Dan setiap rasa yang kosong itu sudah memenuhi sebenarnya.
Bendalah ni yang buat aku berfikir panjang dua tiga hari ini.
Benda ni juga lah yang pernah buat hidup aku santak tak lama dulu.
Hati resah asyik meruntun segala apa yang tidak cukup.
Contohnya,
Duit takde nak beli itu ini, orang lain bergaya dengan barang mahal-mahal.
Kekasih pun takde orang keliling berkepit, aku sorang-sorang layan kehidupan sendiri.
Itulah yang selalu aku rungutkan. Betul. Siapa yang baca blog aku dari mula wujudnya, harus dah arif sangat tentang benda ini. Menggelabah gila.
Lantas itulah perkara-perkara yang aku kesali dalam hidup.
Padahal rezeki tak pernah putus, kasih sayang tak pernah tak cukup.
Bak kata orang, manusia, biasalah. Lebih bagaimanapun, mesti ada yang kurang. Hati memang tak pernah nak puas.
Tapi,
Tuhan itu kan adil. Mulanya memang susah nak nampak, tapi perlahan-lahan bila semua usaha, semua benda Tuhan mudahkan, aku terdiam sendiri.
Sikit masa dulu, Ijat pernah tegur aku, aku seorang yang liberal. Tahu setiap satu itu wujud atas nikmat Tuhan, tapi masih nak mencari logik.
Tak faham? Contohnya macam ini,
nak bayar registration fee, kena susah payah kumpul duit, risau duit tak cukup. Tiba-tiba datang durian runtuh yang tak diduga, contohnya deposit sewa rumah dulu-dulu dipulangkan lah, duit ini masuk lah, duit itu masuk lah. Tak payah usaha pun, dapat duit.
Kalau aku, aku fikir logik dulu, duit ni datang mesti ada sebab dia contohnya, sebelum fikir semua tu nikmat Tuhan. Betul. Aku tak tipu. Teruk kan? Perangai aku memang dahsyat.
Tapi, makin lama, makin aku sedar, semua kemudahan yang sampai tanpa perlu usaha itu, datangnya dari mana kalau bukan laluannya Tuhan?
Makanya Tuhan pasti menolong kalau aku percaya setiap usaha yang aku bakal kerjakan itu semua menuju ke arah Dia. Lalu aku adjust sedikit demi sedikit, tukar niat setiap usaha tu. Alhamdulillah, setiap satu usaha aku sekarang ini, semuanya dibantu Tuhan. Jangan kata usaha besar, yang kecil-kecil pun Tuhan tolong.
Macam itu hari contohnya, semua orang tahu jarak hostel aku nak ke kampus agak jauh kena naik bas, jadi dah naik bas kena turun dekat DKG (Dewan Kuliah Gugusan, ye, memang lame nama diorang) kena berjalan jauh lagi. Hari tu cuaca mendungnya minta ampun, aku risau, payung cantik tertinggal dekat rumah Ijat so memang takde payung, tapi setitik pun tak tumpah, padahal jauh berjalan ni, dan sabik sampai kelas hujan turun punyalah lebat, habis kelas, dah tak hujan. Maka senanglah kerja aku.
Ya, setengah orang cakap itu nasib baik, tapi kan nasib baik itu datang dari Allah juga.
Itu ceritanya, tetapi, yang buat aku terfikir, dulu walaupun aku tak pakai tudung, walaupun aku tak sembahyang, tapi hati aku baik (aku yakin), aku tak minum arak, aku tak berzina, tapi kenapa Tuhan tak tolong? Kenapa semuanya susah? Kenapa hati tak tenang? Kenapa orang lain biasa je?
Aku malu nak tanya, sebab memang nampak sangat bodoh kalau aku tak tahu jawapan.
Tetapi sekarang Alhamdulillah Tuhan buka jalan, sekaligus buka mata supaya aku tahu kenapa hidup yang dulu senang tapi hati tak tenang berbanding hari ini, senang atau susah, hati insyaAllah tenang.
Aku tetap bersyukur walaupun bakalan ada orang yang meragui adakah jalan yang dibuka untuk aku itu boleh dikira atau tidak. Lagi-lagi bab tutup aurat ni.
Kalau nak kira sepuluh kali dah aku pakai buka tudung. Dulu aku pakai tudung, lepastu buka, lepastu pakai sekali lagi, lepas itu buka lagi. Jadi aku malu nak pakai tudung lagi, sampai aku cakap,
"Nak pakai tudung lepas kahwin je!"
(Ayahku, maafkan anakmu sebab ada niat yang tidak adil untuk ayahku, sebab anakmu biarkan ayahku tanggung dosa anakmu, tetapi anakmu ini mahu menyimpan dosa itu dari ditanggung sang suami.)
Melampau.
Tetapi sampai masa, aku rasa memang sengaja Tuhan tunjuk. Mula dengan kepergian Ijat ke Makkah. Balik dari umrah, beliau tukar 100%. Alhamdulillah. Perlahan-lahan aku dah terasa sendiri. Kemudian seorang demi seorang pergi ke Makkah dan pulang dengan wajah baru.
Timbul pula niat, "Aku nak pergi Makkah, mesti dekat sana dapat hidayah."
Namun kita kan manusia, mana boleh bohong hati. Hati jadi sayu bila baca kisah penghijrahan orang. Jadi aku kuatkan hati, satu hari, sarung tudung terus, dan Alhamdulillah lekat hingga hari ini.
Aku simpulkan bahawa Tuhan buka jalan melalui orang-orang sekeliling, dan aku tak mahu sombong untuk terus menidakkan hidayah itu. Mungkin bukan bagi orang lain, tetapi sekali lagi, urusan antara kau dengan Tuhan, kau saja yang tahu rasanya bagaimana.
Masih terlalu awal untuk katakan yang aku akan terus berhijab sampai habis nafas. Sebab perkara-perkara ini sudah jadi sebelum ini. Yakin berhijab, tetapi sudahnya aku buka.
Tapi kali ini, lain sungguh rasanya. Susah aku nak cakap. Sebab bukan rasa nak pakai hijab saja yang ada. Banyak yang lain juga. Solat dah pasti salah satu. Kalau dulu, punyalah susah nak bersolat. Asyik salahkan syaitan yang bergayut, nama nak buat, memang tak ada, tapi Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah, senangnya jalan, senangnya hati Tuhan buka untuk ambil wudhu', sarung telekung dan mula sujud padaNya. InsyaAllah, semoga Tuhan bimbing aku dari tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Dan kamu kamu juga. Bersama-samalah kita.
Oh ya, dan semoga setiap satu yang kita kerjakan, jadikan tujuan utamanya adalah untuk Tuhan. InsyaAllah barakah itu ada di mana-mana.
Okay, dah cukup panjang.
Niat aku bukan nak berdakwah, jauh sekali memandai-mandai membetulkan salah orang sedangkan aku sendiri pun bersepah. Niat aku cuma mahu kita sama-sama fikirkan, perasaan yang kita ini sebenarnya dimiliki Tuhan itu memang dah ada, cuma kena cari saja. Aku masih lagi berlari-lari mencari, aku harap ada yang sudi berlari sama. InsyaAllah tidak akan rugi apa-apa.
Jangan salah anggap aku sudah jadi perempuan alim tak tentu hala. Aku masih banyak khilaf. Aku masih Syafa yang sama, yang masih lagi gelak kuat-kuat, mencarut pun boleh tahan, rokok pun masih payah nak berhenti, tak lancar mengaji Al-Quran, belum khatam cara menutup aurat yang sebetulnya, dan sebagainya.
Aku masih belajar. Jadi kalau ada salah dimana-mana, aku mungkin sedar, mungkin tidak sedar, maka tolong betulkan.
Sekali lagi, mungkin kebelakangan ini, semuanya berbaur dakwah, percayalah, aku bukan nak memandai-mandai, sekadar beritahu apa yang aku rasa.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment