Sepulangnya aku dari diskusi beberapa hari yang lepas, kawan-kawan mengajak ke al-kaffah memakan megi goreng. Dalam kereta aku kuatkan semangat cuba meluahkan isi hati yang tak tertanggung.
Jawapan rakan- rakan, “ Obvious kot, weh. Memang nampak sangat pun.”
(bilakah akan tercapai cita-cita aku untuk menjadi penyembunyi rasa hati yang hebat? menyirap)
Di meja, dengan bising dengan sorak sorai datang dari arah perjumpaan kumpulan penegak bangsa Melayu, dan depan mata menyuap megi goreng atas pinggan yang tak reti duduk diam asyik bergerak-gerak, aku tenang menerima satu demi satu cerita berkenaan si lurus, yang mana bisa meng’ditch’ kawan baik sendiri setelah rasa suka diluah. Dan juga beberapa cerita lain yang buat aku meletakkan si lurus dalam golongan lelaki yang mustahil.
Semalam, kami melepak bersama, si lurus sibuk ajak berbincang tentang rasa mcm nak balik dekat janda nya, aku jadi menyirap lalu aku diam sahaja.
Susah betul hati aku kalau ini yang akan terjadi sampai umur aku 38 tahun. Tak larat nak chill lagi beb, saya sudah lama menjanda.
No comments:
Post a Comment