Yna,

Even kamu jauh berada di sebelah Tuhan, seriously, aku memang takde tempat nak mengadu, aku takde tempat nak cerita betapa tak tenangnya hati aku sekarang.

Maybe kamu tahu, maybe sekarang kamu ada di sebelah aku, tengah peluk aku erat-erat sambil bisik kamu sayang dekat aku, kamu selalu temankan aku, walaupun aku tak nampak kamu.

Maybe kamu tahu, macamana cara aku nak selesaikan konflik kami ini.

Sejak aku balik, hati aku tak tenteram langsung, tho gelak-gelak, suka ria, tapi kepala aku asyik menerawang ingatkan ibu je.

Anak derhaka kah aku ni Yna?

Tak cium bau syurga kah aku nanti?

Tapi aku rasa salah sebenarnya bukan pada aku. aku cuma beritahu apa yang patut, apa yang perlu aku beritahu.

Tapi begitu sekali marahnya hingga memandang aku pun tidak mahu.

Jadi, celarunya hati aku ini agaknya sampai bila?

Mungkin kamu ada jawapan buat aku, mungkin kamu mahu beritahu aku jalan penyelesaiannya,

Terima kasih kerana sudi dengar kebuntuan ini, aku faham jika tiada balasan dari kamu, kamu di atas sana, dan aku pula disini.
Alfatihah.

No comments: