motif tanah-konon-suci beri cuti hingga lima minggu?
lama sangat, mahu cari kerja buat kali pertama, jadual di ganggu oleh royal debate beberapa hari lagi.
cerita tentang kerja, boleh buat aku terdiam. aku tidak pernah kerja sejak selepas SPM. berbual dengan orang, hampir semuanya pernah bekerja. segan silu aku kerana tidak ada pengalaman itu.
dari hari terakhir SPM, aku sudah berkobar-kobar mahu kerja, tapi terbantut kerana mahu habiskan lesen kereta. lalu menjadi driver ibu, ayah, min.
sudahnya tak sempat nak bekerja.
situasi ini berlanjutan hingga aku dapat tawaran masuk tanah-konon-suci.
dah tu, setiap kali cuti semester, tanah-konon-suci beri cuti sekejap sahaja, paling lama tiga minggu. siapa mahu ambil aku bekerja jika tiga minggu je yang mampu aku pertahankan?
tak sempat bekerja, memang alasan aku.
tapi ini cuti sebulan satu minggu, memang membunuh aku.
sudahnya, mengajar tuisyen anak-anak saudara menjadi alternatif, at least ada juga benda nak dibuat.
No comments:
Post a Comment