hidung berair dan kehidupan.

Seminggu dua aku sibuk, bukan sebab aku pura-pura sibuk, tapi sebab aku memang sibuk. Tahap kesihatan memang merudum, bukan aku seorang, tapi semua orang di tanah suci ini memang sakit. Klinik memang murah mc, aku dapat tiga hari cuti, aku sayang betul doktor tu.

Mari aku cerita bermula dari percutian di Melaka, bersama 10 lagi kawan-kawan baik. Tiga hari dua malam, semuanya indah. Sebab:

1. Tiada masalah, semuanya okay.
2. Sempat singgah Batu Pahat, melawat Puan Shikin tersayang.
3. Sebab Suluh ada.

Sebab Suluh ada, aku rasa happy. Walaupun tak sempat mahu menggatal, sebab dia sangat menjaga batas pergaulan, aku tetap seronok. Tapi bila balik, aku dah rasa tak best, sebab lepas ni memang takda peluang, nak lepak sama-sama lagi.
Aku dengar dia dah berhajat nak berkahwin, jadi aku sedih, ye lah, takkan nak suka laki orang. Maka, penjandaan aku akan diteruskan. Tapi aku suka Suluh weh, bagaimana ini?

Enough about Melaka.

Bila pulang, bermulalah era kegelapan. Seperti sedia maklum, telah aku tuliskan cerita kekosongan hati, kerana tidak tahu sebenarnya apa yang dicari, kerana tidak tahu kemana mahu menuju. Lalu entri-entri itu telah dipandang, dan telah ditinggalkan kata-kata yang bakal aku pegang seumur hidup. Terima kasih, terima kasih, aku hargai kalian, walau ada yang menolak untuk dikenali aku. Terkesan hati aku sebenarnya, apabila ada yang berkata tuhan itu rindu untuk mendengar rintihan. Sesungguhnya aku malu, meminta belas melalui tulisan.

Benarlah, tuhan arahkan hati kalian, untuk membaca aku, supaya kalian pula mengarahkan hati aku menuju ke jalan tuhan.

Aku jalankan kehidupan seperti biasa, minggu lepas hari perkahwinan salah seorang sepupu terapat, dari kecil bermain baling selipar bersama, meredah semak mencari spider, ahad lalu, sudah bergelar seorang suami. Pernikahan terindah pernah disaksikan aku.

Bukan indah sebab apa, sebab dari mulanya perancangan perkahwinan itu, pelbagai masalah jadi, yang sebenarnay tak perlu ada timbul, hanya kerana semua (yang tak perlu), mahu campurtangan. Tidak boleh ada itu, jangan buat ini, pengantin perempuan kena begitu dan begini, komen-komen yang bisa buat hati tersentap rasa. Kasihan sepupu. Tapi, di hari persandingan, semua berjalan lancar, seperti mana yang sepupu mahukan. Jadi disitulah indahnya.

Apa aku belajar, kadang-kadang melawan kata orang dewasa itu perlu, kerana orang dewasa juga kadangkala sama sahaja akalnya dengan orang yang jauh lebih muda.
Masih lagi tentang perkahwinan sepupu, bila mula berkumpulnya semua ahli keluarga besar, maka anak dara seperti aku, yang paling degil antara semua, dituju.

“Kenapa tak pakai tudung, kau kan dah besar?”
“Kenapa dia boleh kurus, awak ni tak kurus-kurus?”
“Kenapa rambut senget? Eeee.”
“Bila pula turn kau nak kahwin?”

Aku bosan, dengan soalan-soalan yang sama, terutamanya #1 dan #2, diulang-ulang sejak aku berumur belasan tahun lagi. Aku muak, bila soalan-soalan yang sama, diulang-ulang dengan wajah yang sinis. Mari aku beri jawapan:

#1 Sebab aku tidak mahu jadi hipokrit, sebab aku tidak mahu pakai tudung hanya untuk puaskan hati orang, sebab aku rasa akan tiba juga masa untuk aku menutup kepala yang berbogel, tanpa perlu dipaksa.

#2 Sebab aku memang tidak pernah kurus dari mula, aku memang hidup dengan kegemukan, tidak pula aku gemuk kerana duit mereka yang berkata.

#3 Sebab apa yang aku buat dengan rambut aku, adalah keputusan aku. Semua atas sebab aku sendiri yang mahu, sebab aku suka memberontak, lalu tempat aku melegakan hati, adalah rambut, bukan dadah, jadi, mahu aku pilih yang mana satu?

#4 Sebab jodoh aku masih jauh, masih tak nampak. Sebab aku masih tiada teman lelaki. Sebab aku susah lekat dengan manusia yang berbeza jantina. Sepanjang hidup aku, aku hanya pernah ada satu teman lelaki, masakan pula aku boleh kahwin dalam masa yang terdekat.

Aku marah, aku marah dengan diri sendiri sebab terlalu dengarkan kata orang, tapi susah jugak kalau kata orang tu aku kena dengar sampai mati. Sudahnya marah aku lepaskan pada Puan Shikin, aku muak dengan perangai adik beradiknya. Rata-rata mereka tidak sukakan aku, semua orang boleh lihat, jika tidak masakan soalan-soalan itu hanya tertuju pada aku. Kan? Mana logiknya itu dikatakan nasihat, jika nasihat, soalan-soalan itu tidak ditanyakan pada aku, dengan suara yang kuat, dan di hadapan muka orang lain, sambil tersenyum sinis, tergelak-gelak.

Maaf makcik-makcik, aku memang degil.

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah,boleh nmpk di situ,sedikit demi sedikit,anda sudah mahu ke jalan lurus...Allah bersama org2 yg mengingatiNya....

Anonymous said...

allah s.w.t tak pernah lupakan kita, jangan pulak kita lupakan dia k.
gembira lah sentiasa di jalan NYA ye syfa
=)

Hairi Tahir said...

degil syapa ni..

*babab