lately, seperti sedia maklum, aku berada di dalam keadaan yang penuh susah payah, yang agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar,
aku tanya dengan Puan Shikin, apa sebabnya, jawab dia:
"kurang sembahyang."
aku terdiam. lalu, aku cuba ubah arah, seperti mana yang ramai nasihatkan.
sebenarnya aku tiada apa-apa masalah, tapi kurang pasti mengapa, hati bagaikan kosong, tiada isi, semua benda aku buat dari makan, hingga lah pergi kelas, atau bergelak ketawa bersama rakan, sebenarnya hati tidak berasa apa-apa. hati resah, tidak boleh tidur hingga ke pagi, rasa tidak cukup, serba tak kena, sunyi, aku bertukar menjadi paranoid dan bebal.
mungkin betul apa kata Puan Shikin, jadi,
AKU SEBENARNYA SEDANG MALU DENGAN TUHAN.
p/s: aku sudah tahu bagaimana untuk berhenti membakar duit, dan juga paru-paru: duduk bilik diam-diam, jangan keluar.
oh, terima kasih kepada sesiapa yang meninggalkan komen untuk entri di bawah, sebab kalian sudi mengangkat aku dari rebah, aku hargai kalian, walaupun ada yang menyembunyikan identiti, tulisan kalian, buat aku terfikir, aku hidup bergantung dengan orang-orang seperti kalian.
4 comments:
buat lah ape2 pon sehabis baik.
ape saje yg kite buat, stil kena ingt yang satu iaitu, kembali pada Tuhan.
nk dok bilik senyap2??takmo dok bilik lama2 sgt..kang otak lg serabut minda meronta2..
baik dudk ngn org2 yg sayangkan kite utk hiburkn hati di samping pada masa yg sama, tidak lupa Tuhan..
baru lah seimbang..
sekian..
tarbiah dari ustazah maria
p/s - haa pe lg???bayor le???ingt free ke bagi ceramah??wakakaka!!!
huhhuuhuhu...xpe lu blh la...malaysia boleh...kukuku...kekuatan seseorg tu xblh di nafikan..namun kita blh mmbantu mereka yg perlu bkn mmbiarkan mereka lalu tinggalkan...x elok tu...insya'ALLAH dgn ke izinan NYA hamba nya masih blh melangkah selagi blm tiba masa utk die ke sakaratulmaut....ok....
+-
dgr postrock baru fikiran nnt...huaaa...
diuji kerana tuhan rindu mendengar rintihan kita. jadi amat bertuah lah kamu sebenarnya.
yang sementara bukan penawar sebenar dalam kehidupan.
semoga syfa akan tetap dirahmati olehNYA.
suatu ketika, gua pernah merasa seperti apa yang lu rasa, hidup terasa sangat kosong dan tidak bermakna, hari-hari cepat berlalu tanpa ada apa-apa rasa terisi.
dekatkan diri dengan Tuhan, dan bersabar. Cuba ubah arah hidup, tidak susah, lu boleh menjadi diri lu sendiri, cuma tambah sedikit nilai saja. Nilai kehambaan. Pasti ada rasa nikmatnya.
Post a Comment