hari raya yang cari gaduh.

ada satu perkataan untuk hari raya tahun ini. PENAT. sumpah penat gila. aku boleh mati keras kejung sebab penat sangat. jadi biar gambar sahaja bercerita.

amboi, bukan main gatal pakcik makcik ni.

aku cuba makan kepala Cik Mat sebab lapar, dia buat dang je.



aku malas nak letak gambar yang serius, sebab aku kelihatan seperti emak janda yang tidak sabar tunggu pemuda kampung datang beraya.



kita kena serius sikit kalau ibu kita jalan lambat.



hensem boy merajuk sebab Puan Shikin tak sediakan Baju Melayu untuk dia.



aku saja bagi peluang diorang semua kontrol ayu. over!



ini budak sekolah yang jahat, di bawah bimbingan aku.

malam kedua, family Mak Long dengan Pak Ngah sampai, rumah aku riuh. bila ada lagi dua tiga ekor beruk yang tak reti gelak slow-slow, Lye dengan Jijo. tapi style lah kitorang tidur lambak-lambak depan tv. oh, malam tu, bestfriend lamaaaaaaa datang bawak anak bini dia. lalu jumpa dengan anak-anak angkat lagi dua orang, geram la tengok diorang rasa nak lambung-lambung.



ini Haziq, si abang. "Hensem ke tak ni?" aku tanya, "Cemm." jawab dia.



ini Hairi, si adik. ultra comel. memang comel gila, kuat mengemas, suka makan, mulut banyak walaupun aku tak faham dia cakap apa. gigi sudah enam batang, comel okaaay.

ah, sementara ada banyak gambar aku dengan Lye, meh sini aku cerita pasal Lye, kezen paling rapat, kezen tempat aku sembur gelak tawa, and kezen tempat aku curah air mata, kezen paling memahami, kezen paling tidak berkira, kezen yang selalu ada dekat belakang menolak aku ke depan. dia juga adalah kezen yang kaki gaduh. 



dia perasan dia Siti Nurhaliza, tapi aku lebih diva.



kami berlagak macam artis, Min dengan Troy jadi mangsa.



oh, punggung yang lebar adalah warisan dari keturunan, kami dapat itu dari arwah nenek. jamban baik, apasal?



haaa, satu lagi, dia juga dah gatal nak bernikah.


takpe, saya sudah biasa buat anak orang macam anak sendiri.

No comments: