aku mahu pura-pura buta dan minta sedekah di Danau Kota.

semenjak ada wireless di bilik baru, bukan main lagi setiap hari aku nak post entri baru, poyo. tetapi hari ini bukan di bilik, tetapi di pusat persembunyian, esok ada midterm Arab, dan juga Discourse Analysis. aku kangkangkan biji mata.

tadi aku pergi language department, merayu dengan deputy dean, supaya kelas yang subjeknya baru dua minggu lepas aku sedari ada dalam timetable. yang penting, 30% salah aku, 70% salah Tanah Suci. aku kelam kabut, subjek yang susah, dan banyak workload, masakan mampu mengejar selepas tertinggal 5 minggu? gila. lalu, pergi merayu, merayu punya merayu, kena bayar jugak. sedih juga, sebab aku tidak berduit. rm 150, diganti dengan tangisan dalam hati.

tapi nak buat macamana, marah pun tak guna. berurusan dengan pihak atasan universiti aku, rupa-rupanya memang menggunakan duit. walaupun sekadar mencetak keluar transkrip: rm6.

apa pun duit.
semuanya duit.
banyak yang keluar, tiada yang masuk.

hati aku sudah mula sempit.
duit loan sudah habis.
yang perlu aku tanggung, masih lagi perlu aku tanggung.
dah la jenis tidak mahu membuka mulut meminta dari ibu ayah.

"takpe Min, walaupun dekat tangan adik hanya ada rm20, kalau kau takde duit, adik masukkan rm10 untuk kau."

kalau susah, biar kita susah sama-sama, kau dan aku datang dari perut yang sama, tidak mungkin aku biarkan perut aku sendiri yang kenyang.


hoi, duit habis, macamana nak beli baju raya?

4 comments:

Mumu said...

Syfa, janganla risau...Aku kan ada...Nanti kita cari duit sama-sama then g shopping sama-sama k...Kalau program yang aku ngn sham try ni ada hasil, memang dah janji nak bahagikan dengan ko n yg lain2..Kalau banyak nak blikan baju raya sorang satu..Jangan risau k...

Syfa Nisa M said...

hahaha, motif nak belikan baju raya?

mu, jgn la tinggalkan komen macamgini, nanti orang cakap aku mengemis pulak, thanx anyways.

i love you to bits.

Encik Puaka said...

bawang nak ikot syafa cari duit. meh kita jual puisi?

Syfa Nisa M said...

bawang, macamana mahu menjual puisi?

bakat tak ada!