selepas baca entri ini, kau juga dipersilakan buat benda yang sama.

kau cakap dengan dia, kalau kalian tidak berpacaran ketika itu, bagaimana kalau aku ada jejaka yang baru dan hidup bahagia sedangkan kalian terpaksa mengabaikan perasaan cinta yang baru berputik hanya kerana aku?


bodoh, sudah hampir setahun kisah itu berlalu, dan aku ini masih lagi sendiri.

bukan kerana aku ini loser, kerana aku sendiri yang tahu kondisi hati ini.

aku bukan berdendam, tapi sahaja mahu mengulangtayang semua supaya kau sendiri sedar betapa kau itu sungguh pentingkan diri dan jadikan aku sebagai punca masalah.

kau itu bodoh, itu sahaja yang aku tahu setakat ini.

kadang-kadang salah faham orang boleh buat emosi aku tidak stabil.

Situasi 1#

Aku sedang berjalan ke car park di Genting kota keriangan di pagi hari, berjalan dengan laju kerana badan sedang lenguh kesejukan. Di tangan, ada dua keping buku, sekeping fail, berjalan dengan laju lagi, tiba-tiba, dua orang lelaki, polis bantuan mungkin, menegur, “cikgu ke ni?”

Berjalan di Genting jam 5 pagi kah seorang cikgu mahu pergi mengajar?

Situasi 2#

Beberapa hari lepas, menghantar Amer Kecil ke Pudu, mahu pulang ke Melaka, berjalan ke platform 6, kawannya sedang menanti, sampai-sampai, Amer meletakkan beg dan berbual sepatah dua dengan rakannya, lalu melangkah ke arah aku dan beberapa ekor beruk lain, sambil tersenyum-senyum, “Kawan aku tanya, “Kau datang dengan mak kau ke?”

Aku mahu tampar wajah yang manis itu.

Situasi 3#

Aku sedang makan di warung daging salai tersedap di Kuala Lumpur, menyuap dengan asyik tapi dalam hati menyumpah sebab air tak sampai-sampai lagi. Datang kakak pelayan dari belakang, “Bang, tadi order air apa?” aku toleh, muka beliau tersipu-sipu malu kesalahan nama panggilan.

Hati aku sayu dalam riuh rendah gelak tawa rakan-rakan.


Aku baru sahaja sambut hari jadi ke-21 beberapa hari lepas, jangan buat aku macamgini, please.

kali terakhir apabila kau sudah putus asa.

hoi,
ingat aku ini tunggul kah?
kamu sudah mula ditch aku ye?

okay,ini entri terakhir buat kamu.
kerana nasihat kawan-kawan takut kamu terbaca, sampai sini sahaja.


pundek betul situasi ini.


fine, fine!

btw, aku kene gastrik selepas beberapa tahun bersih dari penyakit ini.
and hello, studi di genting?

sila masuk ilmu dengan menderu, kalau mampu.

encik almari.

y: haaa
y: ko nak tau satu menda yg leh wat ko berbunge riang di pagi hari?
y: aku baru teringat
y: nak tau tak?

s: hape?

y: nak tau tak?

s: jgn smpai aku bunuh diri dengan minum air gule lagi

y: habang hesyam tanye habang gobok
y: rindu kat syapa tak
y: si gobok pon menjawab
y: rindu sambil tersengih
y: hehehehehe

s: huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
s: sumpah aku ini tidak boleh tido.

kurang hajar.

jam 02.07 a.m.

dush dush.

1 new message : si lurus <3 <3

"nite..."




pukimak, itu aje? selama 2 hari aku di tanah batu pahat?
i despise you, a lot!

shut me up : shamiyaaaa

and don't don't don't get up!
cause I can't see the sunshine,
I'll be waiting for you baby,
cause I'm through
sit me down,
shut me up,
I'll calm down,
and I'll get along with you.


esok pulang ke tanah-konon-suci universiti itu.
berharap untuk jumpa si lurus, juga kawan-kawan lain(disini seperti biasa, aku menyamar).


si lurus, si lurus, si lurus.
aku rase mahu jumpa bomoh saje.

hari jadi lagi beberapa hari, hadiah advance sudah dapat,
aku mahu lagi!

si lurus yang besar.

aku rasa mahu rogol kau lah.

oh ya, buat kamu yang aku gelar lalang.

aku penat mintak maaf, okay.
kau ingat aku ini tunggul sahaja mahu melayan kau punya emo?
minta maaf, nampak gayanya kau itu suka dengan gelaran aku beri.

aku malas minta maaf lagi,
sebab minta maaf kadang-kadang memang tidak berguna,
sebab kau tetap menuding jari kepada aku,
sebab minta maaf kadang-kadang memang tidak berguna,
sebab memang betul kau itu lalang.

sila baca ini,
bukan salah aku bila aku ini cuba pura-pura bahagia,kawan baru, life baru dan segala kerana tidak mahu orang macam kau bersorak sebab kau rasa kau menang.
bukan salah aku adik aku masuk satu uitm dengan kau, dia dapat tempat sebab dia layak, bukan aku yang hantar dia masuk.

apa sahaja niat kau selama ini, memang betul, itu antara kau dengan tuhan, aku tidak mahu ambil tahu.

bila kau sedang teringatkan benda yang perlu diingat dan juga yang tak perlu diingat dalam satu masa sekaligus, kau jadi tak peduli dengan exam lagi.

aku sudah perasan pattern ini, sejak dari dulu lagi, apabila tiba masa untuk final exam, benda-benda yang bakal menggugat hati aku akan terjadi dengan selambanya.

mengikut kronologi,

pertama, si bodoh lelaki mustahil yang pertama,(di entri terdahulu, tertulis tentang beliau)teman wanita beliau hendak dijadikan cerita, membaca mesej yang telah aku titipkan buat sang lelaki,
bodohnya disitu kerana tak di delete mesej itu. okay aku mengaku, memang aku salah, tapi takda niat apa lain. hanya satu makluman. jadi maruah aku ditongsampahkan: itu tak perlu.

kedua, kondisi si lurus yang selambanya berborak dengan aku dengan keengganan beliau untuk ada sebarang relationship baru, namun dalam masa yang sama ingin berbaik dengan ex nya. kimak juak. tapi tak boleh nak salahkan siapa, beliau itu lurus selurusnya untuk terlalu bijak menangkap yang aku ini separuh mati sukakannya.

ketiga, mesej yang aku terima, dari si ex bestfriend, katanya beliau maafkan aku atas segala apa yang aku telah lakukan, segala apa yang aib tentangnya yang aku hebahkan, wah, aku ini memang jahat betul. kesan kejadian ini memang besar kepada aku ya, harap maklum, aku masih tidak boleh get over kalian lagi. terima kasih, terima kasih.

keempat, pemergian super bestfriend aku pada 18 oktober lepas. aku masih lagi teringat-ingat. saban malam menangisi, mengapa terlalu cepat perginya arwah, tempat berpaut aku hilang satu demi satu, baru sahaja aku text beliau beberapa hari sebelum pemergian, katakan aku terlalu sayang beliau, kerana orang lain datang dan pergi, dan hanya beliau yang sudi tinggal bersama aku, kini aku tertinggal lagi.

kelima, si ex bestfriend mesej lagi, ajak keluar hisap rokok, seperti yang sering kami lakukan dahulu, nak hisap rokok dlam kolej, kami ini terlalu skema. kebetulan aku ini sudah di johor, melawat kubur dan segala. aku cuba tanya pendapat rakan-rakan lain, dan juga ibu, patutkah keluar dengan beliau, jawapan mereka sama sahaja, terpulang kepada aku, entah, aku juga tidak tahu, kata orang tak elok bermasam muka lama, tapi bagi aku, tidak guna manis di senyuman pedih di hati, ye tak?

keenam, baru beberapa minit lepas, kucing kesayangan aku mati, setelah sakit beberapa hari akibat diserang kucing jiran, aku tidak menangis, tapi aku juga turut sedih bila ibu teresak-esak mengalirkan air mata, aku tidak menangis, kerana aku percaya, setiap haiwan yang mati akan terus ke syurga, dan pastinya mendoakan tuannya yang menjaga mereka dengan penuh kebaikan,aku harap itu.

hari esok dan seterusnya, aku hanya menadah sahaja, tuhan lebih tahu.

semoga peperiksaan aku berjalan dengan lancar.
dan aku juga sudah beritahu, aku ini paranoid orang nya.

aku relakan kamu pergi

sila rujuk entri yang bertajuk, 'semalam aku emo.'
entri ini berkenaan gadis itu.

terkenang aku memori kita.
terlalu cepat kamu pergi, terlalu singkat masa untuk kita bersama.
aku sayang kamu, aku harap kamu juga sayang aku walaupun kita sudah berlainan dunia.

seperti baru semalam kita bergurau senda.
pilunya hatiku bila kita tak sempat ketemu buat kali terakhir, sedangkan perjanjian sudah dibuat untuk kau dan aku, meneruskan persahabatan sedangkan yang lain datang dan pergi.
namun, kamu pergi jua. tinggalkan aku disini.

terkilannya aku menerima berita pemergian mu dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa.
terkilannya aku tidak dapat berbisik di jenazahmu bahawa aku sayang padamu.
terkilannya aku tidak dapat menatap wajahmu, mencium dahimu sebagai bekalan untuk aku terus hidup.

aku simpan segala semangat kamu dan aku simpan segala kasih sayang mu,

aku pujuk hati ini melepaskan kau pergi kepada yang lebih berhak ke atasmu.


in loving memory,
allahyarhamah eliyana bt. ismail
27.01.1987 - 18.10.2008

buat kamu si kawan lama ku,

aku tidak dapat reply surat kamu melalui laman itu, entah mengapa, maslah teknikal agaknya,
aku wakilkan blog aku ini untuk bersuara.

terima kasih buat surat itu,
surat itu menyedarkan aku supaya lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu.
maaf juga sekali lagi dalam blog itu aku tersebut nama kamu.
tiada apa niat lain, kerana entri itu memang khas buat kamu.
aku akan padamkan ia selepas ini.
antara kita sudah lama selesai, sudah lama tamat, aku sudah tidak ada rasa apa-apa lagi tentang kesakitan ini,sesungguhnya ketika itu aku ini terlalu rindukan kamu, ingin memeluk kamu, belum ada satu hari pun yang aku lupa kamu, tidak kira lah apa yang aku rasa ketika itu.

bagaimanapun,
bila bercakap tentang dua orang lain,
aku mahu kamu pasti bahawanya sudah aku terangkan kepada si gadis yang selalu membahagiakan tentang apa yang telah aku lakukan,telah aku minta maaf dengannya, telah aku terangkan mengapa, jika dia tidak boleh terima, aku tak boleh buat apa, aku juga ada hati sendiri untuk dijaga.
tapi bila tentang si panjang,
memang mula2 aku rasa aku yang salah,
tapi bila segala semua cerita yang keluar, yang aku tidak tahu, sudahnya sampai ke telinga, aku rasa untungnya aku di situ bertindak dengan cepat.
walaubagaimanapun,benci mana pun aku dengan dia, aku tidak pernah jeling, buat muka atau sekalipun, jadi, benda itu tidak perlu dari dia kerana bila kira balik, bukan aku yang salah.
di hadapan mata memang lah dia tolong aku,
kecewa dan segala,
belakang cerita, lain pula.
dan aku juga pelik kenapa dia takda cerita apa2 dengan kamu.
tapi lantak lah,
dia ada alasan sendiri dan aku tidak mahu tahu.
bukan aku tidak mahu berterima kasih,
tetapi takkan pernah ada orang yang faham mengapa aku tinggalkan semua.
jika aku masih bersama mereka, fikiran aku masih akan stuck penuh dengan kamu.dan itu semua makin menyukarkan.

tujuan aku jadi selfish selama ini,
adalah untuk mengelak dari terluka dan suffer lagi,
sebab aku sudah menjadi terlalu fobia,
setiap kali aku tahu aku akan terluka,
aku akan lari jauh-jauh,
sebab yang menanggungnya aku, bukan kamu.
itu tidak penting lagi, sebab aku sudah rasa manis yang datang dari semua ini.
bila aku bercerita, aku cerita dari sudut aku, terpulang kepada orang lain menilai betapa buruknya kamu dan betapa teraniayanya aku, aku tidak pernah meminta, apalagi mempengaruh, dan cerita tentang kamu masih lagi belum terpadam, kerana orang masih tertanya-tanya lagi apa yang terjadi antara kita.

aku tidak tahu jenis yang bagaimana mahunya kamu untuk tamatkan semua ini,
mahu aku sujudkah di kaki kamu semua?
mahu aku mengaku kah semua itu salah aku yang membuang benda terbaik dalam hidup?
mahu aku jilatkah semua yang telah aku ludah?


kerana bagi aku, semua sudah tamat setelah keluarnya perkataan terakhir dari mulut kamu.

dan tentang blog itu, maafkan aku jika sesiapa terasa, blog itu blog aku, aku tidak pernah harap kamu sukakan ia,itu tempat aku meluahkan apa yang aku rasa,
as long as i dont mention name of the person i talked about,
it is my right to say what i want to say, kerana aku tidak tampal gambar kamu dengan dengan gambar orang lain, dan biarkan gambar asal kekal.
sesungguhnya aku ini masih sayang kamu,
namun aku mengaku, masih kuat pegangan aku terhadap kesakitan yang aku tanggung, SEORANG dulu.

Obvious kot, weh.

Sepulangnya aku dari diskusi beberapa hari yang lepas, kawan-kawan mengajak ke al-kaffah memakan megi goreng. Dalam kereta aku kuatkan semangat cuba meluahkan isi hati yang tak tertanggung.

Jawapan rakan- rakan, “ Obvious kot, weh. Memang nampak sangat pun.”
(bilakah akan tercapai cita-cita aku untuk menjadi penyembunyi rasa hati yang hebat? menyirap)

Di meja, dengan bising dengan sorak sorai datang dari arah perjumpaan kumpulan penegak bangsa Melayu, dan depan mata menyuap megi goreng atas pinggan yang tak reti duduk diam asyik bergerak-gerak, aku tenang menerima satu demi satu cerita berkenaan si lurus, yang mana bisa meng’ditch’ kawan baik sendiri setelah rasa suka diluah. Dan juga beberapa cerita lain yang buat aku meletakkan si lurus dalam golongan lelaki yang mustahil.

Semalam, kami melepak bersama, si lurus sibuk ajak berbincang tentang rasa mcm nak balik dekat janda nya, aku jadi menyirap lalu aku diam sahaja.

Susah betul hati aku kalau ini yang akan terjadi sampai umur aku 38 tahun. Tak larat nak chill lagi beb, saya sudah lama menjanda.

Berpeluh la keadaan ini.

Said there'd be no going back
Promised myself I'd never be that sad
Maybe that's why you've come along
To show me, it's not always bad

Falling for you, Jem.

Aku ini mahu period, tahu? Jadi siri kali ini berkenaan sesi peng’emo’an aku terhadap kesalahan aku yang sering fall for a wrong guy. Selepas berlakunya perpisahan yang tersangat bitter dengan bekas teman lelaki hampir tiga tahun dahulu, aku telah jatuh hati secara serius kepada lebih kurang 3 orang lelaki, tiga-tiga adalah mustahil, kepala aku menjadi bebal bila fikirkan ini.

Patah hati #1
Lelaki pertama, ini lelaki yang lama aku ambil masa untuk tahu hati sendiri sudah suka sama dia, iaitu kawan baik sendiri yang tolong menenangkan setiap kali masalah melanda. Bila sudah jauh pergi tinggalkan aku, rasa suka tu tiba-tiba je datang, menyirap. Tapi kondisi dirinya yang sudah dipunya orang membuat aku ingin memijak hati sendiri.

Patah hati #2
Ini pula lelaki berguna tiggal di Kajang, berwajah hodoh tetapi sungguh charming dengan kebijaksanaan dan kedewasaan. Aku awal-awal berangan akan dididik yang sempurna. Tapi kondisi dirinya yang masih mengharap kasih sang bekas membuat aku jadi rajin duduk di dapur memukul telur untuk didadar dengan penuh geram.

Patah hati #3
Lelaki ini menjadi trigger kejatuhan hati aku, sifat yang nerd dan lurus seperti pembaris, menarik-narik hati aku keluar. Hati membuak-buak mahukan lelaki ini, tapi dengan bijaknya menzip mulut agar tiada seorang pun tahu, banyak hal nanti weh. Tapi kondisinya yang memang tak mahu ada rilesyensyip yang melibatkan hati juga perasaan, membuat aku menumbuk bantal peluk setiap kali mahu tidur.


Due to constant heartbreaking, aku isytiharkan kini diri aku monoseksual. Sememangnya hati aku mudah untuk diranapkan, sesiapa mahu cuba, sila beraksi comel dengan tidak sengaja depan aku dan buat bodoh atau selepas beberapa lama, beritahu aku segala alasan sebagai bukti kamu bukan untuk aku. Obvious weh.

Letih hati ini, aku doa dalam tangisan supaya period aku cepat datang.

semalam aku emo.

sebenarnya tangan aku lenguh buat aku rasa tak boleh tidur.
bila rasa dah menyampah sangat, aku mula lah menyalah- bermaksud rasa tak selesa hingga mahu simpulkan kaki dengan tangan.

lalu terbawa-bawa perasaan hingga aku mula rasa sedih, teringatkan super bestfriend yang lama tidak bercontact.
aku text dia, "sebenarnya aku sayang kau sangat."

aku betul2 sayang gadis ini.
never failed to remind me there's always something to keep in my heart.

sekolah, sekolah, sekolah.

kenapa cuti raya tak pernahnya sebulan? sesungguhnya aku malas nak sekolah.

berat aku naik lagi, dan lagi.






raya memang seronok, tambah-tambah lagi kalau banyak bahan yang nak diumpat.

naik cuti = sekolah

keadaan aku yang naif ketika hendak naik cuti, dengan perasaan nak membeli-belah tapi duit pun takde, aku kuatkan azam bakal menempuh kesesakan lalulintas dari johor ke kuala lumpur sebentar lagi.



alah, takde hipokrasi konon.
jangan yakin sangat,aku sebab yakin sangat la jadik mcmgni!


ye,aku rasa aku ingin menjadi penyanyi pink.