syafawati khairunnisa

aku sudah kekeringan idea untuk menulis,
sebab aku sedang tercekik dengan perasaan sendiri.

maaf kepada siapa yang rajin membaca, sesiapa yang sering terasa, sesiapa yang tidak ambil peduli.

aku bukan dalam fasa yang baik ketika ini, sedang terperangkap dalam membuat keputusan sama ada mahu kekal seperti ini, sesat dan menyesatkan, ataupun keluar mencari tuhan.
jiwa sudah meronta-ronta minta disuap dengan makanannya, cuma badan masih culas untuk memulakan kerja.

aku letih melayan hati yang menggelupur berlawan perasaan siapa yang mahu menjadi raja.


jadi sesiapa yang dekat, bantulah aku kerana aku tidak mampu bergerak sendiri.
sesiapa yang jauh, hulurkan doa, mana tahu tercecah doa kamu ke atas sana.

4 comments:

Anonymous said...

kadangkala setiap apa yang melanda kehidupan kita adalah kerana tuhan mahu menduga kita,mahu kita mengingatiNYA,dan mungkin juga kerana kifarah di atas dosa2 lalu kita.
tidak rugi berdoa kepada tuhan. sedang kita tahu dialah pemberi segala-galanya.
banyakkanlah berdoa di dalam sujud. insyaallah...dalam hidup pasti ada jatuh bangunnya. dan setiap yang berlaku ada hikmah2nya. jgn mudah putus asa dalam hidup.

wanie sk said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kamu kuat syafa!!!aja2 fighting...hidup mang kdg2 ats,kdg2 bwh tp kt kena sentiasa pandang depan dan terus maju

s.k

Atai said...

ini dari sahabat yg akan terus cuba untuk menahan kamu dari jatuh...mungkin lame dah tapi x semestinya gue akan padam sume tu..oce gini kita nie kan manusia byk silapnye dari yg betul..lbh byk kesilapan itu lagi dekat kita utk bermuhasabah kn?byk la kita bersabar yek..pilihan tu kita yg buat kn...pilih yg terbaik la gue x ble nak tentu kan dan xde sape blh tentu kan..kita bernafas kita melangkah kita terjatuh tu semua bkn org lain tentukan tp kita..sekuat kuat bangunan still ade rosaknye kn?pilihan terbaik ialah kebaikn x perlu melakukan tindakan drastik memaksa diri utk melakukan sesuatu tapi kita boleh melangkah selangkah demi selangkh utk memulakan semula kehidupan ini...kalo laju kita berjalan kian penat la kita kan?bila dah penat nnt malas kn? kalo kite rilek so kita akan lebih kuat..mmg jaoh lagi perjalann ni tp kan kita tau arah kita kan?hati kita bersih cuba ye syafa pilih yg terbaik utk diri sendiri dan sekeliling..blhkan?lu x sorg dah..peh dah macam karangan pulak...