belajar tabah seperti nuriahtun maria, yakin kan aku?

kalau bisa kamu buka semua deria.
resap mencari ruang untuk kekal.
langkah ke dalam kotak jiwa untuk ukir nama.
alir semua rasa dalam deras darah.
simpul janji-janji dengan tali hati.


kan indah kalau dunia semudah itu?

kan susah kalau hati sudah mula berasa?
terkejar-kejar atas jalan mimpi.
merenung, senyum, melayang, berbunga, terbang.

di telinga kanan, bisik ibu,
"jangan begitu, nak,
kenang kembali sakit yang dulu."
tersentak, diam.
tersedar, yang dulu mana pernah berjaya.

pusing pada peneguh-peneguh bahu,
" doa, doa, doa, doa."
jadi hati masih lagi bertahan.

kalau benar Tuhan tahu,
pasti baik hujungnya untuk aku.
kerana aku istimewa,
sayangNya lebih buat aku.


haaa, apesal?

5 comments:

kerepekpisangikanpari said...

sypa,
sebenarnya ni semua cuma cabaran sebelum jumpa yang sebenarnya.And kadang-kadang kita ni kena ada sikap jangan fikir sangat.Saya tau,benda ni susah.Kita mesti akan terfikir jugak.Sebelum tidur and time duduk sesorang,mesti fikir.Saya dah rasa tu semua.Sypa pun tau kisah saya yang suka dekat orang tu,suka dekat orang ni,berkawan dengan orang tu,berkawan dengan orang ni sebelum saya jumpa yang sekarang ni(harap kekal,amin).Tu semua pengalaman mengenal jenis manusia.Tapi dalam masa mencari tu,jangan lupa doa dan berserah je.Tuhan tu maha adil dan tahu apa yang terbaik utuk kita.

p/s:sengaja guna "saya".hehe.

Syfa Nisa M said...

ain, ni bukan awak dah hantar dekat phone saya ke? haha. thanx btw, i need this. i need you.

Mumu said...

Satu je la aku nak cakap...Hidup ni kunci dia kena sabar...Kalau kau nak benda tu cepat,lagi cepat la benda tu hilang...Allah tu Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..Lagi banyak kita sabar, lagi banyak rahmat Dia bagi...Jangan jadi orang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..Kalau sekarang bukan masanya, maka Allah tahu kau belum bersedia..Just deal with it..He is just being JUST to you coz u know He knows whats the best for you..So, just wait for the best...Kalau dah pengakhirannya kita doa and kita tak henti2 serah diri pada Allah, yang terbaik itu yang akan tunggu..Aku malas nak ckp panjang2..Ko pkla..

Syfa Nisa M said...

mu, boleh tahan panjang cakap kau ni. haha. i know you knew me well. things were told before, aku ajak diri sabar, tapi tu lah. aku hamba yang sering menganiaya dan menzalimi diri sendiri. jadi, biasa la tu.

and yes, i need you, and i need this.

putihreddish said...

terharu bile syfa atulis "belajar tabah seperti nuriahtun maria"..syfa xtau dh bnyk kali je akak dh kecewa n patah hati lalu kecundang..tapi berkat doa diri sendiri,doa ibu,doa kawan2 sememangnya buat akak tabah..

setabah-tabah akak pon,x bererti hidup yg dijalani itu mudah..still kena b grounded and akhirnya turn to the Almighty..sama2 la kite berdoa n tabah mengharungi liku2 kehidupan ni dik..

voila!!