Aku perasan satu pattern kawan-kawan perempuan yang rapat dengan aku, akan mengeluarkan satu soalan wajib setiap kali aku bercerita tentang lelaki, yang mostly adalah kawan-kawan aku juga. Contohnya:
“Syfa, macamana kalau beliau suka Syfa?”
“Syfa, katakan lah satu hari, beliau suka Syfa, Syfa suka beliau balik tak?”
Aku tidak tahu apa fungsi semua soalan itu, mungkin mereka memang ingin tahu reaksi aku, mungkin mereka sengaja ingin lihat aku berbunga-bunga (ingin aku jelaskan disini, hobi aku memang perasan) atau apa sebenarnya ya?
Dan mostly, jawapan aku ialah tidak, ada yang in denial, ada yang aku rasa memang benar-benar rasa tidak, bermaksud jauh dari pemandangan.
Tetapi yang penting di sini, apa fungsinya semua soalan itu?
Adakah aku ini sudah kelihatan bersawang sangat kerana sudah lama tidak berteman?
Adakah mereka lihat aku sebagai wanita yang kesunyian setiap kali roommate aku bercakap telefon dengan b.friend nya sebab aku kelihatan bersawang sangat kerana sudah lama tidak berteman? (repetition sangat.)
Kadang-kadang sampai mengantuk aku fikir keadaan ini, semua orang tahu aku ini senang sangat fall for guys, yang mustahil obviously, tetapi bila aku fikirkan kembali, lebih mudah untuk kita suka orang yang tidak suka kepada kita, berbanding dengan orang yang sudah sedia suka kita. Ini sebab belum tentu kita betul-betul suka dekat orang yang suka kita itu, maksudnya yang betul-betul ready untuk melangkah ke stage yang lagi satu.
Ini membawa pula kepada isu aku perempuan yang picky, aku bukan memilih. Langsung bukan dari rupa (lihat saja lah sang bekas), aku cuma mahu lelaki yang cukup aku muatkan dalam hati aku dan lelaki yang mampu muatkan aku dalam hati mereka. Lelaki yang tidak banyak kerenah sebab aku yakin aku perempuan yang paling simple dalam dunia dan yang tidak pernah malu tentang apa yang kurang dengan aku. Kawan-kawan selalu salah faham, kerana mereka sudah dapat itu semua.
Aku jenis perempuan yang serahkan seluruh hati kepada people yang offer hati mereka kepada aku, aku sudah tersilap sekali, jadi akan be extra careful selepas ini, dan aku pasti proses itu akan menjadi terlalu susah.
Pernah seorang lelaki suka kepada aku (sekali itu je la pun), sudahnya aku tolak ketepi walaupun aku mula suka sedikit dekat dia. Orang lain kata aku trauma dengan kisah dulu, tapi aku rasa betul juga pun. Tapi aku rasa tidak salah menolak sesuatu yang kau rasa tidak pasti. Sebab apa yang bakal aku perjudikan melibatkan seluruh hidup aku, walau tak seserius mana, tapi aku sudah terlatih dengan itu sejak dari dulu lagi by some spiritual factors.
Jadi berbalik dengan soalan itu, aku sudah tegur mereka supaya tidak bertanya lagi, kerana soalan tidak ada motif selalunya boleh buat aku melenting dan menghempaskan kepala aku ke dinding kalau aku betul-betul marah.
No comments:
Post a Comment