Said there'd be no going back
Promised myself I'd never be that sad
Maybe that's why you've come along
To show me, it's not always bad
Falling for you, Jem.
Aku ini mahu period, tahu? Jadi siri kali ini berkenaan sesi peng’emo’an aku terhadap kesalahan aku yang sering fall for a wrong guy. Selepas berlakunya perpisahan yang tersangat bitter dengan bekas teman lelaki hampir tiga tahun dahulu, aku telah jatuh hati secara serius kepada lebih kurang 3 orang lelaki, tiga-tiga adalah mustahil, kepala aku menjadi bebal bila fikirkan ini.
Patah hati #1
Lelaki pertama, ini lelaki yang lama aku ambil masa untuk tahu hati sendiri sudah suka sama dia, iaitu kawan baik sendiri yang tolong menenangkan setiap kali masalah melanda. Bila sudah jauh pergi tinggalkan aku, rasa suka tu tiba-tiba je datang, menyirap. Tapi kondisi dirinya yang sudah dipunya orang membuat aku ingin memijak hati sendiri.
Patah hati #2
Ini pula lelaki berguna tiggal di Kajang, berwajah hodoh tetapi sungguh charming dengan kebijaksanaan dan kedewasaan. Aku awal-awal berangan akan dididik yang sempurna. Tapi kondisi dirinya yang masih mengharap kasih sang bekas membuat aku jadi rajin duduk di dapur memukul telur untuk didadar dengan penuh geram.
Patah hati #3
Lelaki ini menjadi trigger kejatuhan hati aku, sifat yang nerd dan lurus seperti pembaris, menarik-narik hati aku keluar. Hati membuak-buak mahukan lelaki ini, tapi dengan bijaknya menzip mulut agar tiada seorang pun tahu, banyak hal nanti weh. Tapi kondisinya yang memang tak mahu ada rilesyensyip yang melibatkan hati juga perasaan, membuat aku menumbuk bantal peluk setiap kali mahu tidur.
Due to constant heartbreaking, aku isytiharkan kini diri aku monoseksual. Sememangnya hati aku mudah untuk diranapkan, sesiapa mahu cuba, sila beraksi comel dengan tidak sengaja depan aku dan buat bodoh atau selepas beberapa lama, beritahu aku segala alasan sebagai bukti kamu bukan untuk aku. Obvious weh.
Letih hati ini, aku doa dalam tangisan supaya period aku cepat datang.
1 comment:
peyet peyet peyet!!!
mari beraya umah akuuuuuuu!!!!
Post a Comment