Kebebasan? mende?
ini seorang jantan eh, jangan kena tipu.
aku baru pulang dari Kelana Jaya, ada poetry slam, Hazeman join.
aku happy jadi tukang sorak kawan-kawan.
theme kepada slam ni adalah: freedom.
aku mahu buat rumusan, mungkin rumusan aku akan dapat tentangan, tapi ini blog aku, suka aku lah nak cakap apa. tak suka tayah baca.
rumusan aku:
kita semua tidak tahu apa itu freedom. kau tidak tahu apa itu freedom, aku tidak tahu apa itu freedom, politik tidak tahu apa itu freedom, makcik-makcik tidak tahu apa itu freedom, remaja tidak tahu apa itu freedom. apa yang kita laungkan, "bebas dari cengkaman itu, cengkaman ini, kuasa itu, kuasa ini. bebas itu bila kita ada kuasa sendiri, yang membolehkan kita buat keputusan sendiri and bla bla bla." apa benda? kita hidup bersama objek lain yang digelar manusia. kita bukan hidup ikut kehendak sendiri, semuanya diatur, jika diatur oleh kita sendiri pun, masih lagi dengan penglibatan manusia lain.
freedom sebenarnya bagi aku, adalah bullshit. berfikiran luas bagaimanapun aku, optimistik bagaimanapun kamu, tidak akan mampu capai kebebasan yang kita mahukan. sebab hidup kita berpusing, lebih disana, tidak cukup disini, macamgitu sampai bila-bila. jadi dimana mahu dapatkan kebebasan.
freedom is nothing. merdeka kita sekarang, tidaklah semerdeka yang dibangga-banggakan. bunyinya seperti tidak bersyukur, tetapi merdeka kita dahulu, membawa kepada kehuru-haraan masa sekarang yang lebih dahsyat dari perang. lihat sendiri, aku malas terangkan. seabstrak mana freedom kalau hendak diperdebatkan, setiap hujah yang dibentang, akan ada konsekuensi untuk setiap elemen-elemen freedom itu sendiri.
kalau kata kita ini bebas, akan berterabur perjalanan hidup kita sebgai manusia.
kalau kata kita ini bebas, akan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.
kalau aku 'bebas', mesti aku takkan dapat apa yang aku dapat sekarang.
dan bagi aku, bebas yang wujud, hanyalah kebebasan untuk bernafas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment