Masalah sekarang ini, kamu tidak perlu datang tanya aku adakah setiap entri ini adalah berkenaan dengan kau. Tujuan aku bina blog ini, bukan untuk kamu. Sila sedar diri, aku tidak minta kamu baca walau sepatah perkataan pun. Dan juga tidak perlu cakap dengan aku, aku ini selfish sebab tulis apa yang aku rasa di sini, dan orang lain menangis baca blog aku ini. Jangan minta aku fahami perasaan kamu, kerana dalam hidup aku sekarang ini, diri aku lebih penting dari kamu.
Kamu sahaja yang rasa terpukul, dan aku mahu tanya, mengapa itu? Tidak perlu beritahu aku cara yang sepatutnya untuk meluahkan apa yang aku rasa, sepatutnya aku pergi berterus-terang dan tidak perlu menulis dalam blog. Masalahnya, masalah kamu kah jika aku menulis dalam blog ini? Takut teraib kah kamu jika aku menulis disini? Aku tidak cukup popular untuk semua orang tahu siapa kamu. Jangan jadikan ianya isu, kerana satu ketika dulu, bila aku berdiam diri, kamu juga yang panas punggung. Dan akhirnya kamu ludahkan ke muka aku semuanya. Jadi kau mahu apa yang sebenarnya? Diam tidak boleh, bersuara juga tidak boleh. Aku bukan hamba kamu, bukan, bukan.
Juga seperti apa yang aku katakan, the world wasn’t go around you people. Belajar menerima dengan tenang, jangan cepat melatah, nilai kembali setiap apa yang kamu katakan pada aku. Aku tidak pernah sibuk ingin ambil tahu tentang kamu, jadi, terima kasih kerana ambil berat tentang diri aku.
Apa yang aku kesalkan, sedikit pun kamu tidak ingat bermulanya pengakhiran persahabatan kita, dengan mesej yang kamu hantarkan, “kalau boleh aku tidak mahu kita bermusuh,” itu juga datang dari seorang yang lain,yang konon mahu kita berbaik, tetapi salah caranya, dan mesej itu, tidak mahu pula kamu nilai kesannya terhadap aku. Terima kasih.
Sekarang ini, aku akan terus menulis, kamu tidak pernah mampu menghalang aku, aku tidak peduli jika kamu mahu membalas, adakan kelab anti-syfa atau sebagainya, kerana aku hidup dengan pegangan, kamu sebab aku menangis dulu, kamu sebab aku menjadi kuat sekarang.
Tidak lupa juga, tahniah kerana relationship yang menjadi punca pengakhiran kita akan melangkah ke stage yang baru. Maka tidak sia-sialah kamu kehilangan aku setahun yang dulu.
oh, jika kamu kata ini juga adalah kutukan aku terhadap kamu, aku harap tuhan beri kamu akal lagi satu.
No comments:
Post a Comment