kehidupan aku yang menonton tribute to p.ramlee telemovies dari sehari ke sehari memang tidak masuk akal.

"Tidak ada isu yang indah untuk dingumpatkan oleh Jah kali ini, cuma Jah rasa bangga dengan Batu Pahat yang tak lama lagi ada sebuah McDonalds yang besar."


sementelahan percutian aku yang membuatkan aku buntu sepanjang hari, aku dapat berita baik yang seorang lagi kawan rapat aku sejak dari sekolah, jika diizinkan tuhan mahu bernikah pada tahun depan.

hoi, semua orang dah gila kah?
baru 21 tahun umur kita, sudah sedia untuk ke stage yang baru?
aku memang tidak salahkan kalian, itu suatu benda yang tersuci, tetapi ini sesuatu yang mencetuskan pemikiran yang berterusan tanpa henti.

bagi aku berkahwin adalah satu aktiviti dimana ianya dilakukan setelah semua impian tercapai, setelah semua persiapan tersedia, setelah hati serta fikiran sudah dewasa.
apakah kalian sudah memenuhi semua ciri-ciri itu?
aku assumekan sudah, kerana jika tidak, tidak lah kalian memasang cita-cita mahu kahwin, bukan?

tersenyum aku apabila sepasang cucu adam terhindar dari segala jenis maksiat.

terkesan juga di hati, jodoh kalian memang cepat, jodoh aku nanti bagaimana.

ahli-ahli pembincang berkata; "syfa, kau itu baru 21 tahun, chill lah."
aku jawab; "aku memang cepat kalah dengan perasaan, kamu kan tahu itu."

apapun, selamat berkahwin-kahwin, aku memang gemar makan free.disamping itu menyokong hubungan yang murni.

yang nyata, aku mungkin cuba teknik nasik kangkang lepas ini.

No comments: