Bila hati orang itu kau yakin mampu jadi hatimu sendiri.

Cuba peluk matahari, kalau mampu kau harung setiap panasnya.
Cuba gapai bulan, kalau mampu kau hulur tangan ke sana.


Bukan mahu aku lumpuh mahumu,
tidak juga mahu aku cantas citamu.


Namun bukankah lebih baik tunduk ke tanah, lihat mana kakimu bertelapak?



Nafas ini tidak seenteng itu.


Bisik hati saja tidak cukup,
apa lagi kerdip mata,
Khairunnisa.



Kau bukan siapa-siapa yang berkehendakkan dewa.
Tidak cukup cermin di bilik, cuba cari gelas besi di dapur.
Tidak cukup juga, cuba cari serpih kaca berselerak.


Pusing, cuba lihat keliling, cuba cari semua yang perlu kau cuba.
Cuba kalau lah ada.


No comments: