nota buat Puan Syikin, sekali lagi.

"Ayah, macamana abang, okay?"
"masih di hospital, esok atau malam ni operate masukkan skru dekat kaki."
"Ibu macamana, okay?"
"okay, tapi Ibu memang nampak sedih, nak buat macamana, benda nak jadi."
"takpe lah, adik doa abang selamat."
"terima kasih."



Ibu, minta maaf kerana tidak jadi pulang menyambut Ramadhan bersama. bukan apa, tidak cukup utuh hati untuk mata memandang malang yang menimpa, tidak mampu memandang muka ayah yang tenang menyambut duka, tidak sanggup melihat wajah ibu yang penuh redha.

Ibu, minta maaf kerana hanya tahu lari dari kenyataan.


layakkah aku marah pada tuhan?

No comments: