semalam sambil mengisi masa lapang bersama puan shikin, menunggu cik mat selesai menonton tv, puan shikin cerita la pasal zaman kecil-kecil beliau dahulu.
"wawa dulu tu tokey dik, jangan main-main oi. die kalau bab judi, memang tere. ibu selalu kene buli dgn die."
wawa seperti yang dirujuk di atas adalah makcik keempat aku, kakak kepada puan shikin hobi dia memang mencarut. ye, mencarut dengan tidak pasal-pasal.
contohnya;
aku: wawa, lawa gila wawa hari ni! fewwiitt.
wawa: (tengah tersipu-sipu malu ni,) hehe, pukimak betul la kau ni dik.
okay, sambung pasal diorang masa kecil-kecil balik.
adik beradik ramai. balik sekolah diorang akan main lah, sama je mcm aku kecil dulu. permainan kegemaran, adalah permainan judi.
tak kira lah berunsurkan apa, dan barang taruhan adalah gelang getah.
mula-mula main terup, kalah bayar gelang getah.
lepastu adalah lagi berbagai-bagai permainan yang berunsurkan judi, tapi yang paling aku tak tahan nak gelak, bila dah habis idea, tak tahu nak main apa, main buka mukasurat. JUGA BERUNSURKAN JUDI. gila babi.
cara main mcmgini:
1.buka muka surat buku atau majalah sekali seorang.
2.campurkan dua nombor yang dekat mukasurat tu, contohnya 63 = 6+3:9
3.siapa dapat paling banyak, dia menang.
4.yang kalah, bayar gelang getah.
dan seperti biasa, wawa lah yang selalu menang. puan shikin selalu kena buli.
aku kecik-kecik dulu adalah main-main dgn lye, ain, jijo semua, tapi takde lah judi. main teng-teng je pun, tak pun main nyorok-nyorok. walaupun gelang getah, tapi judi jugak kan.
ga-hah.
3 comments:
agak cool sebab mereka judi terbaru. Tahniah!
kalau michelle datang, confirm dia kena belasah dengan polis. sbb dia akan cuba mengorek cerita dari polis. silap silap dia pun kena urine test. haha.
jangan risau. dia akan suruh Nas Ahmad tolong terjah dia kalau dia kantoi. haha kita ni reply comments macam dlm myspace pulak. haha.
Post a Comment