satu malam,
duduk bersama 5 lagi jiwa,
belajar menjadi dewasa,
belajar merangkak mencari tuhan,
belajar bukan hanya diri menahan sukar.
malam keesokkannya,
menghadap dua peneguh hati,
maka keluar dari mulut segala punca,
sudah kerana apa rosak hati ini,
sudah kerana apa minda hilang warasnya,
sudah kerana apa hanya gembira yang dicari.
maka mulut aku buka,
supaya mengerti kedua-duanya,
supaya faham rasa peritnya,
supaya ternampak bayang rapuhnya.
buat lima jiwa, kamu itu aku simpan dalam hati,
kalau hanya simpan kata-kata,
aku bisa terlupa.
buat dua peneguh hati,
sudah lepas lelah aku simpan tiga suku jumlah hidup,
fahamlah kalian hendaknya,
betapa aku terdesak mahukan hidup yang sempurna.
buat mereka yang tidak mahu tahu,
cukup dengan tanda nyata,
yang aku ini hanya seorang perempuan gila.
1 comment:
wah..tancap di hati
Post a Comment