupun dia memang banyak gelak dari cakap?
  • apa sebenarnya warna baju Kak Enon eh? ah, yang baju biru tudung hitam, ah, dia mungkin tidak bercakap ketika dalam tidur sahaja.
  • gadis yang sudah jadi tetunang orang, Kak Iju, badan aku lebam sebab dia mempunyai tangan yang pantas dan tangkas.
  • cik jubah tudung hitam putih, Kak Maria: ibu angkat aku. AHAHAHAHA.(harus lah sentap makcik ni jika membaca ini.)
  • yang umpama Ikin Mawi adalah Sheima, dah nak kahwin tahun depan, kuaja laaaa.
yang penting, saya sayang anda semua. kalau anda belanja saya.

okay, minggu ini, ada beberapa aktiviti yang perlu dilunaskan dan beberapa tempat untuk dituju.

  1. Aeon - untuk membeli bra warna kuning neon yang sudah menjadi idaman. uu-yeah.
  2. Jalan Tar - untuk membeli tudung yang telah diberi duitnya oleh Ijat, Mumu dan Encik Tua Hairi.
  3. Sg. Wang - untuk membeli envelope clutch yang sudah aku perhatikan dari sebelum raya.
  4. Rumah Syam - untuk makan free. hello, apa lagi?
  5. Rumah Lye - lama tidak pulang ke markas, aku mahu lambung-lambung Addin dan Amzar.

dua tiga hari ini memang mengundang kemarahan.

mengapa bila mahu pre-reg tiba-tiba kena tukar password? kenapa selalu menyusahkan orang lain dan juga diri sendiri? adakah ini disebabkan tiada lagi kerja lain, ataupun lambakan pekerja sehingga tiada ada benda lain yang boleh dibuat?

kalau tukar tu, tukar macam biasa sahaja tidak apa, ini mahu bersyarat-syarat pula, kena kira score lebih dari 31 lah, apa lah, jika kamu tiada kerja, mengapa aku pula yang diberi tambahan kerja?


ucapan ini ditujukan khas buat sekolah saya, mengapa sekolah lain tiada masalah begini, saya sedang mengira hari untuk menjadi seorang graduan tanpa sabar, anda tahu?

aiiii la bengang!

adakah rahim ini minta diterajang?

sebulan dua kali period.



badan mula memberontak ye?
ke jiwa?

lima jiwa, dua peneguh hati.

satu malam,
duduk bersama 5 lagi jiwa,
belajar menjadi dewasa,
belajar merangkak mencari tuhan,
belajar bukan hanya diri menahan sukar.

malam keesokkannya,
menghadap dua peneguh hati,
maka keluar dari mulut segala punca,
sudah kerana apa rosak hati ini,
sudah kerana apa minda hilang warasnya,
sudah kerana apa hanya gembira yang dicari.
maka mulut aku buka,
supaya mengerti kedua-duanya,
supaya faham rasa peritnya,
supaya ternampak bayang rapuhnya.

buat lima jiwa, kamu itu aku simpan dalam hati,
kalau hanya simpan kata-kata,
aku bisa terlupa.

buat dua peneguh hati,
sudah lepas lelah aku simpan tiga suku jumlah hidup,
fahamlah kalian hendaknya,
betapa aku terdesak mahukan hidup yang sempurna.

buat mereka yang tidak mahu tahu,
cukup dengan tanda nyata,
yang aku ini hanya seorang perempuan gila.

selamat bertunang abang iju dengan kak jimi!







tolong kahwin cepat-cepat sebab saya mahu jadi anak angkat anda berdua.








kebodohan peringkat kebangsaan.

"kau senang fall in love?"
"senang, sebab aku susah dapat."


aii laa bangang gila jawapan macamgini, nampak benar la terdesak.

siap la aku pulang esok, aku terajang mereka yang berkenaan.

aku hantar mesej kepada kawan-kawan;

"saya bakal membuat cupcakes untuk anda,
sila kata sedap, jika tidak saya akan lari dari Tanah
Konon Suci."

Ijat;

"saya mahu chocolate cupcakes tau."
okay, ni aku tahan lagi, walaupun demand dia melampau.

Kak Maria;

"syapa buat la apapun akak akan appreciate, hehe..
akak nak yang huruf M ok?"
okay, aku memang sayang Kak Maria, orang lain aku tak sayang sangat.

Syam;

"syafa, mestila sedap cupcake yang kau buat tu. :)"
okay, aku sayang syam jugak, sebab dia belum rasa tapi dah puji.

yang lagi dua ekor ni aku macam nak lipat-lipat.

Mumu;

"pa, tak sedap lah, macam bantat."
ey laa pundek betul jantan ni.

Hazeman;

"tak sedap, pergi lah lari. anda perlukan exercise."
kalau kawan tu boleh dipanggang, dia adalah yang first. aku janji.

takpe, saya dah biasa ada kawan-kawan yang minta disula.

summary hari raya.

oleh kerana aku akan pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari kerana ingin menyiapkan tugasan yang cikgu-cikgu berikan, maka cuti hari raya aku summarizekan.

# Puan Shikin sudah boleh berjalan, tapi berdengket-dengket. nak bagi dia bengang, aku selalu lari setempat sambil jeling sombong ke arah nya.

# raya ini first time aku buat kuih raya, mati lah tak mahu buat lagi. definitely not my thang. siapa mahu kuih raya kangkang, you know where to find me.

# raya langsung tak best, kecuali pada hari Lye, my woundhealer datang. rumah terlalu havoc akibat hilaian kami. style.

# bawa balik empat assignments, hanya dua yang siap. keadaan ini dah dijangka.

# satu lagi jubah telah berjaya aku seludup dari simpanan makcik bomoh tua. hahaha, aku harap dia mengamuk bila aku dah balik KL.

# aku masih belum dapat mengorat bilal kampung yang masih bujang walaupun sudah berusia 50an. takpe, usaha tangga kejayaan.

# Batu Pahat sudah ada Sushi King dan Big Apple. mungkin tak lama lagi akan ada Nasi Lemak Mali's Corner, siapa tahu?


kalau tak sebab ikutkan ego sendiri, haruslah lagi banyak malu aku dapat. kan?


takpe, saya dah biasa _________________ rasa kosong.

hari raya yang cari gaduh.

ada satu perkataan untuk hari raya tahun ini. PENAT. sumpah penat gila. aku boleh mati keras kejung sebab penat sangat. jadi biar gambar sahaja bercerita.

amboi, bukan main gatal pakcik makcik ni.

aku cuba makan kepala Cik Mat sebab lapar, dia buat dang je.



aku malas nak letak gambar yang serius, sebab aku kelihatan seperti emak janda yang tidak sabar tunggu pemuda kampung datang beraya.



kita kena serius sikit kalau ibu kita jalan lambat.



hensem boy merajuk sebab Puan Shikin tak sediakan Baju Melayu untuk dia.



aku saja bagi peluang diorang semua kontrol ayu. over!



ini budak sekolah yang jahat, di bawah bimbingan aku.

malam kedua, family Mak Long dengan Pak Ngah sampai, rumah aku riuh. bila ada lagi dua tiga ekor beruk yang tak reti gelak slow-slow, Lye dengan Jijo. tapi style lah kitorang tidur lambak-lambak depan tv. oh, malam tu, bestfriend lamaaaaaaa datang bawak anak bini dia. lalu jumpa dengan anak-anak angkat lagi dua orang, geram la tengok diorang rasa nak lambung-lambung.



ini Haziq, si abang. "Hensem ke tak ni?" aku tanya, "Cemm." jawab dia.



ini Hairi, si adik. ultra comel. memang comel gila, kuat mengemas, suka makan, mulut banyak walaupun aku tak faham dia cakap apa. gigi sudah enam batang, comel okaaay.

ah, sementara ada banyak gambar aku dengan Lye, meh sini aku cerita pasal Lye, kezen paling rapat, kezen tempat aku sembur gelak tawa, and kezen tempat aku curah air mata, kezen paling memahami, kezen paling tidak berkira, kezen yang selalu ada dekat belakang menolak aku ke depan. dia juga adalah kezen yang kaki gaduh. 



dia perasan dia Siti Nurhaliza, tapi aku lebih diva.



kami berlagak macam artis, Min dengan Troy jadi mangsa.



oh, punggung yang lebar adalah warisan dari keturunan, kami dapat itu dari arwah nenek. jamban baik, apasal?



haaa, satu lagi, dia juga dah gatal nak bernikah.


takpe, saya sudah biasa buat anak orang macam anak sendiri.

melampau la raya aku.

Raya kali ini, aku baru tersedar, anak saudara aku sudah besar-besar. Sudah ada yang beranak pinak. Jadi secara teknikal nya, aku sudah berpangkat nenek. Ini kerana, adik beradik Cik Mat adalah dalam 15 orang, dan Cik Mat adalah anak ke14. Jadi aku dan Min adalah yang paling kecil dalam 3rd batch. Atuk, Ayah dan aku. Dan resam family belah Cik Mat, pangkat diutamakan, jadi aku ini adalah Grandma Syapa. Sungguh tidak seksi keadaan ini. Aku belum sedia menjadi nenek.

Akibat rasa segan yang mendalam, aku sambung tidur atas katil Puan Shikin berkuak lentang bagai.

Oh, sebab aku tidak mahu nampak seperti tua, aku tangkap gambar dengan anak saudara yang muda- muda sahaja. 



clockwise: Nana, 16 tahun. Wawa, 14 tahun. Fifah, 18 tahun. Dira, 21 tahun. Jaja, 16 tahun. Cik Syafa, belasan tahun. kitorang semua muda-muda lagi kan?

takpe, saya dah biasa jadi hot di hari raya.

sesi borak yang buat aku terdiam.

Her : chop..ko pnh x bcakap dgn hati ko?
          i mean kte kn ade suara within us?


takpe, saya dah biasa pujuk hati sendiri.

selamba hati aku remuk buat kali ke berapa ratus.

tetapi, aku kagum dengan sikap diplomasi kamu.

kamu bijak mengawal keadaan supaya hati ini tidak terluka.

ucapan ini ditujukan khas buat Gerard Butler kerana telah menolak lamaran aku malam tadi.

damn, son.

takpe, saya dah biasa makan hati.

aku marah semarah-marahnya.

seminggu sudah aku di rumah, semua aku uruskan.
dari racik makanan supaya tak tercekik,
sampai lah mandikan supaya tak bau macam sampah.

"pegi la mampos!"

tu je kata-kata yang terbaik kau boleh sembur dekat muka aku?
sia-sia saja lah tolong aku semua dekat kau,
sebab semua ikhlas dah terbang melayang.

cepat sangat lupa diri.
tak sedar diri hidup bergantung dekat orang,

ada hati lagi nak besar kepala?




BODOH.

takpe, saya dah biasa bengang simpan sendiri.

jom pegi melaka lagi sem depan?








okay, aku rindu teruk keadan ni, korang rindu tak?

Batrisyia dan Rayyana

semalam adik angkat Puan Shikin datang, on the way pulang ke Kedah beraya, mereka singgah berbuka di rumah. maka dapat laa aku bertemu dengan dua anak angkat kesayangan,

Batrisyia dan Rayyana.

mereka sungguh comel.

Tisya yang pelat si mulut banyak suka mengemas, aku masih menyuap dia dah angkat pinggan. Yana si kecil sudah pandai high five, pantang nampak muka aku asyik nak hulur tangan.

rugilah takde gambar.

Puan Shikin cerita, kecil-kecil kalau aku degil, dia akan jegil mata. dan aku akan tanya balik dekat dia, " kenapa ibu bulatkan mata dekat adik?" sambil jeling balik.

sikap kuat melawan memang sudah menular sejak dari kecil.


aku mahu tukar cita-cita lah. aku mahu jadi penculik kanak-kanak.

siapa lagi berani nak sindir aku dengan iklan rokok? haa?

sejak dari pulang,

2 batang rokok sehari.

sama dengan 6-7 batang kalau mahu kirakan.
berbanding 6-7 batang separuh hari.



woi, okay lah kiranya ni kan?

Yen, Hazeman, Ijat, Mumu.
janji tetap janji bai.

tapi Min balik esok. godaan pasti dahsyat.


*heh, mentang-mentang dah private blog.

belajar tabah seperti nuriahtun maria, yakin kan aku?

kalau bisa kamu buka semua deria.
resap mencari ruang untuk kekal.
langkah ke dalam kotak jiwa untuk ukir nama.
alir semua rasa dalam deras darah.
simpul janji-janji dengan tali hati.


kan indah kalau dunia semudah itu?

kan susah kalau hati sudah mula berasa?
terkejar-kejar atas jalan mimpi.
merenung, senyum, melayang, berbunga, terbang.

di telinga kanan, bisik ibu,
"jangan begitu, nak,
kenang kembali sakit yang dulu."
tersentak, diam.
tersedar, yang dulu mana pernah berjaya.

pusing pada peneguh-peneguh bahu,
" doa, doa, doa, doa."
jadi hati masih lagi bertahan.

kalau benar Tuhan tahu,
pasti baik hujungnya untuk aku.
kerana aku istimewa,
sayangNya lebih buat aku.


haaa, apesal?

sesi wrestling bersama angin.





nampak gaya angin tu kalah teruk, Cik Mat ni terer gila!

quality lushness!

saya sudah tidak tahan, saya terpaksa upload juga gambar mereka.
maaflah, kualiti kamera tidak dapat ditolong.


teng tereng!



minta maaf, mereka tidak mahu wajah mereka didedahkan.
mereka mewarisi sikap diva saya.
yang berdiri umpama tugu negara adalah Kesuma Dewi, dan yang baring sambil menggatal itu adalah Merah Andika.
gambar ditangkap ketika mereka mengantuk tapi saya paksa juga mereka pose.
ouh, perhubungan kami sebenarnya tidak direstui oleh Puan Shikin dan Encik Mat.
jadi buat masa ini mereka berdua tidur di rak kasut. saya akan bawa perkara ini ketengah.

inilah dua buah hati baru saya.
tetapi sila jgn salah faham, saya bukan bernafsu binatang.



p/s: saya masih menunggu email anda semua.

baru sehari setengah di rumah, aku sudah rindu kawan-kawan.

satu.
terima kasih buat PHT sebab jual pre-loved stuff saya. saya terharu.

dua.
saya ada dua buah hati baru, Kesuma Dewi dan Merah Andika. gambar akan diupload selepas kepulangan adik saya.

tiga.
siang tadi saya mandikan abang saya. perkara yang tak pernah saya bayangkan seumur hidup saya. oleh itu, tolong beri saya duit raya.

empat.
saya mahu privasikan blog ini. bersiap sedia beliau-beliau yang tersayang, beri saya email anda.


sekian terima kasih.

tidak sabar mahu habiskan cuti raya!











ini kegembiraan sehari sebelum pulang raya.
gambar-gambar di ambil oleh baby baru abang Hairi, Salma.
sungguh seronok, terlalu seronok.
sumpah ini tidak akan hilang dari hati begitu sahaja.
jadi aku syukur, biar sisi hitam melingkar mengelilingi tubuh.
warna-warna ini masih ada. mereka tahu tugas mereka.



oh, ini daddy Salma,
harus diberikan kredit, clap, clap, clap!
mahu lihat lagi, sila ke http://mhairitahir.fotopages.com/

a smirk. a grimace.

blog i rosak. i tak faham macamana links dan gambar kesayangan yang sepatutnya berada di sebelah kanan page blog i semuanya hilang.
i tak tahu nak buat macamana.
bila i nak edit, link nak ke layout dah takde.
yang ada templates aje.
i sedang panik. i dah la buta IT.
kalau i buat baru, mungkin i mati sebab i sayang entri-entri lepas.
macamana ni? ada siapa-siapa boleh betulkan blog i?
i belanja kasih-sayang.
i ikhlas.

please.


oh, selamat hari jadi Abang Hairi. 

Sypa sayang Kak Maria, Kak Enon, Kak Eju dan Kak Faiz.





mari aku kenalkan ahli dalam gambar.

gambar pertama:

makcik ni jarang dalam gambar, tapi still sama-sama dalam hati. nama dia Ijat, nama tipu dia Izzati. dia sungguh comel, dan mempunyai suara yang terlalu nyaring kalau dia jerit, tangan boleh automatis terlempang muka dia. dia gangster, apasal?

gambar kedua:

yang kedua ini adalah Hazeman, Kak Maria dan Princess. ada jugak Ain, tapi aku malas nak mention. haha. Kak Maria adalah kakak kegemaran aku dan Hazeman, dia kelihatan sangat sedap untuk dingendeng-ngendeng. best lah. Kak Maria, jadi kakak kitorang sebab Hazeman dengan Sypa takde kakak, walaupun Hazeman adalah kakak.

gambar ketiga:

jangan melampau boleh tak kalau ini pun tak kenal.

pokok yang salah ke, akak ofis tu yang salah?

sementara aku menunggu Nana datang kutip untuk dibawa ke kelas Methods of Da'wah, aku curi-curi dengar perbualan akak-akak mahallah office, antara isi yang menarik hati aku untuk menarik rambut mereka adalah;

"Kak Timah, Eton dah cakap dengan Kak Kiah nak tukar pokok bunga depan ofis ni lah. Dah boring dah bla bla bla."

oh, patutlah ligat benar menyaman budak-budak, nak tukar pokok bunga depan ofis rupanya.
rasa nak cekik orang.



obsesi terbaru:

Broken Strings by James Morrison feat Nelly Furtado.
asal aku dengar lagu ini tapi hati berbunga-bunga ye, padahal lirik punya lah sayu.


' belajar sabar Syfa, berganda nikmatnya nanti.'

aku malas jadi diva ni, susah sangat nak berehat.


selagi aku menyuap makanan halal dalam mulut aku,

selagi aku belum ada anak haram yang keluar dari rahim aku,

selagi aku mampu sujud ke arah tuhan aku sendiri,

selagi itu kau tiada hak untuk sentuh apa-apa tentang ibu ayah aku.




jauh beza kau dengan ibu ayah aku,
aku junjung mereka atas kepala,
sedangkan mahu pijak muka kau pun aku jijik.






sila sedar diri sedikit.

senyum aku, senyum malam, senyum bulan.

this is not about poems, neither about politics.this is not about elites, neither about mass.this is not about life, neither about death.this is not about equality, neither about discrimination.this is not about happiness, neither about frustration. this is not about worship, neither about revenge.


this is about me, and ways to find you.



aku nampak gatal tak bila tulis benda-benda macamgini?

kawan-kawan aku paling manis dalam dunia! nyam nyam.

hari ini dan semalam, seperti yang telah diperkatakan, aku makan free, semalam rumah Kak Faiz(terima kasih bagi makan!) dan Abang Hairi(sypa nak culik saffiyah boleh?), first time masuk dalam budaya aku, jenis pergi berbuka rumah orang lepas tu lepak sampai malam pekat. haha, tapi enjoy okaayy. dan seperti biasa, aku dan Yen perform. haih.

apa yang ingin dikupas disini, aku kekaguman melihat betapa utuhnya friendship Mumu dan akak-akak dan abang-abang senior ini. mereka cukup rapat, dan berperangai budak-budak, dan nakal gilaaaaa. (aku sedang merajuk dengan Kak Maria, apesal?)

tapi seronok lah kan, ada friendship macamtu, yang membawa kepada friendship aku dan kawan-kawan lain (sila rujuk gambar di entri-entri dibawah). kali ini aku betul-betul bersyukur ada kawan macam mereka, mereka angkat aku dari rebah. tu yang best tu.

dan ini first time ibubapa aku approve secara terang-terangan, kawan-kawan yang lain tu, mereka diam saja.

seronok kan berkawan-kawan mengawan tanpa ada kusut masai, huru-hara. kan? kan?

oh, nota tambahan: mahu lihat gambar aksi kegemilangan kami, sila jengah di sini dan sini.

aik, dah dekat tujuh lapan tahun baru nak datang balik?

kan aku sudah bilang, aku ini manusia yang sudah hitam hatinya bersalut dengan dendam.

separuh hidup aku habis melayan pijak orang atas kepala sendiri, takkan nak biar lagi separuh ikut mati.

kalau dulu kau dengan sombongnya tikam aku dari belakang, takkan sekarang ada niat pula untuk pulang.



jangan malukan diri sendiri, kau sudah salah tempat singgah.


aku tiada masa untuk buka balik buku lama.

nak bagi tajuk apa dekat entri ni?

#1
seminggu ini, selamba aku rehat.
tapi minggu depan, aksi otak mencair meleleh menderu-deru keluar dari telinga akan bermula. 2 tests, 2 assignments, 1 research process perlu disiapkan dan disubmit.
aku mahu raya dengan tenang, boleh? cikgu-cikgu sekolah aku harus dilempang bertubi-tubi dengan selamba.

#2
Sabtu, Ahad, Asnin.
hari diatas adalah hari jimat, berbuka puasa di rumah orang, walaupun rumah hari Sabtu aku tak pernah jumpa pun orangnya, Kak Faiz kawan Mumu, tapi aku selamba paksa Mumu bawak jugak aku, haa, apesal? hari Ahad rumah Abang Hairi, selamba jugak aku menyelit. hari Isnin, Akub bayar niat, belanja buka, aku suka betul.

#3
Ijat ajak kitorang naik tangga Batu Caves, aku risau bila dah naik, aku tak larat turun, lepastu sami sana salut badan aku dengan tepung kuning, and orang yang datang nak sembahyang tersalah sembah.

#4
tiga hari straight kitorang karaoke. jika Puan Shikin tahu, dia akan hambat aku seluruh kampung walaupun dia tak boleh jalan lagi. bukan salah aku, diorang yang paksa.

#5
Jumaat depan sudah mula cuti raya, Min akan mula cuti seminggu kemudian. aku dah rasa bahang raya sebab dah tentunya aku kena buat semua. raya kali ini, raya di rumah, tak merasa berjalan, sebab ada dua wheelchair di rumah, susah nak bawak berjalan. korang jemput datang dan bawak peket duit raya, kalau takda, sila raya rumah sebelah walaupun korang tak kenal.




oh ya, belajar terima pendapat, setakat melenting, marah tanpa usul periksa, hanya akan buat kamu terbiasa menjadi seperti orang yang tidak berpelajaran, kerana orang lain adalah cermin diri kita! go Kak Maria!

bitter heart, bitter heart.

remember this deal?

everyone is one their way to let me pay for Kota Keriangan Genting Highland.
baik, aku mula simpan duit.

oh, and Yen, please ignore the "I'm still standing because you are single too." saying. that's bullshit, my bad. it shouldn't stop you from having a brand new relationship. now go put your ass in it, and me, I'll be just fine.

tu lah engkau, tak sedar diri!

kali ini aku frust betul.
first time suka orang secara serius setelah tiga tahun berseorangan.
sudahnya mati sebegitu sahaja.

Suluh dah nak kahwin.
betul-betul dah nak kahwin.
dan sebenarnya dia tahu kondisi yang aku suka dia.
dan tiada apa-apa respons.
dan aku faham keadaan itu maksudnya apa.


gila babi lah keadaan ni woi.
sumpah.

sumpah aku frust gila.
sumpah terdiam aku bila dengar berita.
sumpah aku pedih sebab tak boleh buat apa-apa.


ceh, malas dah nak suka dekat orang.