nak bagi tajuk apa dekat entri ni?

#1
seminggu ini, selamba aku rehat.
tapi minggu depan, aksi otak mencair meleleh menderu-deru keluar dari telinga akan bermula. 2 tests, 2 assignments, 1 research process perlu disiapkan dan disubmit.
aku mahu raya dengan tenang, boleh? cikgu-cikgu sekolah aku harus dilempang bertubi-tubi dengan selamba.

#2
Sabtu, Ahad, Asnin.
hari diatas adalah hari jimat, berbuka puasa di rumah orang, walaupun rumah hari Sabtu aku tak pernah jumpa pun orangnya, Kak Faiz kawan Mumu, tapi aku selamba paksa Mumu bawak jugak aku, haa, apesal? hari Ahad rumah Abang Hairi, selamba jugak aku menyelit. hari Isnin, Akub bayar niat, belanja buka, aku suka betul.

#3
Ijat ajak kitorang naik tangga Batu Caves, aku risau bila dah naik, aku tak larat turun, lepastu sami sana salut badan aku dengan tepung kuning, and orang yang datang nak sembahyang tersalah sembah.

#4
tiga hari straight kitorang karaoke. jika Puan Shikin tahu, dia akan hambat aku seluruh kampung walaupun dia tak boleh jalan lagi. bukan salah aku, diorang yang paksa.

#5
Jumaat depan sudah mula cuti raya, Min akan mula cuti seminggu kemudian. aku dah rasa bahang raya sebab dah tentunya aku kena buat semua. raya kali ini, raya di rumah, tak merasa berjalan, sebab ada dua wheelchair di rumah, susah nak bawak berjalan. korang jemput datang dan bawak peket duit raya, kalau takda, sila raya rumah sebelah walaupun korang tak kenal.




oh ya, belajar terima pendapat, setakat melenting, marah tanpa usul periksa, hanya akan buat kamu terbiasa menjadi seperti orang yang tidak berpelajaran, kerana orang lain adalah cermin diri kita! go Kak Maria!

No comments: