Tapi aku nak cerita juga apa yang jadi minggu lepas semasa new year’s eve. Aku saja biarkan lama sikit baru mahu cerita supaya tidak akan keluar perkataan tak senonoh akibat terlalu fucked up, -saya cuba kurangkan aktiviti mencarut, fuck la maybe tak boleh kot-
Sehari sebelum keluar, aku terima panggilan dari si kecil Amer, dia ajak aku melepak bersama-sama Amal dan kawan-kawan lain di malam new year. Mula-mula aku fikir aku sudah cukup besar untuk keluar meraikan sebab seriously aku tak pernah fikir pasal fireworks di malam tahun baru, apa lagi lagu negaraku tepat jam 12 malam. -eh, tu time merdeka je kan?- tapi aku fikirkan sebab jarang dapat melepak bersama seorang budak kecil yang gelak tidak berbunyi, lalu aku setuju.
Aku terus call Jijo ajak sekali sebab aku sorang je wanita kalau ada dia okay sikit, dan dia juga ada kereta, tak la aku kene cekup dekat KLCC dan disuruh pergi masjid memakai telekung, -ini betul-betul terjadi-. Jadi Jijo pun kata okay.
Esoknya tu, aku suruh Jijo keluar awal sikit, supaya tak perlu melayan kerenah lalulintas. Called her and she said, “Gue dah otw ni.” Okay aku pergi toilet dulu baru nak siap. Aku balik dari toilet je ada mesej dekat telefon tangan. Mesej berbunyi, “tak jadi keluar, kereta takde.” Aih tadi kata dah otw tapi takda kereta pula. Aku call, hati dah mula membara, tapi rilek lagi. Jijo kata si tak guna(malas nak guna nama panggilan abang, useless) dengan abang dia dah ambil kereta dulu. Lalu okay lah, nak buat cemana takkan aku nak suruh bergaduh pulak kan.
Sambil aku malu-malu alah aku beritahu Amer aku tidak jadi keluar, dan meminta maaf sebab beria-ria sangat berjanji dengan dia.
Lalu malam New Year aku diserikan dengan How I Met Your Mother dua season sekaligus non-stop. Aku seorang diri je dalam bilik, itu yang aku tak puas hati tu, kenapa aku?
Hati aku tak payah ceritalah, memang perasaan nak tendang setiap pintu yang ada di setiap level blok aku ni memang ada.
Okay lagi, aku pun tidur lah last-last. Pastu terjaga sebab Ain call tanya direction pergi kolam air panas dekat Selayang. Dah tu aku tengok ada mesej, “aku nampak Jijo dekat Curve ni.” dari Amer.
Terbaik.
Ada sambungan cerita lagi, tapi aku malas cerita.
Tapi aku tidak lah salahkan Jijo, maybe dia takde kereta nak keluar dengan aku, dia keluar dengan kawan-kawan dia yang lain, takkan lah nak ajak aku kan, sebab aku tak berapa best sangat.
Yang aku frust tu, sudahnya aku memang tak keluar pun malam New Year, kalau aku tahu baik lah aku balik rumah awal-awal ke, haa, macamtu lah kan. Aku bukan pemarah.
Jadi aku rasa utk new year’s eve tahun depan, aku mungkin duduk di rumah sambil layan HIMYM latest season pulak, ataupun Koleksi Raja Lawak. Aku pun mungkin dah tua time tu.
No comments:
Post a Comment