yelah, apa lagi kalau bukan aku memang nak merungut.

aku memang malas nak ulang benda ini banyak kali, kalau orang boleh claim yang mereka sudah penat mahu deal dengan manusia sekeliling mereka, sila bandingkan dengan hidup aku yang dihidupkan dengan situasi yang mana akhirnya aku sendiri yang gigit bibir? bukan sebab kecewa salah sendiri, sebab tidak sangka aku juga yang kena.

aku mengaku, dunia aku belum penuh dengan pengalaman jika mahu kira dengan kau tapi tolong fikir aku juga manusia.

sejak dari aku akil baligh, sudah pandai berkawan-kawan, sudah pandai untuk suka abang deret rumah depan, sudah pandai menangis sebab kawan-baik-yang-aku-suka-sebab-aku-memang-bodoh sudahnya kahwin dengan perempuan pilihan dia, aku telan semua sebab aku fikir hidup di masa depan panjang lagi.

tapi sekarang kalau mahu cakap aku ini selfish, maka dengan itu semua apa pun dari dahulu sampai sekarang memang takde guna. sebab aku terlalu protective, sebab aku selalu mahu tahu keadaan kau, sebab kau tak pernah ambil tahu macamana aku sayang dekat kau walaupun orang lain buang kau sebab kau lain dari mereka.

dan kalau aku macam mereka yang lain, aku juga sudah buang kau lama, tapi aku fikir disitu istimewa nya kau. kau orang yang patut aku buat kawan sampai mati. tapi bila kau diamkan diri, kau hilang, aku memang berhak marah. apalah sangat jika beberapa sen kredit kau buang untuk jawap mesej aku bertanyakan keadaan kau. apalah sangat bila kau sekali sekala online myspace kau dan jawap comment aku sebab aku tidak tahu mana lagi mahu cari kau.

apalah sangat semua tu?
aku tak mintak lebih pun.
sebab dalam hidup aku hanya kau dan beberapa orang lagi sahaja yang tinggal.

jumlah kawan aku yang aku hilang jika nak kira lagi ramai dari kawan yang aku ada sekarang. memang bukan masalah kau, tapi kalau kau nak jadi yang seterusnya, aku tidak halang, kau lagi tahu apa yang mahu. jika itu sudahnya, masukkan aku dalam senarai manusia yang kau susah nak deal. seperti biasa.


kemurungan aku yang diakibatkan kau telah aku rawat dengan sepasang kasut dan dua helai t-shirt yang jumlah kesemuanya adalah rm35 sahaja.

No comments: