aku relakan kamu pergi

sila rujuk entri yang bertajuk, 'semalam aku emo.'
entri ini berkenaan gadis itu.

terkenang aku memori kita.
terlalu cepat kamu pergi, terlalu singkat masa untuk kita bersama.
aku sayang kamu, aku harap kamu juga sayang aku walaupun kita sudah berlainan dunia.

seperti baru semalam kita bergurau senda.
pilunya hatiku bila kita tak sempat ketemu buat kali terakhir, sedangkan perjanjian sudah dibuat untuk kau dan aku, meneruskan persahabatan sedangkan yang lain datang dan pergi.
namun, kamu pergi jua. tinggalkan aku disini.

terkilannya aku menerima berita pemergian mu dalam keadaan yang tidak tahu apa-apa.
terkilannya aku tidak dapat berbisik di jenazahmu bahawa aku sayang padamu.
terkilannya aku tidak dapat menatap wajahmu, mencium dahimu sebagai bekalan untuk aku terus hidup.

aku simpan segala semangat kamu dan aku simpan segala kasih sayang mu,

aku pujuk hati ini melepaskan kau pergi kepada yang lebih berhak ke atasmu.


in loving memory,
allahyarhamah eliyana bt. ismail
27.01.1987 - 18.10.2008

No comments: