Situasi 1#
Aku sedang berjalan ke car park di Genting kota keriangan di pagi hari, berjalan dengan laju kerana badan sedang lenguh kesejukan. Di tangan, ada dua keping buku, sekeping fail, berjalan dengan laju lagi, tiba-tiba, dua orang lelaki, polis bantuan mungkin, menegur, “cikgu ke ni?”
Berjalan di Genting jam 5 pagi kah seorang cikgu mahu pergi mengajar?
Situasi 2#
Beberapa hari lepas, menghantar Amer Kecil ke Pudu, mahu pulang ke Melaka, berjalan ke platform 6, kawannya sedang menanti, sampai-sampai, Amer meletakkan beg dan berbual sepatah dua dengan rakannya, lalu melangkah ke arah aku dan beberapa ekor beruk lain, sambil tersenyum-senyum, “Kawan aku tanya, “Kau datang dengan mak kau ke?”
Aku mahu tampar wajah yang manis itu.
Situasi 3#
Aku sedang makan di warung daging salai tersedap di Kuala Lumpur, menyuap dengan asyik tapi dalam hati menyumpah sebab air tak sampai-sampai lagi. Datang kakak pelayan dari belakang, “Bang, tadi order air apa?” aku toleh, muka beliau tersipu-sipu malu kesalahan nama panggilan.
Hati aku sayu dalam riuh rendah gelak tawa rakan-rakan.
Aku baru sahaja sambut hari jadi ke-21 beberapa hari lepas, jangan buat aku macamgini, please.
No comments:
Post a Comment