aku tak rasa umur aku 22, aku kecil lagi.
juga telah aku mention seorang daripadanya sebijik ex lover. rupa, cara jalan dan juga cara bercakap serta rythm gelak. sama gila.
nah, i dont need another destroyer. not anymore.
tapi pentingnya aku mahu beritahu, aku memang perlukan mereka. sebab diorang best. aku tidak ada masalah menjadi perempuan tunggal jika keluar dengan mereka walaupun aku sebenarnya sering buat keadaan jadi odd jika berada di sekeliling lelaki. sebab mereka buat aku selesa.
kadang-kadang, berurusan dengan orang yang dah besar, susah. seperti contoh, staff student affair di tanah konon suci, kurang ajar, bercakap tentang masalah aku dengan loan sambil menaip apa benda bodoh agaknya di komputer dia.
aku takde duit. aku ada banyak masalah yang memerlukan duit. aku ada orang lain yang aku kena bantu. tolong faham. jangan buat tak reti. jangan rasa best sangat bila kau tengok orang macam aku terkial-kial minta kau tolong. kau dibayar sebab kena tolong orang yang bermasalah macam aku.
apapun, aku masih appreciate kawan-kawan aku yang sudah dewasa. aku masih perlukan mereka. jika tidak mana mahu aku cari makanan jiwa?
hati aku tenang kot.
pengajaran hidup kali ini, tak salah make move dulu if we want to fix things between us and other people. jadi aku bergerak dulu dengan menghantar kata-kata maaf, buat khrl juga ibu, come clean tentang semua. through message.
because i see, i am a bitch who always run away from confrontation. i really hate it.
jadi mesage sudah cukup untuk beritahu orang lain yang kau memang amat perlukan mereka.
dan jawapan yang terima, cukup untuk buat hati aku tenang.
bukan susah sangat. bukan.
time to let another one go.
sebab kau special case.
sebab kita gaduh over benda bodoh.
sebab mungkin aku yang selfish tak nak faham hidup kau yang sukar tu.
aku bestfriend kau.
aku selalu fikir pasal kau.
aku kisah setiap kali kau cerita itu ini pasal hidup kau.
jadi aku mula langkah mahu berbaik dengan kau.
aku cuba dengan cara yang paling mudah.
tapi sudahnya kau ignore aku.
tap sudahnya aku rasa regret sebab tak ikutkan keras kepala sendiri.
terima kasih sebab ingatkan yang aku ini seorang pendendam.
jadi itu sahaja buat kehidupan kali ini.
perlu ke?
i miss my mum, teribbly. it's not like i don' want to answer her call, it's just i'm not ready yet. trauma kot.
i miss amal my kid(literally) brother, too. get back here, bitch. i need my wing-man.
tanah-konon-suci tiada air, nice. white-people style. yeah.
riz, nanti lah aku langsaikan tag, sekarang tiada mood.
oh, and khrl refused to approve my request and only God knows his fucking reason, all right baby, i am all done.
boring kan?
except for a nice looking lad i met last sunday, for the second time. the shoes my friend ajie bought from you, terkepak sole die, ha-ha. vintage is a murder.
i am neither benevolent nor malevolent.
Set of beliefs
I don’t believe living life according to rebellious thoughts, not in current world, or at least not in my age, because there’s always a price to pay. I don’t live alone in this world. And I don’t deal with vegetables in this life.
I don’t believe in continuous happiness, people and mistakes are attached. Enough said.
I don’t believe rebuilding a friendship; it’s just a waste of time. A wound won’t heal without leaving a scar whether it’s mine or not.
I don’t believe being cool. I may just fake my joyful life if I happen to be one. Not to say I am jealous of cool people, its just ‘cool’ doesn’t suit me.
I don’t believe in novellish life. I love reading novels, but not to absorb the thoughts. Facts might be hard to suck up, but fictions are straight-to-the-face lies. I won’t be able to find the sweetness of life, or handsomest lad just by traveling to one new place.
I don’t believe in avant-garde thinking, as much as being different in certain things. Being typical and lame is the reason I’m still able to reach 21, so far in a good way.
What I believe now is; I am living my life the way I believe what my life should be.
People might object, but after all, I am handful of responsibilities to handle my own life, kan?
Kaki bernota: I saw Khrl’s comment on Ajie’s page asking how the hell am I doing, so decided to kick off my egoistic ntahapehape principle and to settle the dispute, I add him into my account. Lebih banyak kau buang rasa sakit dekat hati, lebih banyak ketenangan kau dapat. Alam banyak mengajar sia.
Okay, okay, no more emotional notes.
Sehari sebelum keluar, aku terima panggilan dari si kecil Amer, dia ajak aku melepak bersama-sama Amal dan kawan-kawan lain di malam new year. Mula-mula aku fikir aku sudah cukup besar untuk keluar meraikan sebab seriously aku tak pernah fikir pasal fireworks di malam tahun baru, apa lagi lagu negaraku tepat jam 12 malam. -eh, tu time merdeka je kan?- tapi aku fikirkan sebab jarang dapat melepak bersama seorang budak kecil yang gelak tidak berbunyi, lalu aku setuju.
Aku terus call Jijo ajak sekali sebab aku sorang je wanita kalau ada dia okay sikit, dan dia juga ada kereta, tak la aku kene cekup dekat KLCC dan disuruh pergi masjid memakai telekung, -ini betul-betul terjadi-. Jadi Jijo pun kata okay.
Esoknya tu, aku suruh Jijo keluar awal sikit, supaya tak perlu melayan kerenah lalulintas. Called her and she said, “Gue dah otw ni.” Okay aku pergi toilet dulu baru nak siap. Aku balik dari toilet je ada mesej dekat telefon tangan. Mesej berbunyi, “tak jadi keluar, kereta takde.” Aih tadi kata dah otw tapi takda kereta pula. Aku call, hati dah mula membara, tapi rilek lagi. Jijo kata si tak guna(malas nak guna nama panggilan abang, useless) dengan abang dia dah ambil kereta dulu. Lalu okay lah, nak buat cemana takkan aku nak suruh bergaduh pulak kan.
Sambil aku malu-malu alah aku beritahu Amer aku tidak jadi keluar, dan meminta maaf sebab beria-ria sangat berjanji dengan dia.
Lalu malam New Year aku diserikan dengan How I Met Your Mother dua season sekaligus non-stop. Aku seorang diri je dalam bilik, itu yang aku tak puas hati tu, kenapa aku?
Hati aku tak payah ceritalah, memang perasaan nak tendang setiap pintu yang ada di setiap level blok aku ni memang ada.
Okay lagi, aku pun tidur lah last-last. Pastu terjaga sebab Ain call tanya direction pergi kolam air panas dekat Selayang. Dah tu aku tengok ada mesej, “aku nampak Jijo dekat Curve ni.” dari Amer.
Terbaik.
Ada sambungan cerita lagi, tapi aku malas cerita.
Tapi aku tidak lah salahkan Jijo, maybe dia takde kereta nak keluar dengan aku, dia keluar dengan kawan-kawan dia yang lain, takkan lah nak ajak aku kan, sebab aku tak berapa best sangat.
Yang aku frust tu, sudahnya aku memang tak keluar pun malam New Year, kalau aku tahu baik lah aku balik rumah awal-awal ke, haa, macamtu lah kan. Aku bukan pemarah.
Jadi aku rasa utk new year’s eve tahun depan, aku mungkin duduk di rumah sambil layan HIMYM latest season pulak, ataupun Koleksi Raja Lawak. Aku pun mungkin dah tua time tu.
I definitely fuck every January.
If last year’s January was the most fucked up month I’d ever faced, this is more neck-breaking.
If last January I was stuck with the feeling of killing my ex for snatching my bloody best friend, this January, I am stuck with the feeling of killing myself for hurting people that I love.
If last January I had to swallow all the pain, this January I am swallowing all the blame.
Now that I admit it was my fault.
Yes, it was.
I shouldn’t have said what I want to say, I should have said nothing.
So I fucked myself up, now my baby brother is the price that I have to pay.
Love, the matter to deal with the most fuckable or let’s say useless people are not that hard, to compare it with your beloved ones, your own blood. This is my first time, pardon this gloomy bitch, I never felt as miserable as I am now. I am back to black now, I suppose.
But I still want that vampire.
Yna,
Maybe kamu tahu, maybe sekarang kamu ada di sebelah aku, tengah peluk aku erat-erat sambil bisik kamu sayang dekat aku, kamu selalu temankan aku, walaupun aku tak nampak kamu.
Maybe kamu tahu, macamana cara aku nak selesaikan konflik kami ini.
Sejak aku balik, hati aku tak tenteram langsung, tho gelak-gelak, suka ria, tapi kepala aku asyik menerawang ingatkan ibu je.
Anak derhaka kah aku ni Yna?
Tak cium bau syurga kah aku nanti?
Tapi aku rasa salah sebenarnya bukan pada aku. aku cuma beritahu apa yang patut, apa yang perlu aku beritahu.
Tapi begitu sekali marahnya hingga memandang aku pun tidak mahu.
Jadi, celarunya hati aku ini agaknya sampai bila?
Mungkin kamu ada jawapan buat aku, mungkin kamu mahu beritahu aku jalan penyelesaiannya,
Terima kasih kerana sudi dengar kebuntuan ini, aku faham jika tiada balasan dari kamu, kamu di atas sana, dan aku pula disini.
Alfatihah.
american literature, ingat seronok ke kalau kelas takde?
my loan money.
new pair of shoes.
bigger backpack for books.
part time boyfriend.
and, real life edward cullen minus the pale skin.
kelas islamic ethics aku 8 orang je, boleh bayang tak?
my blog is my soulmate, i see.
aku sudah bilang,
jika aku bersuara, maka gaduh besar jadinya.
jadi, tiada guna pulang ke kampung jika sudahnya aku hanya mengira waktu untuk pulang ke kuala lumpur dengan segera.
aku tak mampu melihat ayah ibu memalingkan muka. sumpah.
permulaan tahun baru yang kurang memberansangkan, kan?
2009,sekali lagi kehampehan.
seriously.
despised icon,
august burns red,
daughters.
aku dengar ulang-ulang kali buat hilangkan kemarahan.
rungutan ke empat ratus
tapi dah jadi tak seronok, bila saudara mara kau datang mengadu dekat kau, cakap macam-macam, cakap benda-benda buruk, buat telinga kau panas, buat muka kau merah-merah pedih walaupun benda tu betul.
sebab kau anak yang pegang maruah ibu ayah kau menghadap pak cik mak cik kau setiap kali ada makan-makan, perjumpaan atau apa-apa yang melibatkan keluarga besar.
kau mesti rasa semak otak bila kau dengar yang buruk-buruk pasal anak ibu ayah kau yang lagi seorang, tak habis-habis buat masalah sejak dari dulu lagi.
tak ada rasa tanggungjawab, tak ada rasa malu.
menumpang rumah pakcik makcik, setiap hari duduk rumah, terkangkang tengok tv, keluar pakai kereta orang buat macam kereta sendiri, bila takde duit mintak ibu ayah masukkan duit, sampai rokok pun pakcik yang support.
kau bukan takut nak bercakap, tapi kau serik bergaduh adik beradik, kau serik nak berdarah-darah muka walaupun kau perempuan. kau serik nak mengaku sedarah sedaging bila kau dah hampir kena bunuh, cuma sebab kau nak betulkan salah silap.
kau bukan cemburu bila ibu ayah membela, sebab kau tahu apa ibu ayah rasa bila anak dicuit orang, tapi kau rasa meluat sebab bila makin diam, makin melampau. kau rasa geram bila cerita selalu dipusing semula, nak tunjuk tak salah lah sebenarnya.
kau rasa bodoh bila kau terpaksa diam sahaja, kau rasa kesian ibu ayah di kampung malu walaupun tak tahu cerita.
jadi, buat abang,
aku tak minta kau hidup sebagai seorang abang, aku tak pernah rasa aku ada kau sejak dari dulu, pernah aku doa minta kau mati sahaja, jahat bunyinya, tapi aku tidak kira.
aku cuma minta kau lepaskan maruah ibu ayah, aku cuma minta kau jadi manusia, disaat seusia kau, orang lain sudah kumpul harta, bukan menumpang meminta belas hidup dari orang lain.
siapa nak jadik abang aku, please?
the greatest ACTOR alive.
Khamis lepas ada kenduri bagi-bagi tugas, perkahwinan abang saudara, aku dengan kacaknya memegang tugas penghandle bunga telur, sebagai bos besar. Holiyau!
Keadaan yang paling poyo terjadi kepada aku dua hari berturut-turut pada waktu yang lebih kurang iaitu petang-petang time sedap makan goreng pisang. Kepala hotak lah, apa lancau mimpi jadi girlfriend Chuck Bass? Signifikasi? Hadeh. Aku rasa musim sangap sudah tiba sekali lagi.
Loan masih tak keluar, miskin gila aku, boleh tak pihak berkenaan jangan seksa aku begini sekali?
Khabar berita baru, bestfriend dari sekolah sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, tidak sabar mahu beraksi. Haih, gila poyo.
Hari Rabu, ada pragmatics test, 10 marks bonus, semua chapters keluar, maksudnya satu buku. Hoi, kelas baru dua kali kot, dah nak kuiz satu buku?
Oh ya, happy belated birthday ex-bestie! I love you too.

aku di tanah-konon-suci, penyamaran!
Who I Want to Meet:
a bunch of girlfriends with radar-eyes who can bitch almost about everything over nasik lemak ayam,sirap limau and pack of shared ciggies. it affectively relieves!
Tengok, beg punya pasal pun aku boleh sakit hati.
Sebab ada lagi orang lain yang boleh terima apa yang aku pakai, ada lagi orang yang puji beg aku cantik or apa sekalipun yang boleh buat aku senang hati dengan barang kepunyaan aku sendiri, sila simpan semua isi kutukan kau dengan kawan-kawan kau dalam poket kau sendiri.
Mungkin sebab kau nak sedarkan aku pasal something yang aku pakai buat aku buruk di mata kau, tho kau admit kau tak pernah malu jalan dengan aku, kita pun dah cakap pasal ni dulu, tapi aku rasa bukan dengan beritahu aku, kawan kau cakap beg yang baru aku beli tu ‘hanjing sangat’. Aku pakai sebab aku suka, kalau kau tak suka atau kau rasa aku ni lame sangat, kau diam je. Or maybe cakap kau memang tak pernah interested dengan fesyen aku, itu dah cukup.
Dan aku pakai duit sendiri kot, or at least duit Cik Mat, and dia tak pernah cakap apa-apa pasal pakaian aku.
Sorry for disappointing you bro, I am not fashionable enough to make you happy being my friend.
Isu aku dengan kawan-kawan memang takkan habis.
Lagu takde kena-mengena: I <3 You by 2 O'clock Girlfriend.
Gila kau, hidup aku memang membuang masa sahaja.
Hari pertama:
Tiba jam 5:30 petang, aku pergi rumah Lye dengan menaiki tren.
Jadi bayangkan keadaan umat manusia,
jadi keputusannya: migraine sepanjang malam.
Hari kedua:
Pagi-pagi aku sudah bangun(terseksa siol hidup begitu), pergi mencari ptptn di chase perdana dengan Lye, mula-mula salah jalan, siap masuk parking, rugi RM2. tu lah, sape suruh tak mau bertanya. Okay lah, sudah jumpa chase perdana, masuk parking lagi, sejam RM3.50(pundek, kata aku dalam hati), melayan rempit penjaga parking, gila babi geli, (terutamanya dengan :”sayang, bak tiket tu sayang”, kepala pundek kau.)
urusan aku dengan PTPTN : 10 minit. babi.
Hari ketiga:
Siap-siap mahu pergi RTW atas pemayungan Jijo, lepas itu beliau buat hal, tidak mahu ambil di rumah Lye, atas alasan apa aku tidak tahu pundek dia lah, okay lagi aku tunggu di tempat kerja Lye. Menunggu sehingga 2 jam, takkan lah tak naik darah kan? Tambahan Si Hot Hanna yang menunggu terpaksa balik awal, aku text Jijo, “gue tak jadik pergi.” Tunggu macam sial, lepastu kang rugi duit, band pulak nak harapkan TWKUA je, baik mati sahaja. Sudahnya outing dengan 4 ekor budak lelaki nakal(seekor berwajah exbf yang perlu direjam, ternganga sial aku.) dan jijo datang menyebok juga. Phbbtt.
kaki lenguh hingga tak boleh tidur + migraine lagi.
Hari keempat:
Lepak di rumah lye, bangun lambat sikit 10:30 pagi (tak cukup jugak siaaaaa.) pergi rumah ain ambil laptop yang dah takda monitor pakai LCD (yang berat macam lebih baik buat kerja buruh binaan dari angkat benda tu) dan juga bedset yang aku paksa dia basuh, pergi Mydin dengan Lye dan Min beli meja study yang kecil tu sebab kadang-kadang kaki aku kebas asyik tergantung atas kerusi je, cek duit loan yen kata dia punya dah masuk tapi aku cek ada RM12.90 je dalam tu (pundek, bapak aku nelayan siaaa, masukkan duit cepat sekarang!) bungkus McD, Lye menyumpah sebab prosperity burger pedas nak mampus, balik tanah-konon-suci penat mengangkut sampai third floor, pastu terbongkang tanpa peduli keadaan sekeliling.
aku memang tak pernah rancang pun nak kemas bilik, aku rasa better biarkan bersepah.
nota buat puan shikin juga encik mat.
SEBENARNYA NOTA NI UNTUK DIRI AKU SENDIRI!
ARGH, TAK NAK BALIK!
august burns red, takda kena mengena pun.
hensem teruk kut abang ni.okay, aku mahu cerita tentang situasi rumah kampung aku dan keadaan sekeliling, sementelahan aku mahu pulang ke kuala lumpur di esok hari.
sebulan aku cuti di sini, banyak sangat cerita tak enak aku dengar, berkenaan jiran-merangkap-saudara mara aku jugak. rumah mereka sebelah je dengan rumah aku, dan rumah aku pula dibina menghadap rumah sebelah, bukan jalan raya. mengapa cik mat dan puan shikin fikir begitu semasa ingin membina rumah ini, aku pun sukar mahu pastikan. dan kini mereka juga yang banyak sakit hati.
cerita berkisar tentang kakak ipar cik mat. abang beliau memang takde masalah. dah tua lagipun, 80-an.
kakak ipar cik mat memang banyak masalah. dari hal beliau laki bini, anak cucu, hinggalah hal orkid rumah aku.
kadang-kadang aku memang tidak faham, beliau itu orang tua, patut banyak pengalaman, patut pandai handle orang yang lagi muda. ini makin tua, makin budak-budak perangainya.bukan juga aku mahu kutuk perangai orang kampung, atau aku sekeluarga terlalu bandar.
tapi kalau setiap kali cik mat dan puan shikin beli orkid baru, esok beliau ajak anak beliau keluar nak beli orkid yang sama, apakah maksudnya?
atau, sepupu aku baru sahaja meninggal minggu lepas, beliau tidak pergi melawat, (aku mahu tekankan yang sejak dari arwah sakit, beliau tidak pernah melawat.) alasannya sawan mayat. tapi aku lihat elok sahaja gelak ketawanya.
juga aku dengar lagi sikap memilih kasih antara cucu-cucu beliau. gila tak relevan.
cucu 1: boyfriend hantar pulang ke rumah, siap jemput masuk minum.
cucu 2: abang aku jemput pulang dari berzapin, dikatanya gatal naik motor dengan jantan.
hish, kalau aku duduk serumah sama-sama dengan dia, boleh naik gila.
oh, kebun belakang rumah aku ada banyak babi, sebulan sekali ada cina loktang datang masuk kebun tembak babi-babi tu, buat sataaayy.
ini merdeka ke apa ini?
Credits required
122
Credits completed
83.5
lagi 3 semester aku bakal menghabiskan semua credit hours.
dan akan grad.
aku rasa sebenarnya, aku sangat lalai.

