Rindu semua kawan-kawan di dunia.

Biarlah kawan kau dalam dunia ini boleh dikira dengan jari saja jumlahnya, sebab yang boleh dikira dengan jari itu lah yang nampak semua istimewanya diri kau.

Bagi aku, sahabat sejati adalah sahabat yang mengambil semua baik rakannya, dan menerima serta cuba mengubah buruknya.


Namun ada juga jenis yang nampak sekali buruknya, yang baiknya ditolak juga. Memang ada, tidak aku nafikan, mungkin untuk menjaga diri sendiri, takut terpengaruh atau sebagainya.



Tetapi, jangan lah dipandang hina mereka yang buruk itu, kerana tidaklah bermakna memandang hina suatu keburukan itu akan menambah tingkat kebaikan kita.


Betul ke tidak?


Aku bercakap dari pengalaman, sebab aku dah jumpa bermacam jenis kawan. Tidak, jangan kira ikhlas orang berkawan dengan kita, bukan maksud aku macam itu, tetapi ada satu-satu masa kau mesti boleh lihat mana arah tuju persahabatan kau. Dan mana yang diredhai Tuhan, maka yang itulah yang kekal.

Banyaknya kegagalan persahabatan itu datang dari aku juga. Jangan ada yang melenting cakap aku menuduh tak tentu hala pula.

Jadi, titik pendapat aku di sini, apabila berkawan, kau kena bijak untuk lihat mana satu nilai persahabatan kau dengan kawan kau, yang mana elok kau simpan, yang mana tak elok, perlahan-lahan kau bantu ubah. Tetapi beri masa. Jangan kau paksa. Sebab kita semuanya tak sama.

Aku ada ramai kawan yang bersepah perangainya, tetapi aku simpan juga kerana aku tahu nilai baiknya tetap ada.

Dan aku juga ada ramai kawan yang menyimpan aku atas dasar yang sama.


Jadi begitulah, jangan buang kawan-kawan yang kau lihat sikit buruknya, terus kau tolak ketepi. Tapi jangan lupa juga pesan Puan Shikin, "Berkawan jangan sampai dipijak kepala. Kan bodoh kalau merugikan diri sendiri?"

No comments: