kereta kancil as ada rumput karpet.
sehari sebelum pulang.
As datang, As adalah lelaki di tengah-tengah. ex-boyfriend kezen aku Jijo, yang dekat sebelah sana, yang tak berapa cantik sangat tu. (haha, nampak macam serius tak gue, Jo?)
As datang berbuka dekat rumah, sementelahan berjumpa Jijo, dekat rumah aku.
seronok lah, ramai-ramai macam ni, lepas selesai semua, kitorang pergi Dataran Batu Pahat, main pijak-pijak tempat refleksologi tu.
syok ah, lepak dengan kawan lama, sepupu lama. rasa macam time muda-muda.
Batu Pahat, indah semula.
nampak muka dia anggek semacam tu?
dalam rumah, dia memang tak boleh nampak muka aku, sama ada dia jeling lepas tu blah, atau pun dia tak pandang langsung lepas tu terus blah je. bunyi lebih kurang sama, tapi lagi pedih bila dia jeling dulu baru blah.
Puan Shikin cakap dia memang tak suka aku, sebab aku kacau dia.
tapi sekrang ni, masalahnya, aku tuan ke dia tuan? kalau aku tuan sajak la aku yang kacau dia.
okay itu cerita lain. ini blog aku, bukan blog kucing aku.
sudah dua hari berpuasa di rumah, aku makan super banyak.
Puan Shikin sudah sihat, tinggal tidak boleh berlari saja lagi.
abang sudah balik dari hospital, selepas kecelakaan.
peha patah, masuk skru tiga batang, rahang patah, luka dekat kaki sampai nampak tulang, kena makan bubur 4 bulan.
4 bulan beb, kalau aku dah merusuh dah tu.
dan dia akan permanently tempang sikit.
bukan aku gembira, tapi aku sure akan ada hikmahnya dengan semua yang jadi.
semalam masa berbuka, tiba-tiba dia menangis, sebab apa, tidak tahu.
tapi aku pasti dia sedih sebab aku dengan Min layan dia baik-baik, punya lah dia bergantung dekat kami adik-adiknya, sampai dia taknak orang lain yang angkat dia, bawak naik wheelchair, pergi toilet and all that kecuali kami berdua.
aku tidak lah sekejam mana, abang.
aku adik kau jugak.
Batu Pahat, here I come!
tiba masa.
setelah beberapa minggu berkira-kira,
bermain minda,
merujuk jiwa,
sudah termaktub suatu keputusan.
semoga pertukaran kali ini tiada pengakhiran.
harap yang diatas sana bantu mengukuhkan pendirian.
sekian, terima kasih.
oh, p/s: Suluh sudah betul-betul mahu kahwin. sudah tiada harapan. kurang ajar betul lah keadaan ini.

Kebebasan? mende?
ini seorang jantan eh, jangan kena tipu.
aku baru pulang dari Kelana Jaya, ada poetry slam, Hazeman join.
aku happy jadi tukang sorak kawan-kawan.
theme kepada slam ni adalah: freedom.
aku mahu buat rumusan, mungkin rumusan aku akan dapat tentangan, tapi ini blog aku, suka aku lah nak cakap apa. tak suka tayah baca.
rumusan aku:
kita semua tidak tahu apa itu freedom. kau tidak tahu apa itu freedom, aku tidak tahu apa itu freedom, politik tidak tahu apa itu freedom, makcik-makcik tidak tahu apa itu freedom, remaja tidak tahu apa itu freedom. apa yang kita laungkan, "bebas dari cengkaman itu, cengkaman ini, kuasa itu, kuasa ini. bebas itu bila kita ada kuasa sendiri, yang membolehkan kita buat keputusan sendiri and bla bla bla." apa benda? kita hidup bersama objek lain yang digelar manusia. kita bukan hidup ikut kehendak sendiri, semuanya diatur, jika diatur oleh kita sendiri pun, masih lagi dengan penglibatan manusia lain.
freedom sebenarnya bagi aku, adalah bullshit. berfikiran luas bagaimanapun aku, optimistik bagaimanapun kamu, tidak akan mampu capai kebebasan yang kita mahukan. sebab hidup kita berpusing, lebih disana, tidak cukup disini, macamgitu sampai bila-bila. jadi dimana mahu dapatkan kebebasan.
freedom is nothing. merdeka kita sekarang, tidaklah semerdeka yang dibangga-banggakan. bunyinya seperti tidak bersyukur, tetapi merdeka kita dahulu, membawa kepada kehuru-haraan masa sekarang yang lebih dahsyat dari perang. lihat sendiri, aku malas terangkan. seabstrak mana freedom kalau hendak diperdebatkan, setiap hujah yang dibentang, akan ada konsekuensi untuk setiap elemen-elemen freedom itu sendiri.
kalau kata kita ini bebas, akan berterabur perjalanan hidup kita sebgai manusia.
kalau kata kita ini bebas, akan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.
kalau aku 'bebas', mesti aku takkan dapat apa yang aku dapat sekarang.
dan bagi aku, bebas yang wujud, hanyalah kebebasan untuk bernafas.
Yen si Cina kangkung.
aku muak nak bersedih. lalu entri ini khas untuk Yen, sebab lawak dia layak buat wajah dia direndam dalam sink. gambar di atas menunjukkan aku dengan Yen, atau lebih selesa dipanggil wanita lindungan Kaabah.
di dalam dua gambar ini, terdapat aku dan Yen, bersama dua lelaki berbeza. yang membawa kita kepada hobi aku dan Yen.
hobi kami adalah berebut lelaki.
entah bila lelaki mahu berebut kami, aku tidak tahu. setan betul keadaan ni.
hobi kami akan bermula dengan: pilih satu lelaki yang kami dua-dua berkenan, kemudian berangan lah segala mimpi-mimpi yang yakin setinggi langit. kemudian, perebutan ini akan diselang-selikan dengan maki hamun bila angan-angan Yen lagi hebat dari aku, selalunya memang begitu, aku tidak imaginatif.
lelaki pertama, Reska, seorang Indonesian yang gila babi kelakarnya, mahu sahaja aku hempuk, tetapi apakan daya, budak kecil ini kuat melawan. selamba je panggil aku Titanic time kitorang mandi sungai that day.Yen lebih suka dia dengan tegar, tak nampak kah aku ditolak kerana menyemak di dalam gambar?
jadi kami pun berangan lah, apabila sudah selesai berangan, kami akan buat presentation lah kan, bentangkan angan-angan. lalu Yen juga yang kena maki, sebab aku kalah dalam bab-bab berangan.
lelaki kedua, abang Hairi, ahli Senior Division Mumu's classification.(eleh, abang Hairi dah rasa hot la tu!) baru lepak dua tiga kali, tapi aku dah boleh agak kedegilan Abang Hairi ni macamana, tidak boleh ditegah, dan sering membluetooth kami, siap la dia tak lama lagi dia yang melatah, tengok la.
jadi kami pun berkenan la, berangan lagi, berangan punya berangan, Yen punya angan-angan lagi dahsyat dari aku. apalagi, dapat lagi sekali cacian dan hinaan akibat tidak sedar diri. siap kau Yen.
oh, Suluh pun direbutkan kami jugak. gambar bersama Suluh tidak ada sebab Suluh tidak mahu bergambar dengan kami. konon-konon berangan Ayat-ayat Cinta lah kan, aku Aisyah, Yen jadi Maria. hahaha, kalau kau dah duduk atas kerusi roda, tak dapat la Yen oi!
sebanyak mana rasa aku tidak mahu bermadu dengan Yen, sebanyak itulah rasa sayang aku dekat Dia.
nota buat Puan Syikin, sekali lagi.
"Ayah, macamana abang, okay?"
"masih di hospital, esok atau malam ni operate masukkan skru dekat kaki."
"Ibu macamana, okay?"
"okay, tapi Ibu memang nampak sedih, nak buat macamana, benda nak jadi."
"takpe lah, adik doa abang selamat."
"terima kasih."
Ibu, minta maaf kerana tidak jadi pulang menyambut Ramadhan bersama. bukan apa, tidak cukup utuh hati untuk mata memandang malang yang menimpa, tidak mampu memandang muka ayah yang tenang menyambut duka, tidak sanggup melihat wajah ibu yang penuh redha.
Ibu, minta maaf kerana hanya tahu lari dari kenyataan.
layakkah aku marah pada tuhan?

ehem, ehem. cukup gembira, gumbira gerumba.
aku sedang dengar ceramah agama dari Ustazah Mumu, seronok dengar ceramah ni, lagi-lagi dari seorang party planner.
ceramah berkenaan penghargaan diri sendiri.
adakah aku menghargai diri sendiri?
aku tidak pasti, tak sure lah.
belum tiba masa untuk hargai diri sendiri,
sebab aku belum selesai mencari apa yang dipanggil diri sendiri bai.
notakukukaki: oh, oh. penghargaan yang orang berikan, masih lagi aku hargai.

aku mahu pura-pura buta dan minta sedekah di Danau Kota.
semenjak ada wireless di bilik baru, bukan main lagi setiap hari aku nak post entri baru, poyo. tetapi hari ini bukan di bilik, tetapi di pusat persembunyian, esok ada midterm Arab, dan juga Discourse Analysis. aku kangkangkan biji mata.
tadi aku pergi language department, merayu dengan deputy dean, supaya kelas yang subjeknya baru dua minggu lepas aku sedari ada dalam timetable. yang penting, 30% salah aku, 70% salah Tanah Suci. aku kelam kabut, subjek yang susah, dan banyak workload, masakan mampu mengejar selepas tertinggal 5 minggu? gila. lalu, pergi merayu, merayu punya merayu, kena bayar jugak. sedih juga, sebab aku tidak berduit. rm 150, diganti dengan tangisan dalam hati.
tapi nak buat macamana, marah pun tak guna. berurusan dengan pihak atasan universiti aku, rupa-rupanya memang menggunakan duit. walaupun sekadar mencetak keluar transkrip: rm6.
apa pun duit.
semuanya duit.
banyak yang keluar, tiada yang masuk.
hati aku sudah mula sempit.
duit loan sudah habis.
yang perlu aku tanggung, masih lagi perlu aku tanggung.
dah la jenis tidak mahu membuka mulut meminta dari ibu ayah.
"takpe Min, walaupun dekat tangan adik hanya ada rm20, kalau kau takde duit, adik masukkan rm10 untuk kau."
kalau susah, biar kita susah sama-sama, kau dan aku datang dari perut yang sama, tidak mungkin aku biarkan perut aku sendiri yang kenyang.
hoi, duit habis, macamana nak beli baju raya?

mereka yang tidak pernah dihadapan, mahupun dibelakang. sebab mereka sering di sisi.
ini sahabat-sahabat baik aku, di depan rumah aku, selepas semuanya bergelimpangan di ruang tamu, semasa persinggahan melawat Mak Cik Patah Kaki.
ini sahaja yang aku perlu,
untuk hidup seribu tahun lagi.
mereka terima baik buruk aku, tanpa ada satu bunyi pun.
mereka kesat airmata aku, tanpa ada satu keluhan pun.
mereka kutip aku dari mana aku jatuh, tanpa ada sinis muka walau sekali pun.
kalau orang lain minta tukarkan mereka dengan berlian, aku sanggup hidup miskin sampai mati.
oh, yang hujung belah kiri itu lah buah hati!
mood: Suluh Sultan Akbar
tadi, aku borak sama Suluh di Facebook, sudah lama tidak berhubungan, tiba-tiba ada rezeki pulak malam ni, okay lah, borak pasal teater yang baru selesai Khamis lepas.
tiba-tiba dia berkata:
"boleh saya tanya tak?"
aku pun, berdebar-debar macam biasa.
"boleh, boleh"
sekali penat je excited, rupa-rupanya tanya:
"yang pakai baju hitam masa theatre tu gay ye?"
hancur harapan.
dah aku gelak-gelak tu, aku cakap la:
"it's complicated."
dia jawab:
"bukan apa, Tanah Suci ni pelik. tapi takpa lah, dah orang baik dengan kita, kita pun baik lah dengan orang."
maksudnya, Tanah Suci ni, nama je Tanah Suci, tapi orang dalamnya bukan-bukan. standard la aku pun tersentap la sikit, bila itu yang dimaksudkannya. bukan apa, aku consider diri aku tergolong dalam golongan yang bukan-bukan tu.
last-last aku cakap dengan dia,:
"tak payah lah kita question faith orang, yang penting, selesaikan urusan kita sendiri dengan tuhan."
KONONLAH KAN AKU MANUSIA HINA NI NAK MENGAJAR ORANG YANG JAUH LAGI SEMPURNA. KANNN?
dah tu, jawab dia:
"bila masa Syfa jadi bijak?"
aku rasa mahu lempang diri sendiri.
ah Suluh, jom kahwin!

hidung berair dan kehidupan.
Seminggu dua aku sibuk, bukan sebab aku pura-pura sibuk, tapi sebab aku memang sibuk. Tahap kesihatan memang merudum, bukan aku seorang, tapi semua orang di tanah suci ini memang sakit. Klinik memang murah mc, aku dapat tiga hari cuti, aku sayang betul doktor tu.
Mari aku cerita bermula dari percutian di Melaka, bersama 10 lagi kawan-kawan baik. Tiga hari dua malam, semuanya indah. Sebab:
1. Tiada masalah, semuanya okay.
2. Sempat singgah Batu Pahat, melawat Puan Shikin tersayang.
3. Sebab Suluh ada.
Sebab Suluh ada, aku rasa happy. Walaupun tak sempat mahu menggatal, sebab dia sangat menjaga batas pergaulan, aku tetap seronok. Tapi bila balik, aku dah rasa tak best, sebab lepas ni memang takda peluang, nak lepak sama-sama lagi.
Aku dengar dia dah berhajat nak berkahwin, jadi aku sedih, ye lah, takkan nak suka laki orang. Maka, penjandaan aku akan diteruskan. Tapi aku suka Suluh weh, bagaimana ini?
Enough about Melaka.
Bila pulang, bermulalah era kegelapan. Seperti sedia maklum, telah aku tuliskan cerita kekosongan hati, kerana tidak tahu sebenarnya apa yang dicari, kerana tidak tahu kemana mahu menuju. Lalu entri-entri itu telah dipandang, dan telah ditinggalkan kata-kata yang bakal aku pegang seumur hidup. Terima kasih, terima kasih, aku hargai kalian, walau ada yang menolak untuk dikenali aku. Terkesan hati aku sebenarnya, apabila ada yang berkata tuhan itu rindu untuk mendengar rintihan. Sesungguhnya aku malu, meminta belas melalui tulisan.
Benarlah, tuhan arahkan hati kalian, untuk membaca aku, supaya kalian pula mengarahkan hati aku menuju ke jalan tuhan.
Aku jalankan kehidupan seperti biasa, minggu lepas hari perkahwinan salah seorang sepupu terapat, dari kecil bermain baling selipar bersama, meredah semak mencari spider, ahad lalu, sudah bergelar seorang suami. Pernikahan terindah pernah disaksikan aku.
Bukan indah sebab apa, sebab dari mulanya perancangan perkahwinan itu, pelbagai masalah jadi, yang sebenarnay tak perlu ada timbul, hanya kerana semua (yang tak perlu), mahu campurtangan. Tidak boleh ada itu, jangan buat ini, pengantin perempuan kena begitu dan begini, komen-komen yang bisa buat hati tersentap rasa. Kasihan sepupu. Tapi, di hari persandingan, semua berjalan lancar, seperti mana yang sepupu mahukan. Jadi disitulah indahnya.
Apa aku belajar, kadang-kadang melawan kata orang dewasa itu perlu, kerana orang dewasa juga kadangkala sama sahaja akalnya dengan orang yang jauh lebih muda.
Masih lagi tentang perkahwinan sepupu, bila mula berkumpulnya semua ahli keluarga besar, maka anak dara seperti aku, yang paling degil antara semua, dituju.
“Kenapa tak pakai tudung, kau kan dah besar?”
“Kenapa dia boleh kurus, awak ni tak kurus-kurus?”
“Kenapa rambut senget? Eeee.”
“Bila pula turn kau nak kahwin?”
Aku bosan, dengan soalan-soalan yang sama, terutamanya #1 dan #2, diulang-ulang sejak aku berumur belasan tahun lagi. Aku muak, bila soalan-soalan yang sama, diulang-ulang dengan wajah yang sinis. Mari aku beri jawapan:
#1 Sebab aku tidak mahu jadi hipokrit, sebab aku tidak mahu pakai tudung hanya untuk puaskan hati orang, sebab aku rasa akan tiba juga masa untuk aku menutup kepala yang berbogel, tanpa perlu dipaksa.
#2 Sebab aku memang tidak pernah kurus dari mula, aku memang hidup dengan kegemukan, tidak pula aku gemuk kerana duit mereka yang berkata.
#3 Sebab apa yang aku buat dengan rambut aku, adalah keputusan aku. Semua atas sebab aku sendiri yang mahu, sebab aku suka memberontak, lalu tempat aku melegakan hati, adalah rambut, bukan dadah, jadi, mahu aku pilih yang mana satu?
#4 Sebab jodoh aku masih jauh, masih tak nampak. Sebab aku masih tiada teman lelaki. Sebab aku susah lekat dengan manusia yang berbeza jantina. Sepanjang hidup aku, aku hanya pernah ada satu teman lelaki, masakan pula aku boleh kahwin dalam masa yang terdekat.
Aku marah, aku marah dengan diri sendiri sebab terlalu dengarkan kata orang, tapi susah jugak kalau kata orang tu aku kena dengar sampai mati. Sudahnya marah aku lepaskan pada Puan Shikin, aku muak dengan perangai adik beradiknya. Rata-rata mereka tidak sukakan aku, semua orang boleh lihat, jika tidak masakan soalan-soalan itu hanya tertuju pada aku. Kan? Mana logiknya itu dikatakan nasihat, jika nasihat, soalan-soalan itu tidak ditanyakan pada aku, dengan suara yang kuat, dan di hadapan muka orang lain, sambil tersenyum sinis, tergelak-gelak.
Maaf makcik-makcik, aku memang degil.

demam datang lagi, aku mahu sijil cuti sakit banyak-banyak
sleepless nights, and a day of off-smoke.
lately, seperti sedia maklum, aku berada di dalam keadaan yang penuh susah payah, yang agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar,
aku tanya dengan Puan Shikin, apa sebabnya, jawab dia:
"kurang sembahyang."
aku terdiam. lalu, aku cuba ubah arah, seperti mana yang ramai nasihatkan.
sebenarnya aku tiada apa-apa masalah, tapi kurang pasti mengapa, hati bagaikan kosong, tiada isi, semua benda aku buat dari makan, hingga lah pergi kelas, atau bergelak ketawa bersama rakan, sebenarnya hati tidak berasa apa-apa. hati resah, tidak boleh tidur hingga ke pagi, rasa tidak cukup, serba tak kena, sunyi, aku bertukar menjadi paranoid dan bebal.
mungkin betul apa kata Puan Shikin, jadi,
AKU SEBENARNYA SEDANG MALU DENGAN TUHAN.
p/s: aku sudah tahu bagaimana untuk berhenti membakar duit, dan juga paru-paru: duduk bilik diam-diam, jangan keluar.
oh, terima kasih kepada sesiapa yang meninggalkan komen untuk entri di bawah, sebab kalian sudi mengangkat aku dari rebah, aku hargai kalian, walaupun ada yang menyembunyikan identiti, tulisan kalian, buat aku terfikir, aku hidup bergantung dengan orang-orang seperti kalian.

Subscribe to:
Posts (Atom)