okay, aku mahu cerita tentang situasi rumah kampung aku dan keadaan sekeliling, sementelahan aku mahu pulang ke kuala lumpur di esok hari.
sebulan aku cuti di sini, banyak sangat cerita tak enak aku dengar, berkenaan jiran-merangkap-saudara mara aku jugak. rumah mereka sebelah je dengan rumah aku, dan rumah aku pula dibina menghadap rumah sebelah, bukan jalan raya. mengapa cik mat dan puan shikin fikir begitu semasa ingin membina rumah ini, aku pun sukar mahu pastikan. dan kini mereka juga yang banyak sakit hati.
cerita berkisar tentang kakak ipar cik mat. abang beliau memang takde masalah. dah tua lagipun, 80-an.
kakak ipar cik mat memang banyak masalah. dari hal beliau laki bini, anak cucu, hinggalah hal orkid rumah aku.
kadang-kadang aku memang tidak faham, beliau itu orang tua, patut banyak pengalaman, patut pandai handle orang yang lagi muda. ini makin tua, makin budak-budak perangainya.bukan juga aku mahu kutuk perangai orang kampung, atau aku sekeluarga terlalu bandar.
tapi kalau setiap kali cik mat dan puan shikin beli orkid baru, esok beliau ajak anak beliau keluar nak beli orkid yang sama, apakah maksudnya?
atau, sepupu aku baru sahaja meninggal minggu lepas, beliau tidak pergi melawat, (aku mahu tekankan yang sejak dari arwah sakit, beliau tidak pernah melawat.) alasannya sawan mayat. tapi aku lihat elok sahaja gelak ketawanya.
juga aku dengar lagi sikap memilih kasih antara cucu-cucu beliau. gila tak relevan.
cucu 1: boyfriend hantar pulang ke rumah, siap jemput masuk minum.
cucu 2: abang aku jemput pulang dari berzapin, dikatanya gatal naik motor dengan jantan.
hish, kalau aku duduk serumah sama-sama dengan dia, boleh naik gila.
oh, kebun belakang rumah aku ada banyak babi, sebulan sekali ada cina loktang datang masuk kebun tembak babi-babi tu, buat sataaayy.
2 comments:
hahahaha..semat mak cik kau ni..stailo!
lah, kan aku tengah mengumpat makcik aku ni?
Post a Comment