tadi, aku borak sama Suluh di Facebook, sudah lama tidak berhubungan, tiba-tiba ada rezeki pulak malam ni, okay lah, borak pasal teater yang baru selesai Khamis lepas.
tiba-tiba dia berkata:
"boleh saya tanya tak?"
aku pun, berdebar-debar macam biasa.
"boleh, boleh"
sekali penat je excited, rupa-rupanya tanya:
"yang pakai baju hitam masa theatre tu gay ye?"
hancur harapan.
dah aku gelak-gelak tu, aku cakap la:
"it's complicated."
dia jawab:
"bukan apa, Tanah Suci ni pelik. tapi takpa lah, dah orang baik dengan kita, kita pun baik lah dengan orang."
maksudnya, Tanah Suci ni, nama je Tanah Suci, tapi orang dalamnya bukan-bukan. standard la aku pun tersentap la sikit, bila itu yang dimaksudkannya. bukan apa, aku consider diri aku tergolong dalam golongan yang bukan-bukan tu.
last-last aku cakap dengan dia,:
"tak payah lah kita question faith orang, yang penting, selesaikan urusan kita sendiri dengan tuhan."
KONONLAH KAN AKU MANUSIA HINA NI NAK MENGAJAR ORANG YANG JAUH LAGI SEMPURNA. KANNN?
dah tu, jawab dia:
"bila masa Syfa jadi bijak?"
aku rasa mahu lempang diri sendiri.
ah Suluh, jom kahwin!
No comments:
Post a Comment