Current resolution aku adalah hendak membuang rasa tidak puas hati, sering merungut, dan tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Semua sikap ini adalah sebab yang menjadikan aku seorang yang bitter, selain daripada latihan siap sedia untuk menjadi seorang anak dara tua, kalau lah kan.
Kadang-kadang aku merungut atas sesuatu yang tak perlu aku rungutkan, contohnya kenapa aku perlu duduk di tingkat tiga di kolej aku, kenapa tidak ada bas pengangkutan ke kelas semasa waktu aku ke kelas, ataupun merungut kenapa aku tidak ada kereta. Rungutan-rungutan ini ,selalu buat aku rasa tidak puas hati dan menjurus kepada pengaruh-pengaruh jahat oleh fikiran sendiri.
Aku cemburu melihat orang lain yang cukup semua, dapat semua kemudahan, sedangkan aku tidak pernah cukup dengan hidup.
Ini adalah keburukan aku, aku mengaku.
Mungkin juga sebab ini juga tuhan berikan ujian, yang buatkan hati aku tidak pernah senang, tidak cukup untuk berfikir, naik tangga ke bilik adalah satu senaman, jalan kaki ke kelas untuk appreciate udara yang tuhan beri, dan punyai kereta pada usia ini sebenarnya adalah pembaziran.
Jadi jika blog ini masih ada pada usia aku 36 tahun, dan hidup dengan penuh syukur dan mudah mengatasi segala hal yang remeh temeh, itu maksudnya, azam aku berjaya dipenuhi.
No comments:
Post a Comment