Batrisyia dan Rayyana

semalam adik angkat Puan Shikin datang, on the way pulang ke Kedah beraya, mereka singgah berbuka di rumah. maka dapat laa aku bertemu dengan dua anak angkat kesayangan,

Batrisyia dan Rayyana.

mereka sungguh comel.

Tisya yang pelat si mulut banyak suka mengemas, aku masih menyuap dia dah angkat pinggan. Yana si kecil sudah pandai high five, pantang nampak muka aku asyik nak hulur tangan.

rugilah takde gambar.

Puan Shikin cerita, kecil-kecil kalau aku degil, dia akan jegil mata. dan aku akan tanya balik dekat dia, " kenapa ibu bulatkan mata dekat adik?" sambil jeling balik.

sikap kuat melawan memang sudah menular sejak dari kecil.


aku mahu tukar cita-cita lah. aku mahu jadi penculik kanak-kanak.

No comments: