jilat punggung aku, boleh?

aku demam, aku memang benci demam.

oleh itu, kebencian aku terhadap benda-benda lain memang melarat-larat.


aku benci bila aku kena fix semua benda semula.
aku benci bila tak semena-mena orang buat muka.
aku benci bila aku terpaksa ingat benda-benda lalu.
aku benci bila kena buang yang keruh ambil yang jernih.


bagi aku, bila dah habis, habis.
tak perlu menyusah-nyusahkan hati.


aku tidak sabar untuk menonton debator-debator yang hot-hot esok.

batu api = aku

aku: tak beb,skang kite kene ilek dulu,lu tak boleh la nak kelangkabut.

dia: (tunduk kesal)

aku: tak,gua tau lu kecik ati,tapi mende tak boleh watpe an.

dia: (tunduk lagi)

aku: skang cani,lu kasi die rehat malam ni,esok gua cover line,lu bagi sket die tu.

dia: (pandang muka aku, senyum)

aku: gua geng lu bai dalam hal-hal macamgini.





siap la lu LUPI, lu ingat KUNTOM nak bagi lu muke? mentang-mentang ah lu kucing baru, mak gua belai-belai, lu nak lebih pulak. gua dah diskas dah dgn KUNTOM cane nak selesaikan lu esok. jangan nak banyak hal.

dengan tarikh hari ini.

genap sebulan kau pergi,
semoga tenang kau disana.

alfatihah,
allahyarhamah eliyana bt ismail
27.01.87-18.10.08

ha ha ha, sesungguhnya aku yang berkuasa.

mahu tahu aku bangun jam berapa?
12.30.

mampu awalkan setengah jam sahaja.

maaf bonda, ahahahahahahahaha.

edisi senyum lebar #001





amoi mata sepet dua orang ini adalah apa yang tertinggal selepas pembubaran the cardigans lama dahulu.

gadis pertama:

ajie, amoi datang dari sarawak. beliau teman rapat aku sejak 2 tahun lepas. kami mula baik bila bilik aku dan biliknya berdepan ketika di matrik. banyak benda aku kongsi dengan beliau, beliau penyimpan saham hati aku terbesar buat masa ini. walaupun aku selalu terasa hati dengan dia bila dia asyik dengan bf artis nya itu, tetapi kasih sayang gua memang tak penah putus untuk lu la nyot.

gadis kedua:

hanna, amoi sungai buluh ini juga rakan baik aku sejak dua tahun lepas. kronologi perkenalan kami sama seperti aku dan ajie, sebab beliau roomate dan kawan baik ajie. aku suka beliau yang nerd, sila rujuk beberapa entri di bawah, list orang-orang terhot bagi aku, beliau ada di tangga ke sembilan.

tujuan aku selitkan mereka ke dalam inti ruangan aku ini adalah, untuk menyatakan kepada dunia, (you know you love me,) bahawa suatu masa dahulu, sisa-sisa aku mereka bawa kemana sahaja demi melihat aku ini hidup semula. bukan yang lain tidak membantu, malah yang lebih banyak membantu juga ada, cuma, mereka di highlight kan, kerana separuh diri mereka aku pegang untuk berada dalam keperitan itu.


btw, siapa yang mahu kalah, walau dah terang-terang salah, ye tak amoi-amoi?

dari hari ini ke 22.12.08, lama jugak nak sampai tu.

akibat exam sindrom, aku tak mampu bangun tidur di pagi hari,
paling awal jam 1 p.m, paling lambat jam 2.30 p.m.
aku tak peduli nak kata anak dara tak senonoh ke apa, tidur tu memang terlalu dadah.

Puan Shikin pula memang tak tahan,
lalu beliau buat peraturan hari ini, setiap hari mesti kurangkan masa sejam di akhir peniduran.
jadi semalam aku bangun jam 2.
hari ini aku terpaksa bangun jam 1.

esok mesti bangun jam 12,
hari seterusnya mesti kena bangun jam 11.

dan begitulah seterusnya begitu berlanjutan hingga habis cuti,

biar benar?

setailo lah bonda buat peraturan!

buat kamu, dengan senyuman yang lebar.

Just as light pours in the room
I saw it once, it disappeared and so did you
The morning after I will kiss you ghost
Just let go

"I felt safe" And she's been singing out of tune
Just then I'm "Flying to the Moon" I don't know where
I don't know when but someone's gonna give me in

It's my first time writing you
I pray that you can understand me
The Mourning after I'm stuck in your throat

"I felt safe" And she's been singing out of tune
Just then I'm "Flying to the Moon" I don't know where
I don't know when but someone's gonna give me in

I left my mouth wide open
It reminds me of you choking
I never saw the horses when they lined beside your bed
I never saw the officers but heard what they said

You know, I can't seem to breathe when you're here

kehidupan aku yang menonton tribute to p.ramlee telemovies dari sehari ke sehari memang tidak masuk akal.

"Tidak ada isu yang indah untuk dingumpatkan oleh Jah kali ini, cuma Jah rasa bangga dengan Batu Pahat yang tak lama lagi ada sebuah McDonalds yang besar."


sementelahan percutian aku yang membuatkan aku buntu sepanjang hari, aku dapat berita baik yang seorang lagi kawan rapat aku sejak dari sekolah, jika diizinkan tuhan mahu bernikah pada tahun depan.

hoi, semua orang dah gila kah?
baru 21 tahun umur kita, sudah sedia untuk ke stage yang baru?
aku memang tidak salahkan kalian, itu suatu benda yang tersuci, tetapi ini sesuatu yang mencetuskan pemikiran yang berterusan tanpa henti.

bagi aku berkahwin adalah satu aktiviti dimana ianya dilakukan setelah semua impian tercapai, setelah semua persiapan tersedia, setelah hati serta fikiran sudah dewasa.
apakah kalian sudah memenuhi semua ciri-ciri itu?
aku assumekan sudah, kerana jika tidak, tidak lah kalian memasang cita-cita mahu kahwin, bukan?

tersenyum aku apabila sepasang cucu adam terhindar dari segala jenis maksiat.

terkesan juga di hati, jodoh kalian memang cepat, jodoh aku nanti bagaimana.

ahli-ahli pembincang berkata; "syfa, kau itu baru 21 tahun, chill lah."
aku jawab; "aku memang cepat kalah dengan perasaan, kamu kan tahu itu."

apapun, selamat berkahwin-kahwin, aku memang gemar makan free.disamping itu menyokong hubungan yang murni.

yang nyata, aku mungkin cuba teknik nasik kangkang lepas ini.

kira-kira balik, memang sikit je pun.

lye, aen, jiji-o: for being part of my blood.

nana, ain: for every pillow talk, for every 'picnic' in the class.

ajajie, hanna: for every 'yes' and 'no'.

as: for every text message, for every nasi ayam.

syam, iqbal, mumu, yen, jiman, izat: for every second.

riz: for every deep conversation.

amal, amer, ijat: for every laugh.

khairil: for nothing.

anna, rafidah, chacha: for school uniform moments.

late yna: for few years of lovely 'sayang, aku tetap sayang kamu, sahabat baikku.'

JUMLAH MEMANG TIDAK PERNAH PENTING, BUKAN?

hasil penstalkingan. gidiyap, gidiyap, gidiyap!







ihsan dari hel-looks

kafir-kafir ini berjaya membuat aku orgasm.

sementara cuti aku akan habis lagi sebulan, aku mungkin tumbuh janggut.

motif tanah-konon-suci beri cuti hingga lima minggu?
lama sangat, mahu cari kerja buat kali pertama, jadual di ganggu oleh royal debate beberapa hari lagi.

cerita tentang kerja, boleh buat aku terdiam. aku tidak pernah kerja sejak selepas SPM. berbual dengan orang, hampir semuanya pernah bekerja. segan silu aku kerana tidak ada pengalaman itu.

dari hari terakhir SPM, aku sudah berkobar-kobar mahu kerja, tapi terbantut kerana mahu habiskan lesen kereta. lalu menjadi driver ibu, ayah, min.

sudahnya tak sempat nak bekerja.

situasi ini berlanjutan hingga aku dapat tawaran masuk tanah-konon-suci.

dah tu, setiap kali cuti semester, tanah-konon-suci beri cuti sekejap sahaja, paling lama tiga minggu. siapa mahu ambil aku bekerja jika tiga minggu je yang mampu aku pertahankan?


tak sempat bekerja, memang alasan aku.

tapi ini cuti sebulan satu minggu, memang membunuh aku.

sudahnya, mengajar tuisyen anak-anak saudara menjadi alternatif, at least ada juga benda nak dibuat.

cakap sambil buat, tapi pastikan ianya benda yang sama.

terima kasih cik sepet,
jika tidak aku memang tidak tahu.


sedikit sahaja kata-kata aku, supaya datang lagi menyerang dan kata aku mengutuk, dan buat cerita.


kiss my black ass, assholes.
setakat kata-kata macam tu yang jadi persembahan terbaik kalian, sila cuba lagi.

bodoh, kalian yang datang tak semena-mena, aku pula yang salah.

sila melenting dengan lebih agresif, aku suka melihat gelagat kalian.
dan sila buat perkara yang kalian marah aku buat.
oh, sila ulang lagi yang hidup aku tidak dikacau, hidup kalian sendiri yang sangat pathetic, jadikan aku alasan.

somehow, ini lah akibatnya kalau terlalu yakin sangat.
dan virtual provocation, buat aku nak muntah.
gua ilek je bai.
tak payah nak bengang-bengang sangat.
tak payah nak bagitau semua orang kalian bengang.
nampak macam orang bodoh.
terima kasih.

oh, btw, i repeat, high school bitchiness is so damn lame.
grow up, will you?

don't make me laugh, ha ha ha.

I've done nothing, scumbag.
seriously I've done nothing.

repeat the two words to your own face, and suck the pain in.

i feel like cutting my heir, no, hair.

exam sudah habis, serabut sudah hilang, cuti sudah bermula.

dan, tahniah, hati aku berjaya diranapkan sekali lagi.

lain kali tanya dulu habis-habis.
jangan main serbu sahaja.




kentahapehapean somehow leads to unacceptable thinking.

sekarang musim berangan, memang aku berangan, tapi aku tak tahan la dengan pemberanganan ni.


lagu tema : age of ruin - ima robot.


aku berangan mahukan kasut ini.
memang tidak mampu menampung berat aku.
tapi aku memang berangan mahukan kasut ini.

please, please, please.

Soalan wajib yang ditanyakan oleh kawan-kawan yang tahu kau telah menjanda selama beberapa tahun.

Aku perasan satu pattern kawan-kawan perempuan yang rapat dengan aku, akan mengeluarkan satu soalan wajib setiap kali aku bercerita tentang lelaki, yang mostly adalah kawan-kawan aku juga. Contohnya:

“Syfa, macamana kalau beliau suka Syfa?”

“Syfa, katakan lah satu hari, beliau suka Syfa, Syfa suka beliau balik tak?”

Aku tidak tahu apa fungsi semua soalan itu, mungkin mereka memang ingin tahu reaksi aku, mungkin mereka sengaja ingin lihat aku berbunga-bunga (ingin aku jelaskan disini, hobi aku memang perasan) atau apa sebenarnya ya?

Dan mostly, jawapan aku ialah tidak, ada yang in denial, ada yang aku rasa memang benar-benar rasa tidak, bermaksud jauh dari pemandangan.

Tetapi yang penting di sini, apa fungsinya semua soalan itu?

Adakah aku ini sudah kelihatan bersawang sangat kerana sudah lama tidak berteman?
Adakah mereka lihat aku sebagai wanita yang kesunyian setiap kali roommate aku bercakap telefon dengan b.friend nya sebab aku kelihatan bersawang sangat kerana sudah lama tidak berteman? (repetition sangat.)


Kadang-kadang sampai mengantuk aku fikir keadaan ini, semua orang tahu aku ini senang sangat fall for guys, yang mustahil obviously, tetapi bila aku fikirkan kembali, lebih mudah untuk kita suka orang yang tidak suka kepada kita, berbanding dengan orang yang sudah sedia suka kita. Ini sebab belum tentu kita betul-betul suka dekat orang yang suka kita itu, maksudnya yang betul-betul ready untuk melangkah ke stage yang lagi satu.

Ini membawa pula kepada isu aku perempuan yang picky, aku bukan memilih. Langsung bukan dari rupa (lihat saja lah sang bekas), aku cuma mahu lelaki yang cukup aku muatkan dalam hati aku dan lelaki yang mampu muatkan aku dalam hati mereka. Lelaki yang tidak banyak kerenah sebab aku yakin aku perempuan yang paling simple dalam dunia dan yang tidak pernah malu tentang apa yang kurang dengan aku. Kawan-kawan selalu salah faham, kerana mereka sudah dapat itu semua.

Aku jenis perempuan yang serahkan seluruh hati kepada people yang offer hati mereka kepada aku, aku sudah tersilap sekali, jadi akan be extra careful selepas ini, dan aku pasti proses itu akan menjadi terlalu susah.

Pernah seorang lelaki suka kepada aku (sekali itu je la pun), sudahnya aku tolak ketepi walaupun aku mula suka sedikit dekat dia. Orang lain kata aku trauma dengan kisah dulu, tapi aku rasa betul juga pun. Tapi aku rasa tidak salah menolak sesuatu yang kau rasa tidak pasti. Sebab apa yang bakal aku perjudikan melibatkan seluruh hidup aku, walau tak seserius mana, tapi aku sudah terlatih dengan itu sejak dari dulu lagi by some spiritual factors.

Jadi berbalik dengan soalan itu, aku sudah tegur mereka supaya tidak bertanya lagi, kerana soalan tidak ada motif selalunya boleh buat aku melenting dan menghempaskan kepala aku ke dinding kalau aku betul-betul marah.

Kalau boleh, aku rasa satu hari nanti aku mahu cuba rasa tidak punyai kawan walau satu pun di dunia ini, bagaimana rasanya, siapa tahu?

Semalam, aku keluar dengan dua orang gayfriends yang paling awesome di dunia, kami lepak sambil main truth or dare, sebenarnya truth sahaja sebab masing-masing berat punggung. Jadi game itu bertukar menjadi confessing session yang sangat menambah ilmu. Aku mahu cerita disini betapa aku rasa berkawan mereka sangat memudahkan hidup. A gayfriend is every woman’s diamond, kata mereka. Okay, apa yang seronok tentang mereka adalah sikap keterbukaan mereka yang susah hendak aku cari dalam diri lelaki lurus. Betapa mereka senang mendampingi perempuan tanpa alasan lain, dan bertindak sebagai kawan perempuan dan juga kawan lelaki dalam satu masa yang sama. Aku senang meluahkan, juga senang mendengar setiap patah kata mereka yang tenang. Ketepikan isu sexual orientation mereka, itu kurang penting buat aku. Aku lebih senang menerima dari sisi humanity. Tidak bermakna aku menyokong, itu antara mereka dengan tuhan. Tetapi sikap mereka yang indah buat aku terfikir, mana hendak aku cari kualiti ini dalam diri lelaki lurus. Senang untuk aku dampingi, seronok lah!

Dedikasi buat Syafawati Khairunnisa lima belas tahun akan datang.

Current resolution aku adalah hendak membuang rasa tidak puas hati, sering merungut, dan tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Semua sikap ini adalah sebab yang menjadikan aku seorang yang bitter, selain daripada latihan siap sedia untuk menjadi seorang anak dara tua, kalau lah kan.

Kadang-kadang aku merungut atas sesuatu yang tak perlu aku rungutkan, contohnya kenapa aku perlu duduk di tingkat tiga di kolej aku, kenapa tidak ada bas pengangkutan ke kelas semasa waktu aku ke kelas, ataupun merungut kenapa aku tidak ada kereta. Rungutan-rungutan ini ,selalu buat aku rasa tidak puas hati dan menjurus kepada pengaruh-pengaruh jahat oleh fikiran sendiri.

Aku cemburu melihat orang lain yang cukup semua, dapat semua kemudahan, sedangkan aku tidak pernah cukup dengan hidup.

Ini adalah keburukan aku, aku mengaku.

Mungkin juga sebab ini juga tuhan berikan ujian, yang buatkan hati aku tidak pernah senang, tidak cukup untuk berfikir, naik tangga ke bilik adalah satu senaman, jalan kaki ke kelas untuk appreciate udara yang tuhan beri, dan punyai kereta pada usia ini sebenarnya adalah pembaziran.

Jadi jika blog ini masih ada pada usia aku 36 tahun, dan hidup dengan penuh syukur dan mudah mengatasi segala hal yang remeh temeh, itu maksudnya, azam aku berjaya dipenuhi.

Mungkin apa yang aku cakap itu salah bagi kamu, tapi bukan itu caranya untuk membetulkan aku. Atau sebenarnya kamu itu tidak layak membetulkan aku.

Masalah sekarang ini, kamu tidak perlu datang tanya aku adakah setiap entri ini adalah berkenaan dengan kau. Tujuan aku bina blog ini, bukan untuk kamu. Sila sedar diri, aku tidak minta kamu baca walau sepatah perkataan pun. Dan juga tidak perlu cakap dengan aku, aku ini selfish sebab tulis apa yang aku rasa di sini, dan orang lain menangis baca blog aku ini. Jangan minta aku fahami perasaan kamu, kerana dalam hidup aku sekarang ini, diri aku lebih penting dari kamu.

Kamu sahaja yang rasa terpukul, dan aku mahu tanya, mengapa itu? Tidak perlu beritahu aku cara yang sepatutnya untuk meluahkan apa yang aku rasa, sepatutnya aku pergi berterus-terang dan tidak perlu menulis dalam blog. Masalahnya, masalah kamu kah jika aku menulis dalam blog ini? Takut teraib kah kamu jika aku menulis disini? Aku tidak cukup popular untuk semua orang tahu siapa kamu. Jangan jadikan ianya isu, kerana satu ketika dulu, bila aku berdiam diri, kamu juga yang panas punggung. Dan akhirnya kamu ludahkan ke muka aku semuanya. Jadi kau mahu apa yang sebenarnya? Diam tidak boleh, bersuara juga tidak boleh. Aku bukan hamba kamu, bukan, bukan.

Juga seperti apa yang aku katakan, the world wasn’t go around you people. Belajar menerima dengan tenang, jangan cepat melatah, nilai kembali setiap apa yang kamu katakan pada aku. Aku tidak pernah sibuk ingin ambil tahu tentang kamu, jadi, terima kasih kerana ambil berat tentang diri aku.

Apa yang aku kesalkan, sedikit pun kamu tidak ingat bermulanya pengakhiran persahabatan kita, dengan mesej yang kamu hantarkan, “kalau boleh aku tidak mahu kita bermusuh,” itu juga datang dari seorang yang lain,yang konon mahu kita berbaik, tetapi salah caranya, dan mesej itu, tidak mahu pula kamu nilai kesannya terhadap aku. Terima kasih.

Sekarang ini, aku akan terus menulis, kamu tidak pernah mampu menghalang aku, aku tidak peduli jika kamu mahu membalas, adakan kelab anti-syfa atau sebagainya, kerana aku hidup dengan pegangan, kamu sebab aku menangis dulu, kamu sebab aku menjadi kuat sekarang.

Tidak lupa juga, tahniah kerana relationship yang menjadi punca pengakhiran kita akan melangkah ke stage yang baru. Maka tidak sia-sialah kamu kehilangan aku setahun yang dulu.

oh, jika kamu kata ini juga adalah kutukan aku terhadap kamu, aku harap tuhan beri kamu akal lagi satu.

Si lurus, tamat lah semuanya.

Begitu sahajalah circle hidup aku, sudah terbiasa.Jjika ianya berlaku sekali lagi, mungkin aku tidak akan rasa apa-apa lagi. Hati aku memang liat macam selipar. Kawan-kawan lain, aku juga tahu tempat sepatutnya aku berpijak, jangan risau, yang mustahil memang dah tentunya mustahil, tidak akan ada apa-apa yang berubah.