buat kamu si kawan lama ku,

aku tidak dapat reply surat kamu melalui laman itu, entah mengapa, maslah teknikal agaknya,
aku wakilkan blog aku ini untuk bersuara.

terima kasih buat surat itu,
surat itu menyedarkan aku supaya lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu.
maaf juga sekali lagi dalam blog itu aku tersebut nama kamu.
tiada apa niat lain, kerana entri itu memang khas buat kamu.
aku akan padamkan ia selepas ini.
antara kita sudah lama selesai, sudah lama tamat, aku sudah tidak ada rasa apa-apa lagi tentang kesakitan ini,sesungguhnya ketika itu aku ini terlalu rindukan kamu, ingin memeluk kamu, belum ada satu hari pun yang aku lupa kamu, tidak kira lah apa yang aku rasa ketika itu.

bagaimanapun,
bila bercakap tentang dua orang lain,
aku mahu kamu pasti bahawanya sudah aku terangkan kepada si gadis yang selalu membahagiakan tentang apa yang telah aku lakukan,telah aku minta maaf dengannya, telah aku terangkan mengapa, jika dia tidak boleh terima, aku tak boleh buat apa, aku juga ada hati sendiri untuk dijaga.
tapi bila tentang si panjang,
memang mula2 aku rasa aku yang salah,
tapi bila segala semua cerita yang keluar, yang aku tidak tahu, sudahnya sampai ke telinga, aku rasa untungnya aku di situ bertindak dengan cepat.
walaubagaimanapun,benci mana pun aku dengan dia, aku tidak pernah jeling, buat muka atau sekalipun, jadi, benda itu tidak perlu dari dia kerana bila kira balik, bukan aku yang salah.
di hadapan mata memang lah dia tolong aku,
kecewa dan segala,
belakang cerita, lain pula.
dan aku juga pelik kenapa dia takda cerita apa2 dengan kamu.
tapi lantak lah,
dia ada alasan sendiri dan aku tidak mahu tahu.
bukan aku tidak mahu berterima kasih,
tetapi takkan pernah ada orang yang faham mengapa aku tinggalkan semua.
jika aku masih bersama mereka, fikiran aku masih akan stuck penuh dengan kamu.dan itu semua makin menyukarkan.

tujuan aku jadi selfish selama ini,
adalah untuk mengelak dari terluka dan suffer lagi,
sebab aku sudah menjadi terlalu fobia,
setiap kali aku tahu aku akan terluka,
aku akan lari jauh-jauh,
sebab yang menanggungnya aku, bukan kamu.
itu tidak penting lagi, sebab aku sudah rasa manis yang datang dari semua ini.
bila aku bercerita, aku cerita dari sudut aku, terpulang kepada orang lain menilai betapa buruknya kamu dan betapa teraniayanya aku, aku tidak pernah meminta, apalagi mempengaruh, dan cerita tentang kamu masih lagi belum terpadam, kerana orang masih tertanya-tanya lagi apa yang terjadi antara kita.

aku tidak tahu jenis yang bagaimana mahunya kamu untuk tamatkan semua ini,
mahu aku sujudkah di kaki kamu semua?
mahu aku mengaku kah semua itu salah aku yang membuang benda terbaik dalam hidup?
mahu aku jilatkah semua yang telah aku ludah?


kerana bagi aku, semua sudah tamat setelah keluarnya perkataan terakhir dari mulut kamu.

dan tentang blog itu, maafkan aku jika sesiapa terasa, blog itu blog aku, aku tidak pernah harap kamu sukakan ia,itu tempat aku meluahkan apa yang aku rasa,
as long as i dont mention name of the person i talked about,
it is my right to say what i want to say, kerana aku tidak tampal gambar kamu dengan dengan gambar orang lain, dan biarkan gambar asal kekal.
sesungguhnya aku ini masih sayang kamu,
namun aku mengaku, masih kuat pegangan aku terhadap kesakitan yang aku tanggung, SEORANG dulu.