Rindu semua kawan-kawan di dunia.

Biarlah kawan kau dalam dunia ini boleh dikira dengan jari saja jumlahnya, sebab yang boleh dikira dengan jari itu lah yang nampak semua istimewanya diri kau.

Bagi aku, sahabat sejati adalah sahabat yang mengambil semua baik rakannya, dan menerima serta cuba mengubah buruknya.


Namun ada juga jenis yang nampak sekali buruknya, yang baiknya ditolak juga. Memang ada, tidak aku nafikan, mungkin untuk menjaga diri sendiri, takut terpengaruh atau sebagainya.



Tetapi, jangan lah dipandang hina mereka yang buruk itu, kerana tidaklah bermakna memandang hina suatu keburukan itu akan menambah tingkat kebaikan kita.


Betul ke tidak?


Aku bercakap dari pengalaman, sebab aku dah jumpa bermacam jenis kawan. Tidak, jangan kira ikhlas orang berkawan dengan kita, bukan maksud aku macam itu, tetapi ada satu-satu masa kau mesti boleh lihat mana arah tuju persahabatan kau. Dan mana yang diredhai Tuhan, maka yang itulah yang kekal.

Banyaknya kegagalan persahabatan itu datang dari aku juga. Jangan ada yang melenting cakap aku menuduh tak tentu hala pula.

Jadi, titik pendapat aku di sini, apabila berkawan, kau kena bijak untuk lihat mana satu nilai persahabatan kau dengan kawan kau, yang mana elok kau simpan, yang mana tak elok, perlahan-lahan kau bantu ubah. Tetapi beri masa. Jangan kau paksa. Sebab kita semuanya tak sama.

Aku ada ramai kawan yang bersepah perangainya, tetapi aku simpan juga kerana aku tahu nilai baiknya tetap ada.

Dan aku juga ada ramai kawan yang menyimpan aku atas dasar yang sama.


Jadi begitulah, jangan buang kawan-kawan yang kau lihat sikit buruknya, terus kau tolak ketepi. Tapi jangan lupa juga pesan Puan Shikin, "Berkawan jangan sampai dipijak kepala. Kan bodoh kalau merugikan diri sendiri?"

Oh ya, beri dulu, baru minta.

Berbual dengan dua orang manusia sebentar tadi buat aku fikir satu benda.


Dekat mana lagi nak mintak tolong kalau bukan dekat Allah. Kata lah kita berdikari berpijak atas kaki sendiri macamana pun. Bila diri susah, hati tak tetap letak tenangnya, memang tak ada pendengar yang sudi mendengar selain Tuhan kita.


Bukan aku nak pesongkan fikiran sesiapa, tapi aku contohnya, satu masa dulu (dan mungkin masih lagi sekarang ini) bukanlah tergolong dalam kumpulan manusia yang takut berbuat dosa, malah pernah satu masa aku bangga. Jadi ada cara apa lain lagi, selain dari berbuat dosa dan paksa diri nilai balik apa dosa itu berbaloi untuk aku buat sekali lagi, atau lebih baik patah balik ke awal jalan?

Aku pilih yang kedua, semoga Tuhan terima apa yang aku unjukkan, dan tetapkan hati dalam pilihan yang aku lakukan.


Nah, itu aku. Aku tak sarankan pada siapa-siapa.


Tetapi bila satu kali jatuh, kau diam. Dua kali jatuh, kau bangkit senyum semula seperti tak ada apa-apa. Tiga kali jatuh, kau mula salahkan semua di depan mata.


Nama nak tanya Yang Di Atas Sana, tak ada.


Tak boleh macam itu, manusia. Memang tak akan datang selonggok keuntungan/kegembiraan/kejayaan depan mata kau begitu saja, memang tak akan ada.


Tuhan itu adil, Dia beri, untuk lihat berapa banyak yang kau sudi pulang balik. Dia ambil, untuk lihat berapa banyak ukuran redha kau atas setiap satu susah, setiap satu hampa, setiap satu kecewa.



Memang susah nak cakap, hati kita tak sama. Aku tak boleh kongsi tenang aku atas tikar sejadah yang aku hanya kenal baru-baru ni. Aku tak boleh kongsi rasa bahagia aku bila mak bapak aku sujud syukur selepas tunggu 24 tahun baru aku nak terhegeh-hegeh buat semua.


Tapi kau patut boleh rasa, bila setiap bahagia yang Tuhan nikmatkan dekat kau itu, walaupun sekejap, ada maknanya. Ada maksudnya. Dan kau juga boleh rasa, atas susah yang Tuhan cuitkan pada kau itu, banyak kegunaannya esok lusa.


Apa yang aku nak cakap sebenarnya, adalah belajar meminta. Dan jangan meminta saja, cuba beri sama. Tuhan tak pernah dan tak akan lokek, walaupun sedikit yang kau bagi balik, Dia kata, "tak apa, tak ada masalah, Aku beri lebih."


Contoh? Senang saja, nafas yang kau hirup setiap saat itu kira nikmat besar dari Dia. Nafas yang kau hirup tak payah dibantu dengan apa-apa bantuan. Kalau nak kira, eh memang tak terkira, berapa ramai yang kalau nak bernafas sampai meminta tolong? Ramai.


Jadi itulah. Bukan niat aku nak mengajar. Aku sendiri tak tersusun lagi langkah. Tapi itu perkara paling asas sekali yang perlu kita semat dekat dada. Masakan kita boleh percaya benda yang lain kalau kenyataan yang satu ini pun susah kita nak terima? Kan?



Satu lagi,
jangan cakap kita dah puas berdoa, tapi Tuhan belum kurniakan. Tuhan dah kurniakan setiap satunya, cuma kita yang belum jumpa.



Gua dah mula bingai.

Baru dua tiga minggu gua jadi warga UUM, banyak pembaharuan gua nampak. Lu bosan kan gua asyik borak pasal UUM? Gua tau dah. Lantak lu lah, nak baca ke tak.



Yang pertama.

Gua dah pandai berbual I U, I U ni. Bukan main geli gua rasa. Selama hidup gua, paling berhemah pun kata ganti diri yang gua pakai adalah Syafa & ____ (Addressee), itu yang paling sopan sekali dalam dunia ni. Dengan kawan-kawan rapat, jangan harap la nak ber I U, itu memang mengundang lempang. Kecuali dengan kawan-kawan yang memang dari awal ber I U, tu contoh gua nak bergedik je. Tapi kalau dengan Ijat or Sheima or Ajie nak ber I U, gua libas diri sendiri.

Yang kedua.

Semua orang tahu gua tak boleh hidup takde nasik. Nasik tu umpama kekasih gelap gua. Satu hari tak makan nasik, gua boleh marah seminggu genap. Dan semua orang tahu gua kalau makan nasik, mesti kena ada kawan. Gua tak boleh makan tak berteman. Jadi dekat sini, jadual makan nasik gua betul-betul terganggu. Last gua makan nasik, dua hari lepas. Jangan harap la lu nak kawan dengan gua kalau gua dah hot esok nanti ni.

Yang ketiga.

Manusia paling nerd dalam UUM ni gua lah kot. Tak semena-mena gua rajin tak tentu hala. Bayangkan, sebelum kelas, gua baca buku, gua siap buat notes. Ini bukan diri gua yang sebenar sikit masa dulu. Adakah gua telah dirasuk hantu pembelajaran? Itu yang kita kena selidik. Assignment pertama gua, summarize 20 bijik journals. Hoi lah meninggal! Siapa-siapa dekat UUM ni sikit hari lagi boleh la kot tengok sekali sekala gua borak dengan beruk.

Yang keempat.

Gua baru belajar yang dekat sini tak boleh pakai jeans pergi kelas. Gua stress betul. Baju kurung dah la bawak sikit. Memang la kelas sikit je. Tapi gua rasa akak-akak sekelas gua memang boleh perasan baju apa gua pakai. Bukan nak cakap gua paling cantik dalam kelas, tapi kalau dalam kelas ada lima orang je student, tak macam kerja masing masing belek corak baju kawan sebelah kalau boring dengar lecture.





Sebenarnya gua rindu rumah weh. Gua homesick, gua makan megi hari-hari, gua malas nak basuh baju, gua beli cerek elektronik bila dah masak air rasa macam besi. Gua jalan kaki dari bus stop pergi kelas punya lah jauh ya Rabbi. Gua nangis!

Gua tak sabar nak bulan 1 ni, gua nak pergi Indonesia, gua nak cari jodoh. Jodoh pakai baju koko.

Bila hati orang itu kau yakin mampu jadi hatimu sendiri.

Cuba peluk matahari, kalau mampu kau harung setiap panasnya.
Cuba gapai bulan, kalau mampu kau hulur tangan ke sana.


Bukan mahu aku lumpuh mahumu,
tidak juga mahu aku cantas citamu.


Namun bukankah lebih baik tunduk ke tanah, lihat mana kakimu bertelapak?



Nafas ini tidak seenteng itu.


Bisik hati saja tidak cukup,
apa lagi kerdip mata,
Khairunnisa.



Kau bukan siapa-siapa yang berkehendakkan dewa.
Tidak cukup cermin di bilik, cuba cari gelas besi di dapur.
Tidak cukup juga, cuba cari serpih kaca berselerak.


Pusing, cuba lihat keliling, cuba cari semua yang perlu kau cuba.
Cuba kalau lah ada.


Okay so now I miss UIA.

UUM is ... okay I guess.

Apart from the monkeys in the hostel compound, crappy system and confusing lecture buildings.
I haven't try the shuttle service yet, but we'll see how.

I am too tired to even write about it now. You know, travelling from Sintok to Alor Star two days in a row almost killed me. So I've got a room in DPP (College) Bank Rakyat, 5 kilometers outside the campus, the room is okay, the hostel is a bit old and stilly, and I have no roommate yet. I know eventually I'm gonna knock someone's door and ask whether I can sleep with her. The only thing that makes me happy is that I have stack of junk food.

Classes, okay so far. I spent 2 hours in a wrong class on the first day. And I have a lecturer, a doppelganger of my auntie who likes to curse a lot. Funneh. Oh yes, I am the youngest in all classes I've registered in. Kesian weh, nak mencarut dengan siapa?


I miss my parents, and my kid brother so much. Can't wait for November to come.


Gonna snap some photos to show you my desk (because there's a photo of Ijat and Aya there), and my windows (because they put some sort of net to avoid monkeys to get in, weird).



Okay update :

So this is my work space. Its nothing much. But yes, look at those two girls. Because I am an awesome sister, like that.




And yes, because I am vain, this is my new matric card. And the face in this gambar looks slimmer than the actual printed one. Gila muka besar tayar bas.


Tu je lah.
*Bad photo quality but like, I, care.

On boys and commitment. Gila kau.

Whenever I get to see my girls, the ultimate topic of our discussion is basically about, hmm...
boys. Yes, boys.

And because all the bitching, gossiping, bahan-ing each other tell us one thing. Boys are difficult, though it is always the same pattern, they still are difficult.




Oh, I have so many engagement ceremonies and wedding to attend next year. Boy, that is definitely a sign.

Our little sister's engagement.






Beautiful, isn't it?

So my classes are going to start on 17th September, so I have one week gap from the registration date. I thought I wanna do surprise for Nadal, so I secretly came to Kuala Lumpur, no one knew about it except Alyaa, Sheima and Ijat (this one I just couldn't shut my mouth from telling her), and went straight to her engagement ceremony.

I've missed the upacara menyarung cincin but managed to join the camwhore-ing session, at her house, as well as at the studio.

So, Nadal was really stunning, and kurus aku bengang. Her make-up was done by Sheima, of course, our own artist with magical fingers. You know, she has a very milky ivory complexion, suited with her dusty pink baju kurung, and made her glow-y like a baby. I is very the jealous. And Meme, her fiance, jambu lah of course.

It was very beautiful, it was very charming.

She's the younger in our circle, and she's the one who got engaged first. I is jealous one more time.

Congratulations, baby. Thank you for inviting me, it was such an honor to be there celebrating your engagement. May Allah bless your engagement, as well as your upcoming marriage. InsyaAllah.



And I looked like a fat pregnant woman in almost all photos. Thank you bat flowing blouse, thank you.

Si juling & Si pipi biskut.



Setiap perempuan ada cerita tersendiri tentang hijabnya.
Begitu juga aku dan dia.
Cerita hijab kami berlainan sama sekali.
Namun cerita hijab aku adalah kesinambungan daripada cerita hijab dia.

Jadi semoga hijab kami kekal di atas kepala,
semoga sujud kami kekal terjaga,
semoga hubungan kami kekal sampai bila-bila.


InsyaAllah.


Syukran, ya Rabb.
Kau jadikan kami sama-sama jahil,
Kau buka mata kami dalam satu masa yang sama.
Mahu aku simpan sampai mati yang ini.


Orang kita cakap, "Berlagak nak mampus."

"I baru beli kasut ni, dalam 4, 5 ribu jugak la harga dia, parents I macam tak bagi, sebab nak pakai dekat kaki kan? Tapi I nak jugak, I tak kira. I tak kisah pun harga dia mahal, sebab I dah suka sangat kan, I beli je la."


Macam celaka.


Being wealthy is not a crime, I know that. But bragging about stuff you have, brands you know, class you're living in is totally a major turn-off.

No one deserves to brag. That is totally lame, especially the ones who think they are rich, but actually they're not, their parents are. It is sick, you know. No one wants to hear us babbling about stuff we have.

I don't see what is the point of wanting people to know that we're wearing expensive things? Why? I get it, we want people to look at us, we want people to envy us, so okay, leave the things to do it by themselves. Show them to the world, it's between us and our God, He will judge our intentions, not other people, but please, keep our freaking mouth shut.


It is not gonna bring us anywhere, I tell you.
There's nothing wrong wearing Prada and not telling people about you wearing Prada.


Yes, pronouns 'we' and 'us' are used because I'm saying this to myself too.
And no, I'm not writing this because I'm jealous of someone who wears Prada and bragging about wearing Prada.
I just hate it when people bring brand names in every conversation I am in, or I am witnessing.
Can't afford to wear such expensive clothes and drink expensive coffee in another hundred years, but no, I'm not jealous of people who can.
It's just, come on, you're not gonna get to bring all in your grave, aye?



I know I'm gonna get in my grave with few pieces of fabric only.


And please, don't get me started with people who wear fake shits and claimed they are original. Social desperation is gonna kill you in the end.

Okay itu tak kelakar.

One thing I don't like about Raya is the way people respond to whatever new information they've gained from you.
For example,


"Amboi ustazah berjubah-jubah."
For God's sake, jubah is not for ustazah only. Everyone can wear it.

"Takpe, lepas belajar dah boleh cari jodoh pulak."
I feel like smashing Mother's raya cookie jars.

"Kau makin besar."
And the act of ziarah should be abolished by next year.


Things like that.
Not nice, not nice.