rungutan ke empat ratus
tapi dah jadi tak seronok, bila saudara mara kau datang mengadu dekat kau, cakap macam-macam, cakap benda-benda buruk, buat telinga kau panas, buat muka kau merah-merah pedih walaupun benda tu betul.
sebab kau anak yang pegang maruah ibu ayah kau menghadap pak cik mak cik kau setiap kali ada makan-makan, perjumpaan atau apa-apa yang melibatkan keluarga besar.
kau mesti rasa semak otak bila kau dengar yang buruk-buruk pasal anak ibu ayah kau yang lagi seorang, tak habis-habis buat masalah sejak dari dulu lagi.
tak ada rasa tanggungjawab, tak ada rasa malu.
menumpang rumah pakcik makcik, setiap hari duduk rumah, terkangkang tengok tv, keluar pakai kereta orang buat macam kereta sendiri, bila takde duit mintak ibu ayah masukkan duit, sampai rokok pun pakcik yang support.
kau bukan takut nak bercakap, tapi kau serik bergaduh adik beradik, kau serik nak berdarah-darah muka walaupun kau perempuan. kau serik nak mengaku sedarah sedaging bila kau dah hampir kena bunuh, cuma sebab kau nak betulkan salah silap.
kau bukan cemburu bila ibu ayah membela, sebab kau tahu apa ibu ayah rasa bila anak dicuit orang, tapi kau rasa meluat sebab bila makin diam, makin melampau. kau rasa geram bila cerita selalu dipusing semula, nak tunjuk tak salah lah sebenarnya.
kau rasa bodoh bila kau terpaksa diam sahaja, kau rasa kesian ibu ayah di kampung malu walaupun tak tahu cerita.
jadi, buat abang,
aku tak minta kau hidup sebagai seorang abang, aku tak pernah rasa aku ada kau sejak dari dulu, pernah aku doa minta kau mati sahaja, jahat bunyinya, tapi aku tidak kira.
aku cuma minta kau lepaskan maruah ibu ayah, aku cuma minta kau jadi manusia, disaat seusia kau, orang lain sudah kumpul harta, bukan menumpang meminta belas hidup dari orang lain.
siapa nak jadik abang aku, please?
the greatest ACTOR alive.
Khamis lepas ada kenduri bagi-bagi tugas, perkahwinan abang saudara, aku dengan kacaknya memegang tugas penghandle bunga telur, sebagai bos besar. Holiyau!
Keadaan yang paling poyo terjadi kepada aku dua hari berturut-turut pada waktu yang lebih kurang iaitu petang-petang time sedap makan goreng pisang. Kepala hotak lah, apa lancau mimpi jadi girlfriend Chuck Bass? Signifikasi? Hadeh. Aku rasa musim sangap sudah tiba sekali lagi.
Loan masih tak keluar, miskin gila aku, boleh tak pihak berkenaan jangan seksa aku begini sekali?
Khabar berita baru, bestfriend dari sekolah sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, tidak sabar mahu beraksi. Haih, gila poyo.
Hari Rabu, ada pragmatics test, 10 marks bonus, semua chapters keluar, maksudnya satu buku. Hoi, kelas baru dua kali kot, dah nak kuiz satu buku?
Oh ya, happy belated birthday ex-bestie! I love you too.
aku di tanah-konon-suci, penyamaran!
Who I Want to Meet:
a bunch of girlfriends with radar-eyes who can bitch almost about everything over nasik lemak ayam,sirap limau and pack of shared ciggies. it affectively relieves!
Tengok, beg punya pasal pun aku boleh sakit hati.
Sebab ada lagi orang lain yang boleh terima apa yang aku pakai, ada lagi orang yang puji beg aku cantik or apa sekalipun yang boleh buat aku senang hati dengan barang kepunyaan aku sendiri, sila simpan semua isi kutukan kau dengan kawan-kawan kau dalam poket kau sendiri.
Mungkin sebab kau nak sedarkan aku pasal something yang aku pakai buat aku buruk di mata kau, tho kau admit kau tak pernah malu jalan dengan aku, kita pun dah cakap pasal ni dulu, tapi aku rasa bukan dengan beritahu aku, kawan kau cakap beg yang baru aku beli tu ‘hanjing sangat’. Aku pakai sebab aku suka, kalau kau tak suka atau kau rasa aku ni lame sangat, kau diam je. Or maybe cakap kau memang tak pernah interested dengan fesyen aku, itu dah cukup.
Dan aku pakai duit sendiri kot, or at least duit Cik Mat, and dia tak pernah cakap apa-apa pasal pakaian aku.
Sorry for disappointing you bro, I am not fashionable enough to make you happy being my friend.
Isu aku dengan kawan-kawan memang takkan habis.
Lagu takde kena-mengena: I <3 You by 2 O'clock Girlfriend.
Gila kau, hidup aku memang membuang masa sahaja.
Hari pertama:
Tiba jam 5:30 petang, aku pergi rumah Lye dengan menaiki tren.
Jadi bayangkan keadaan umat manusia,
jadi keputusannya: migraine sepanjang malam.
Hari kedua:
Pagi-pagi aku sudah bangun(terseksa siol hidup begitu), pergi mencari ptptn di chase perdana dengan Lye, mula-mula salah jalan, siap masuk parking, rugi RM2. tu lah, sape suruh tak mau bertanya. Okay lah, sudah jumpa chase perdana, masuk parking lagi, sejam RM3.50(pundek, kata aku dalam hati), melayan rempit penjaga parking, gila babi geli, (terutamanya dengan :”sayang, bak tiket tu sayang”, kepala pundek kau.)
urusan aku dengan PTPTN : 10 minit. babi.
Hari ketiga:
Siap-siap mahu pergi RTW atas pemayungan Jijo, lepas itu beliau buat hal, tidak mahu ambil di rumah Lye, atas alasan apa aku tidak tahu pundek dia lah, okay lagi aku tunggu di tempat kerja Lye. Menunggu sehingga 2 jam, takkan lah tak naik darah kan? Tambahan Si Hot Hanna yang menunggu terpaksa balik awal, aku text Jijo, “gue tak jadik pergi.” Tunggu macam sial, lepastu kang rugi duit, band pulak nak harapkan TWKUA je, baik mati sahaja. Sudahnya outing dengan 4 ekor budak lelaki nakal(seekor berwajah exbf yang perlu direjam, ternganga sial aku.) dan jijo datang menyebok juga. Phbbtt.
kaki lenguh hingga tak boleh tidur + migraine lagi.
Hari keempat:
Lepak di rumah lye, bangun lambat sikit 10:30 pagi (tak cukup jugak siaaaaa.) pergi rumah ain ambil laptop yang dah takda monitor pakai LCD (yang berat macam lebih baik buat kerja buruh binaan dari angkat benda tu) dan juga bedset yang aku paksa dia basuh, pergi Mydin dengan Lye dan Min beli meja study yang kecil tu sebab kadang-kadang kaki aku kebas asyik tergantung atas kerusi je, cek duit loan yen kata dia punya dah masuk tapi aku cek ada RM12.90 je dalam tu (pundek, bapak aku nelayan siaaa, masukkan duit cepat sekarang!) bungkus McD, Lye menyumpah sebab prosperity burger pedas nak mampus, balik tanah-konon-suci penat mengangkut sampai third floor, pastu terbongkang tanpa peduli keadaan sekeliling.
aku memang tak pernah rancang pun nak kemas bilik, aku rasa better biarkan bersepah.
nota buat puan shikin juga encik mat.
SEBENARNYA NOTA NI UNTUK DIRI AKU SENDIRI!
ARGH, TAK NAK BALIK!
august burns red, takda kena mengena pun.
okay, aku mahu cerita tentang situasi rumah kampung aku dan keadaan sekeliling, sementelahan aku mahu pulang ke kuala lumpur di esok hari.
sebulan aku cuti di sini, banyak sangat cerita tak enak aku dengar, berkenaan jiran-merangkap-saudara mara aku jugak. rumah mereka sebelah je dengan rumah aku, dan rumah aku pula dibina menghadap rumah sebelah, bukan jalan raya. mengapa cik mat dan puan shikin fikir begitu semasa ingin membina rumah ini, aku pun sukar mahu pastikan. dan kini mereka juga yang banyak sakit hati.
cerita berkisar tentang kakak ipar cik mat. abang beliau memang takde masalah. dah tua lagipun, 80-an.
kakak ipar cik mat memang banyak masalah. dari hal beliau laki bini, anak cucu, hinggalah hal orkid rumah aku.
kadang-kadang aku memang tidak faham, beliau itu orang tua, patut banyak pengalaman, patut pandai handle orang yang lagi muda. ini makin tua, makin budak-budak perangainya.bukan juga aku mahu kutuk perangai orang kampung, atau aku sekeluarga terlalu bandar.
tapi kalau setiap kali cik mat dan puan shikin beli orkid baru, esok beliau ajak anak beliau keluar nak beli orkid yang sama, apakah maksudnya?
atau, sepupu aku baru sahaja meninggal minggu lepas, beliau tidak pergi melawat, (aku mahu tekankan yang sejak dari arwah sakit, beliau tidak pernah melawat.) alasannya sawan mayat. tapi aku lihat elok sahaja gelak ketawanya.
juga aku dengar lagi sikap memilih kasih antara cucu-cucu beliau. gila tak relevan.
cucu 1: boyfriend hantar pulang ke rumah, siap jemput masuk minum.
cucu 2: abang aku jemput pulang dari berzapin, dikatanya gatal naik motor dengan jantan.
hish, kalau aku duduk serumah sama-sama dengan dia, boleh naik gila.
oh, kebun belakang rumah aku ada banyak babi, sebulan sekali ada cina loktang datang masuk kebun tembak babi-babi tu, buat sataaayy.
ini merdeka ke apa ini?
Credits required
122
Credits completed
83.5
lagi 3 semester aku bakal menghabiskan semua credit hours.
dan akan grad.
aku rasa sebenarnya, aku sangat lalai.
khamis aku mahu pulang, ibu ayah tinggal di kampung. aku mahu isi mereka dalam poket dan bawa bersama.
"wawa dulu tu tokey dik, jangan main-main oi. die kalau bab judi, memang tere. ibu selalu kene buli dgn die."
wawa seperti yang dirujuk di atas adalah makcik keempat aku, kakak kepada puan shikin hobi dia memang mencarut. ye, mencarut dengan tidak pasal-pasal.
contohnya;
aku: wawa, lawa gila wawa hari ni! fewwiitt.
wawa: (tengah tersipu-sipu malu ni,) hehe, pukimak betul la kau ni dik.
okay, sambung pasal diorang masa kecil-kecil balik.
adik beradik ramai. balik sekolah diorang akan main lah, sama je mcm aku kecil dulu. permainan kegemaran, adalah permainan judi.
tak kira lah berunsurkan apa, dan barang taruhan adalah gelang getah.
mula-mula main terup, kalah bayar gelang getah.
lepastu adalah lagi berbagai-bagai permainan yang berunsurkan judi, tapi yang paling aku tak tahan nak gelak, bila dah habis idea, tak tahu nak main apa, main buka mukasurat. JUGA BERUNSURKAN JUDI. gila babi.
cara main mcmgini:
1.buka muka surat buku atau majalah sekali seorang.
2.campurkan dua nombor yang dekat mukasurat tu, contohnya 63 = 6+3:9
3.siapa dapat paling banyak, dia menang.
4.yang kalah, bayar gelang getah.
dan seperti biasa, wawa lah yang selalu menang. puan shikin selalu kena buli.
aku kecik-kecik dulu adalah main-main dgn lye, ain, jijo semua, tapi takde lah judi. main teng-teng je pun, tak pun main nyorok-nyorok. walaupun gelang getah, tapi judi jugak kan.
ga-hah.
munawar hafizie mukmin
jahat kan? tapi aku nak cerita jugak, ada satu cik adik ini, cik adik lelaki, aku baca comment-comment mereka, adalah berbunyi macam nak tanya adik aku yang ni gay ke. baca punya baca, jawapan dari adik aku adalah tidak.
YEAY!
aku selalu fikir adik aku gay, sebab adik aku ni macam lembik semacam, tak laa lembut lemah gemalai minta penyepak, tapi tak cakap style lelaki, berkepit je dengan cik mat dan puan shikin, keluar main luar rumah pun tak nak.
betul weh, susah nak describe, orang-orang yang kenal je yang tahu.
bila dia sambung belajar lagi satu hal, aku tengok kawan-kawan dia pun lembut jugak, aku tak cakap la gay, tapi lembut la, haih.
aku cuba tanya satu masa dulu, konon nak berbual hati ke hati la dengan dia, last-last aku kena marah.
tapi aku tak puas hati, takut kot.
sampai la cuti lepas, lepak rumah mak long, buka kantin dengan dia dan lye, last-last dia cerita kisah patah hati yang mana dia suka sorang pempuan and pempuan tu mainkan dia.
aku sujud syukur.
serius.
jadi tidak ragu lagi dia straight.
aku bukan tak suka gay, malah bestfriends aku jugak gay, seekor melampau seekor tidak melampau. tapi jika mahu aplikasikan keadaan ini dekat adik aku, sukar sedikit mahu terima sebab dia darah daging.
teng tereng.
yelah, apa lagi kalau bukan aku memang nak merungut.
aku mengaku, dunia aku belum penuh dengan pengalaman jika mahu kira dengan kau tapi tolong fikir aku juga manusia.
sejak dari aku akil baligh, sudah pandai berkawan-kawan, sudah pandai untuk suka abang deret rumah depan, sudah pandai menangis sebab kawan-baik-yang-aku-suka-sebab-aku-memang-bodoh sudahnya kahwin dengan perempuan pilihan dia, aku telan semua sebab aku fikir hidup di masa depan panjang lagi.
tapi sekarang kalau mahu cakap aku ini selfish, maka dengan itu semua apa pun dari dahulu sampai sekarang memang takde guna. sebab aku terlalu protective, sebab aku selalu mahu tahu keadaan kau, sebab kau tak pernah ambil tahu macamana aku sayang dekat kau walaupun orang lain buang kau sebab kau lain dari mereka.
dan kalau aku macam mereka yang lain, aku juga sudah buang kau lama, tapi aku fikir disitu istimewa nya kau. kau orang yang patut aku buat kawan sampai mati. tapi bila kau diamkan diri, kau hilang, aku memang berhak marah. apalah sangat jika beberapa sen kredit kau buang untuk jawap mesej aku bertanyakan keadaan kau. apalah sangat bila kau sekali sekala online myspace kau dan jawap comment aku sebab aku tidak tahu mana lagi mahu cari kau.
apalah sangat semua tu?
aku tak mintak lebih pun.
sebab dalam hidup aku hanya kau dan beberapa orang lagi sahaja yang tinggal.
jumlah kawan aku yang aku hilang jika nak kira lagi ramai dari kawan yang aku ada sekarang. memang bukan masalah kau, tapi kalau kau nak jadi yang seterusnya, aku tidak halang, kau lagi tahu apa yang mahu. jika itu sudahnya, masukkan aku dalam senarai manusia yang kau susah nak deal. seperti biasa.
kemurungan aku yang diakibatkan kau telah aku rawat dengan sepasang kasut dan dua helai t-shirt yang jumlah kesemuanya adalah rm35 sahaja.
kecil hati, punggung lebar.
lama lagi sebenarnya nak tunggu sampai khamis depan.
tidak sabar pulang ke kl.
tidak sabar untuk membenci semester baru.
tidak sabar menggedik dengan kawan-kawan.
aku rasa aku dihinggapi kemurungan.
tragedi gaduh di ym buat aku bingung.
tidak tahu apa status terbaru, masih kawan aku lagi kah, atau sudah tidak kah.
lantak lah, bukan aku tidak biasa hilang kawan.
rindu adik kecil ini.
2009, berapa hari lagi?
biasalah, aku remaja yang berwawasan.
azam aku tahun 2009:
1. jadikan malam tahun baru 2009 tidak sengeri malam tahun baru 2008.
2. hentikan semua azam untuk kurus.
itu sahaja untuk tahun 2009. tidak guna azam banyak-banyak, baik cipta azam yang termampu sahaja!
di kala encik mat menonton wrestling.
beware, you dogs!
p/s: siapa cakap joe jonas tidak hensem, kawan-kawan?
selalu hidup dengan komplen yang kerap tak?
"adik, kau gemuk lah sekarang, dulu dah elok kurus sikit."
aku cuba tangkis permulaan perbualan ni dengan,
"senang hati, makan la banyak-banyak."
aku akan mula diet bila aku rasa badan aku berat, bukan bila aku rasa nak kurus.
aku selalu mimpi hendak kurus, tapi tak pernah fikir nak usaha nak kurus. sebab aku rasa usaha banyak pun tidak guna, kesan nya mungkin tidak cukup menggembirakan aku.
aku memang tidak boleh kurus, itu fakta.
aku teringat kata-kata khairil bila aku diet dulu,
"diet kills your inner beauty, honey."
words of wisdom yang aku post dekat headline myspace, dulu-dulu.
jadi, sayu mana pun aku lihat lelaki mendampingi perempuan-perempuan kurus, terliur mana pun aku lihat baju-baju cantik yang tidak muat, atau sedih mana pun aku bila dengar orang kadang-kadang mengumpamakan aku dengan haiwan liar yang besar,
aku rasa badan besar ini tidak pernah kecewakan aku dalam hidup.
teng tereng.
kadang-kadang dia seorang adik yang curang
down, down, noooooo!
hari first, berkobar-kobar aku memakai mekap, sampai-sampai sahaja debator, hati aku luluh hendak mencari jodoh.
GILA BABI LENGGANG LENGGOK DAN LEMAH GEMALAI MEREKA!
phuket,thailand!
memang tak sudah-sudah kan?
alahai, terasa pedasnya kah?
cuba beri buah fikiran yang bernas, or at least cakap sesuatu yang berlandaskan fakta, bukan dengan kutukan yang tiada isi, sebab aku sudah cukup dewasa untuk kutuk-mengutuk ala budak perempuan tingkatan 2. hingusan sangat.
sebab korang tak best, sebab korang tak true.takde point nak kutuk, cakap orang bajet perfect.aku tunggu sampai bila korang mahu bawa perangai korang itu.
nilai diri sendiri dulu dol, baru cakap orang.
nak bengang tak tentu pasal, lepastu cari geng yang konon-konon sama teraniaya, dan sama-sama claim aku aibkan orang dekat blog aku, apa masalah sebenarnya.
hello kembali, kau bukan orang penting, jauh sekali selebriti untuk aku gosip-gosipkan, sila berpijak di atas bumi yang nyata.
aku seronok setiap kali dapat tahu kalian stalk blog aku, sebab rasa macam mahu tulis lagi banyak, tulis secara samar-samar, supaya kalian panas punggung dan hentam aku lagi dan bengang sendiri, aku suka rasa itu, benar.
and one more thing, benda yang kalian gelak-gelakkan itu, at least itu satu usaha mak bapak aku, dan ianya juga alhamdulillah membantu, nak harapkan lalang, makin semak halaman rumah aku.
dan oh ya, mak bapak kalian, ada buat apa ya?
jangan usik apa-apa tentang mak bapak aku, tak perlu beritahu orang yang kalian itu kurang ajar, biar aku seorang saja yang tahu.