Kalau boleh, aku rasa satu hari nanti aku mahu cuba rasa tidak punyai kawan walau satu pun di dunia ini, bagaimana rasanya, siapa tahu?
Semalam, aku keluar dengan dua orang gayfriends yang paling awesome di dunia, kami lepak sambil main truth or dare, sebenarnya truth sahaja sebab masing-masing berat punggung. Jadi game itu bertukar menjadi confessing session yang sangat menambah ilmu. Aku mahu cerita disini betapa aku rasa berkawan mereka sangat memudahkan hidup. A gayfriend is every woman’s diamond, kata mereka. Okay, apa yang seronok tentang mereka adalah sikap keterbukaan mereka yang susah hendak aku cari dalam diri lelaki lurus. Betapa mereka senang mendampingi perempuan tanpa alasan lain, dan bertindak sebagai kawan perempuan dan juga kawan lelaki dalam satu masa yang sama. Aku senang meluahkan, juga senang mendengar setiap patah kata mereka yang tenang. Ketepikan isu sexual orientation mereka, itu kurang penting buat aku. Aku lebih senang menerima dari sisi humanity. Tidak bermakna aku menyokong, itu antara mereka dengan tuhan. Tetapi sikap mereka yang indah buat aku terfikir, mana hendak aku cari kualiti ini dalam diri lelaki lurus. Senang untuk aku dampingi, seronok lah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment