rungutan ke empat ratus

Kalau kau ada famili yang besar macam aku, kau akan rasa best, seronok berkumpul.


tapi dah jadi tak seronok, bila saudara mara kau datang mengadu dekat kau, cakap macam-macam, cakap benda-benda buruk, buat telinga kau panas, buat muka kau merah-merah pedih walaupun benda tu betul.

sebab kau anak yang pegang maruah ibu ayah kau menghadap pak cik mak cik kau setiap kali ada makan-makan, perjumpaan atau apa-apa yang melibatkan keluarga besar.

kau mesti rasa semak otak bila kau dengar yang buruk-buruk pasal anak ibu ayah kau yang lagi seorang, tak habis-habis buat masalah sejak dari dulu lagi.

tak ada rasa tanggungjawab, tak ada rasa malu.

menumpang rumah pakcik makcik, setiap hari duduk rumah, terkangkang tengok tv, keluar pakai kereta orang buat macam kereta sendiri, bila takde duit mintak ibu ayah masukkan duit, sampai rokok pun pakcik yang support.

kau bukan takut nak bercakap, tapi kau serik bergaduh adik beradik, kau serik nak berdarah-darah muka walaupun kau perempuan. kau serik nak mengaku sedarah sedaging bila kau dah hampir kena bunuh, cuma sebab kau nak betulkan salah silap.

kau bukan cemburu bila ibu ayah membela, sebab kau tahu apa ibu ayah rasa bila anak dicuit orang, tapi kau rasa meluat sebab bila makin diam, makin melampau. kau rasa geram bila cerita selalu dipusing semula, nak tunjuk tak salah lah sebenarnya.

kau rasa bodoh bila kau terpaksa diam sahaja, kau rasa kesian ibu ayah di kampung malu walaupun tak tahu cerita.

jadi, buat abang,
aku tak minta kau hidup sebagai seorang abang, aku tak pernah rasa aku ada kau sejak dari dulu, pernah aku doa minta kau mati sahaja, jahat bunyinya, tapi aku tidak kira.

aku cuma minta kau lepaskan maruah ibu ayah, aku cuma minta kau jadi manusia, disaat seusia kau, orang lain sudah kumpul harta, bukan menumpang meminta belas hidup dari orang lain.

siapa nak jadik abang aku, please?

3 comments:

killrosli said...

tanak, kut?

Psychopath said...

hmm..alahai..elok mati saja.. ganti dgn aku meh.. chill babe..it's ur duty to neutralize everything..

Syfa Nisa M said...

peter, cesh. jujur sangat tu.

riz, haiya haiya haiya. pening kot pikir.