bila kau sedang teringatkan benda yang perlu diingat dan juga yang tak perlu diingat dalam satu masa sekaligus, kau jadi tak peduli dengan exam lagi.

aku sudah perasan pattern ini, sejak dari dulu lagi, apabila tiba masa untuk final exam, benda-benda yang bakal menggugat hati aku akan terjadi dengan selambanya.

mengikut kronologi,

pertama, si bodoh lelaki mustahil yang pertama,(di entri terdahulu, tertulis tentang beliau)teman wanita beliau hendak dijadikan cerita, membaca mesej yang telah aku titipkan buat sang lelaki,
bodohnya disitu kerana tak di delete mesej itu. okay aku mengaku, memang aku salah, tapi takda niat apa lain. hanya satu makluman. jadi maruah aku ditongsampahkan: itu tak perlu.

kedua, kondisi si lurus yang selambanya berborak dengan aku dengan keengganan beliau untuk ada sebarang relationship baru, namun dalam masa yang sama ingin berbaik dengan ex nya. kimak juak. tapi tak boleh nak salahkan siapa, beliau itu lurus selurusnya untuk terlalu bijak menangkap yang aku ini separuh mati sukakannya.

ketiga, mesej yang aku terima, dari si ex bestfriend, katanya beliau maafkan aku atas segala apa yang aku telah lakukan, segala apa yang aib tentangnya yang aku hebahkan, wah, aku ini memang jahat betul. kesan kejadian ini memang besar kepada aku ya, harap maklum, aku masih tidak boleh get over kalian lagi. terima kasih, terima kasih.

keempat, pemergian super bestfriend aku pada 18 oktober lepas. aku masih lagi teringat-ingat. saban malam menangisi, mengapa terlalu cepat perginya arwah, tempat berpaut aku hilang satu demi satu, baru sahaja aku text beliau beberapa hari sebelum pemergian, katakan aku terlalu sayang beliau, kerana orang lain datang dan pergi, dan hanya beliau yang sudi tinggal bersama aku, kini aku tertinggal lagi.

kelima, si ex bestfriend mesej lagi, ajak keluar hisap rokok, seperti yang sering kami lakukan dahulu, nak hisap rokok dlam kolej, kami ini terlalu skema. kebetulan aku ini sudah di johor, melawat kubur dan segala. aku cuba tanya pendapat rakan-rakan lain, dan juga ibu, patutkah keluar dengan beliau, jawapan mereka sama sahaja, terpulang kepada aku, entah, aku juga tidak tahu, kata orang tak elok bermasam muka lama, tapi bagi aku, tidak guna manis di senyuman pedih di hati, ye tak?

keenam, baru beberapa minit lepas, kucing kesayangan aku mati, setelah sakit beberapa hari akibat diserang kucing jiran, aku tidak menangis, tapi aku juga turut sedih bila ibu teresak-esak mengalirkan air mata, aku tidak menangis, kerana aku percaya, setiap haiwan yang mati akan terus ke syurga, dan pastinya mendoakan tuannya yang menjaga mereka dengan penuh kebaikan,aku harap itu.

hari esok dan seterusnya, aku hanya menadah sahaja, tuhan lebih tahu.

semoga peperiksaan aku berjalan dengan lancar.
dan aku juga sudah beritahu, aku ini paranoid orang nya.

No comments: