Batu Pahat, indah semula.
nampak muka dia anggek semacam tu?
dalam rumah, dia memang tak boleh nampak muka aku, sama ada dia jeling lepas tu blah, atau pun dia tak pandang langsung lepas tu terus blah je. bunyi lebih kurang sama, tapi lagi pedih bila dia jeling dulu baru blah.
Puan Shikin cakap dia memang tak suka aku, sebab aku kacau dia.
tapi sekrang ni, masalahnya, aku tuan ke dia tuan? kalau aku tuan sajak la aku yang kacau dia.
okay itu cerita lain. ini blog aku, bukan blog kucing aku.
sudah dua hari berpuasa di rumah, aku makan super banyak.
Puan Shikin sudah sihat, tinggal tidak boleh berlari saja lagi.
abang sudah balik dari hospital, selepas kecelakaan.
peha patah, masuk skru tiga batang, rahang patah, luka dekat kaki sampai nampak tulang, kena makan bubur 4 bulan.
4 bulan beb, kalau aku dah merusuh dah tu.
dan dia akan permanently tempang sikit.
bukan aku gembira, tapi aku sure akan ada hikmahnya dengan semua yang jadi.
semalam masa berbuka, tiba-tiba dia menangis, sebab apa, tidak tahu.
tapi aku pasti dia sedih sebab aku dengan Min layan dia baik-baik, punya lah dia bergantung dekat kami adik-adiknya, sampai dia taknak orang lain yang angkat dia, bawak naik wheelchair, pergi toilet and all that kecuali kami berdua.
aku tidak lah sekejam mana, abang.
aku adik kau jugak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
TERHARUNYE LAH..MOGA HIDUP SYFA AWAK MUCH2 BETTER EK..
Post a Comment