Raya kali ini, aku baru tersedar, anak saudara aku sudah besar-besar. Sudah ada yang beranak pinak. Jadi secara teknikal nya, aku sudah berpangkat nenek. Ini kerana, adik beradik Cik Mat adalah dalam 15 orang, dan Cik Mat adalah anak ke14. Jadi aku dan Min adalah yang paling kecil dalam 3rd batch. Atuk, Ayah dan aku. Dan resam family belah Cik Mat, pangkat diutamakan, jadi aku ini adalah
Grandma Syapa. Sungguh tidak seksi keadaan ini. Aku belum sedia menjadi nenek.
Akibat rasa segan yang mendalam, aku sambung tidur atas katil Puan Shikin berkuak lentang bagai.
Oh, sebab aku tidak mahu nampak seperti tua, aku tangkap gambar dengan anak saudara yang muda- muda sahaja.
clockwise: Nana, 16 tahun. Wawa, 14 tahun. Fifah, 18 tahun. Dira, 21 tahun. Jaja, 16 tahun. Cik Syafa, belasan tahun. kitorang semua muda-muda lagi kan?
takpe, saya dah biasa jadi hot di hari raya.
No comments:
Post a Comment