sepijaknya aku di tanah batu pahat, aku sudah terfikir-fikir cupcake cekelet ibu.
geram.
lalu aku membuat muka manis, mulakan dengan puji-pujian, meminta kapkek dibuat.
malam ini kami bergotong royong dua beranak buat kapkek.
aku cuba nyatakan kebengangan aku terhadap kapkek ini.
kenapa ibu buat kau jadi cantik, aku buat kau jadi hodoh?
tangan tak dibedung kah ketika kecil?
tapi sedap siot aku buat.
ah,manisnya.
nakalllll je.
beberapa hari sebelum raya
aku punya bosan kalau diukur, mau melimpah ruah.
juga tiada apa yang hendak ditulis selain kejayaan menyelongkar bundle,dan pastinya pakaian itu dikutuk masyarakat sekeliling selepas ini, (kawan-kawan,maafkan,ini selera aku, bagaimanpun ajie setuju, jadi aku okay je).
dua hari di kampung,aku enjoy makan,ade la satu malam 3,4 round.
sedap beb,ibu masak,sape tanak tolak.
dan juga:
1) white choco macadamia
2) chocolate indulgence
3) teh o panas

Apa kena-mengena aku dengan manusia-manusia hot ini.
Aku melihat mereka-mereka di bawah sebagai manusia terhot pilihan aku untuk zaman ini. Segala tentang mereka amat menarik perhatian, tak kira lah cantik ke hodoh ke, kacak ke buruk ke. Bagi aku mereka terlalu sedap mata untuk dipandang dan sekali ingat, aku rasa cita-cita aku ingin menjadi mereka.
1. Justin Timberlake
Lelaki ini buat aku rasa nak tampar diri sendiri akibat kegeraman yang melampau. Kebolehan menari dan full-butt yag ada, boleh buat seram sejuk. Mana nak carik lelaki ini di Tanah Melayu ni, susah beb.
2. Amy Winehouse
Pemujaan terhadap keunikan suara dan gaya. Tak boleh cakap lagi la. Se-pi-che-les. Tambah pula gandingan hebat bersama suami-tersayang-tapi-tak-berapa-berguna, boleh tolak kebodohan dia untuk jadik wanita pujaan aku.
3. Adeline bt Ajmain
Kawan kepada Lye, kezen aku yang mendapat tempat antara manusia-manusia hot pilihan aku sepanjang zaman. Muka yang ultra cantik, figure yang terlalu mantap, dan sikap lemah lembut yang ada, boleh jadi lesbian aku kadang-kadang. Tak pernah ada perempuan melayu yang secantik beliau, gila lah, aku suka perempun ini sejak dari pandangan pertama.
4. Khairil Anwar b.Shariff
Kami berkawan baik, tapi dia juga hot, dari segi gaya dan ilmu di dada. Walaupun begitu aku selalu deny tentang ke’hot’an dia secara terang-terangan, kerana aku bimbang dia cepat lupa diri. Tapi kebenarannya, aku rasa dia jauh lebih hot ketika berat badannya 90 lebih dulu berbanding sekarang.
5. Kirsten Bell
Minah ini menarik pandangan mata ketika aku menonton Gracie’s Choice. Peratus hot beliau lebih kepada wajah, tak tahulah, tapi aku rasa aku lebih tertarik untuk memilih dasar ke-hot-an perempuan physically dari segi wajah yang lemah gemalai. Aii, geram.
6. Adam Brody
Gila lah siapa yang tak mengaku dia ni hot. Bengong ke hape wei?
7. Chris Brown
Guilty pleasure. Aku boleh jadi tak keruan jika tak menonton video clip ‘forever’. Nigga rules, brah!
8. Akmal Senyum
Budak kecik ini haruslah hot sangat sebenarnya. Dia adalah seorang kawan baru yang berjinak-jinak dalam syfa-land. Seorang adik yang mengikut cakap kakak. Aku memang over, pernah curik gamba dia dekat mypace lepas tu buat wallpaper. Kejadian itu memang dicemuh masyarakat sekeliling. ‘syfa the stalker’ nama gelaran saya, kawan-kawan.
9. Nurul Hanna Hussein Shah
Rakan sekolej aku yang nerd tapi super hot, orang lain akan deny, tapi aku selalu cakap dalam hati dia ini hot, dari sikap nerdy yang hot dan juga muka amoi-amoi yang hot. Aku suka bila dia gelak, mata akan tertutup rapat dan suka pukul-pukul manja bila dinganjeng orang. Hanna kau comel lahh!
10. Puan Nor’ashikin bt Amran
Siapa yang tanak cakap mak sendiri hot oi. Semua tentang wanita ini adalah hot, titik.

Cik kak si bundle freak.
Aku sangat akui yang aku ini sangat teruja melihat fesyen2 yang unik tetapi tidak la yang terlalu unik. Itu pelik.
Dan aku juga jeles bila terlihat wanita2 yang ultra stylo, diorang banyak duit, boleh laa.
Aku tiada duit untuk bergaya, itu selalu ibu ulang, jadik aku hanya mampu mencari baju2 yang cantik dan unik (bagi aku) di bundle sahaja.
Sangat jimat, mudah mencari saiz yang besar dan dalam masa yang sama, konfiden level tinggi sikit.
Bermodalkan rm7, aku juga dapat sepasang kasut yang cantik, mata aku bercerita.
Siapa geli angkat tangan?
Haha, nasib lah. Puan Syikin juga pakai baju bundle, Cik Mat juga pakai baju bundle.
Anak mereka, apatah lagi.

lelaki itu rambutnya lembut.
1130pm-1230am, 8-9 September 2008.
Diatas ini adalah masa terkeramat buat minggu ini.
Aku sedang melepak di mamak terkemuka di Wangsa Maju bersama rakan-rakan ketika itu, konon nak sahur tapi tak makan pun. Tak tahu nak makan apa, bila tak tahu nak makan apa, aku biarkan mata aku yang mencari makanan. Wah, lepak punya lepak dihadapan seben E sebab tertipu kononnya nak hujan, berlalu seorang lelaki gebu berambut panjang mengurai umpama sayur padi, tak la panjang sangat, itu seram, berbaju acdc dan berseluar merah pudar nak ke pink gitu (tak hodoh pun, percaya lah!), aku mula menggeletek tidak keruan. “Incoming, incoming,” hati dupdapdupdap berbicara. Aish, gebu betol, rasa ingin mengawan terbit di sanubari. Dari dalam seben E hingga beliau keluar, aku ini tiada lepas pandang.
Isunya adalah, kawan-kawan cuba meyakinkan pergi mintak phone number beliau.
Masalahnya sekarang ingat aku seberani itu kah?
Aku sebenarnya seorang yang sering berlagak berani dan kononnya terer.
Semua orang sudah clear mengapa itu terjadi. Aku sering cakap je lebih habuk tarak. Kerendahan level self esteem itu buat aku kadang-kadang nak tanya mana pintu masuk untuk menonton gig pun malu, takut kena rijek. (tak pasal).
Jadi, sehingga kini penyakit itu tidak pernah terubat, ada sapa-sapa boleh tolong?
Tapi kalau setakat nak cakap suruh kuruskan badan hingga pinggang berukuran 29 inci, lebih baik aku makan dan terus bercinta dengan Kuntum dan juga Timmy, ye Jiman.

Tone by YZ Chin.
Short story di atas sungguh seronok, singkat dan padat. Sila baca.
Tapi jangan ulangi ayat di bawah:
“Tak payah ada boyfriend weh, bila masalah datang, kau yang merana.”
Clearly, bukan kalian saja yang mahu mencuba.
Aku sudah kena sekali, jadi pastinya aku sudah bersedia. Sakit seteruk mana pun, aku tahu, kita semua akan recover dengan sendiri nya. Apa yang tidak perlu, adanya isu pencinta agung yang telah ditongsampahkan, masih mengharap cinta si bekas hingga ke hujung hayat, itu bodoh.
Kini aku hanya bercinta dengan dua ekor kucing, Kuntom dan juga Timmy, mereka lelaki yang baik. Belum pernah ada dugaan datang melanda lagi.

darah daging
Apa yang aku suka tentang hari raya ialah,
Keseronokan berlungguk dengan tiga orang lagi kezen yang aku paling cinta. Walaupun diorang adalah orang yang terjarang sekali lepak dengan aku, diorang tetap berada di ranking teratas orang-orang yang aku gemari.
Masa raya ini adalah masa yang paling berkualiti sebab kami pasti berkumpul secara total bersama. Dari kecil sampai sekarang, kami sering bersama jika ada sesi pengumpulan ahli keluarga sebelah Puan Syikin. Apa yang seronok ketika bersama cousin-cousin 3 ekor ini adalah:
1.lawak kami kurang difahami oleh orang lain.
2.kami tidak akan berhenti menjerit, bersahut-sahutan bila seorang dah start.
3.kutuk-mengutuk sesama sendiri sudah pasti tanpa perlu risau tentang hati yang akan mengecil kerana pasti tidak ada.
4.aktiviti rutin mengabadikan diri di bundle-bundle seluruh kawasan gombak, mencari pakaian yang selepas itu tersarung di badan sambil terkeluar di mulut, “gue lah perempuan yang paling cantik di hari raya kalau nak banding dengan lu orang."
5.berkumpul di rumah lye dan buka kedai kopi pukul 2 pagi, borak tentang bf masing-masing. (aku jarang buka mulut time ni.)
6.duduk berlungguk sekali lagi mendengar macik-macik mengumpat dan menjadi tukang gelak kuat-kuat.
7.main picit tetek sesama sendiri kuat-kuat, pekerjaan yang tak senonoh amalan kami semua.
8.beli burger special dekat simpang rumah lye kerana burger itu ultra sedap, makan sama-sama dan melakukan aktiviti yang sama, mengumpat.
9.bertandang ke rumah saudara mara yang tinggal di kl sambil mengepaw makanan dekat rumah diorang, ini yang paling enjoy.
10.akan peluk sekuat yang mungkin bila time nak berpisah walaupun nak jumpa lagi sekali tak lama lagi.ini yang paling buat aku bahagia bersedarakan diorang.
Ada kezen-kezen yang rapat buat aku tak kesah hilang semua benda di dunia, kerana kami datang dari akar umbi yang sama.
obsesi aku terhadap lelaki
Tipulah kalau perempuan tak tengok lelaki. Menipu, menipu, menipu. Rata-rata semua kawan aku gemarkan lelaki, mereka umpama kuih seri muka, sayang kalau tak makan walaupun sepotong. Aku, ahli tunggal dalam kelompok rakan- rakan yang masih tunggal, memang pantang nampak lelaki, ini adalah disebabkan:
1. aku jarang dapat peluang berkawan dengan lelaki tak kisahlah bagaimana rupa parasnya tanpa ada medium yang menghubungkan kami berdua, medium aku maksudnya disini adalah orang, atau manusia yang lain. Dan dengan fakta yang mereka memandang aku seperti memandang orang-orang di tengah sawah merobek harapan yang menjulang. Hadoi,susah lah mak nak cakap.
2. aku sering termimpikan aku dapat jejaka kacak sebagai pendamping, (ye, ini keyakinan yang membencikan) supaya aku boleh bawa pulang ke kampung semua orang kampung akan, “apa yang ngensem sangat bopren anak Mat Kechik tu?”. Huyo, kalau mat saleh lagi la.aku bawak round satu kampung naik motor hari-hari.
3. aku sering jadikan alasan yang ini sebagai lesen untuk memandang lelaki dengan rakusnya, “adik bukannya apa bu, memuji indahnya ciptaan tuhan.” Puan Syikin akan menarik nafas dengan tangan satu di atas bersedia untuk melempang.
4. tidak wujudnya persahabatan antara aku dengan walau satu pun lelaki secara serius terjadi sedari kecil hinggalah aku hendak dekat-dekat SPM, sebab aku sekolah perempuan, dan sebab aku tak cool sangat bila naik bas luar setiap kali pulang dari sekolah. Kain sekolah tak singkat sangat mcm mengharung banjir, tu la pasal.
5. ini aku admit sendiri, sebab aku kurang dari segi fizikal, bukan tak cukup sifat, tapi kurang dari segi keindahan, kerana aku amat pasti rupa perempuan memainkan peranan penting dalam idup lelaki. Juga perangai aku yag kurang senonoh sikit. Alah, chillax!
Jadi, keputusannya biji mata akan tersembul setiap kali terpandang lelaki.
Wanna get laid ,tonight?

kawan lama, aku rindu
Awal tahun ini aku telah lalui satu fasa yang boleh dikatakan sihat dimana aku telah belajar meninggalkan sesuatu yang tidak pasti dan memilih jalan sendiri untuk terus maju kehadapan tanpa menoleh ke arah sesuatu yang tidak perlu.
Menjadi seorang yang poyo sebenarnya tidak lah sesukar mana.
Pasangan ex-bestfriend aku dan juga ex-boyfriend aku harusnya bahagia saat ini, dan aku pasti itu, jika tidak manakan mungkin sang jejaka menghantar sang gadis hingga di pintu muka kelas di hadapan mata aku setiap hari isnin, rabu dan jumaat kerana nasib badan untuk semester ini kelas aku berganti dengan kelas sang gadis.
Dan yang manisnya, aku sudahpun berjaya mengatasi rasa perit dan susah payah membuang segala rasa jiwa kacau berkenaan mereka. Dan dengan bersyukurnya aku berfikir, sudahkah aku berjaya dengan dugaan untuk kali ini? Tidak kisah lah itu, walaupun belum lagi berjumpa jalan bahagia, tetap aku gembira kerana jalan nekad aku ambil seketika dulu, terbukti berkesan pada masa kini.
Cuma kadangkala aku terfikir, apabila dua orang bertelagah berebut (secara teknikal nya bukan lah berebut, tapi rasa tak ingin lepaskan kenangan lepas untuk seorang yang rapat mengulangi kenangan itu bersama lelaki yang sama)sang lelaki yang tulus mementingkan diri sendiri, apakah yang untungnya kami semua nekad mengikut perasaan hati?
Pelik juga bila dua sahabat sejati bertukar menjadi … ah entahlah, tak sanggup pula nak kata musuh, tapi dengan kata-kata “kau memang hipokrit” dan “kau tak penah fikir pasal aku pun, kau fikir pasal sang lelaki saja”, aku rasa itu adalah isu yang terbangkit apabila rasa nafsu yang lebih tinggi dari kasih sayang.
Sesungguhnya aku terlalu rindu pada kamu, aku rindu dengan apa yang kita kongsi sebelum datangnya sang jejaka dalam hidup kita kembali. Tapi fikir aku sekali lagi apa untungnya rindu itu?
Apapun, bulan ini bulan kemaafan, mahu aku yang mulakan dulu? Baik lah, aku minta maaf atas semua yang telah terjadi, tak kira salah aku atau salah sesiapa jua.
Entri ini buat sayangku si kawan lama itu.

kak sameerah!
samaire armstrong.
aku terlalu suka wanita ini.
muka dia unik.
figure juga cantik walaupun kurus sangat.
dulu dia kurang femes, sekarang ni boleh tahan la femesnya.
first sekali aku tengok dia,dalam video klip bad day by daniel powter sebab aku tak tengok The O.C.
dari first sampai sekarang aku still suka dia.
sayangnya,dia bukan kakak aku.
cinta, "cinta?"
aku berjaya puasa selama dua hari. dan berjaya berbuka puasa dengan perut penuh masakan ibu.haa, hamek kau.
kali ini, kemusykilan aku tentang manusia rasanya penuh maksud buat seorang yang kesunyian seperti aku dan rasa kesunyian itu kadang-kadang membuat aku makan lagi, lagi dan lagi.
bukan apa, kali ini nak cerita tentang beberapa orang kawan aku baru menemui jalan bahagia yang tidak ada seorang pun yang pasti berapa jauh perjalanannya. dan ada beberapa orang kawan aku lagi (kawan aku pun sebenarnya tak banyak mana)mula terasa gelombang ombak dalam perhubungan yang tiada siapa mampu meletakkan kesalahan itu di atas bahu yang mana. hidup ini ada pasang dan surutnya, kata orang-orang tua.
bila aku disekeliling golongan yang pertama, (rujuk perenggan atas, yang bahagia adalah golongan yang pertama dan seterusnya) rasa cemburu yang maha agung datang menjengah kotak hati. tipu aku katakan aku tak rasa apa-apa, aku adalah perempuan yang sering bermain dengan emosi. sering kali aku salahkan keadaan juga takdir, belum berani untuk salahkan tuhan, kenapa aku juga yang tertinggal jauh, tertinggal seorang diri. aku bukan seorang yang kental hatinya dengan mengatakan, "alah,kawan-kawan ada,cukuplah.". atau, "jangan risau, masa untuk diri sendiri akan tiba.", kerana aku tidak pernah ada rasa sabar untuk tunggu semua itu. setiap hari aku lalui dengan rasa tidak sabar, sering merengek mahukan itu kerana aku mahukan ia.bukan kerana mengikut trend, "bila sorg ada, semua kena ada.". tapi kerana aku sudah menunggu terlalu lama.
dan bila orang lain dapat dulu, sesungguhnya aku marah terhadap diri sendiri. pening dengan emosi sendiri.
dan pabila aku bersama golongan yang kedua, masih terselit rasa bersyukur kerana masih tidak dapat apa yang belum tercapai. aku masih rasa bersyukur kerana tidak perlu serabut kepala memikirkan apa yang sebenarnya kurang penting jika nak dibandingkan dengan kebajikan diri sendiri, secara betulnya. aku juga masih rasa beruntung kerana wang dan masa masih belum terbazir akibat rasa ingin memperbetulkan semua yang kuat dalam hati. aku masih boleh berbangga tidak lagi mensiakan airmata yang keringnya sia-sia apabila yang diharapkan tak mungkin akan terjadi. aku sebetulnya bersyukur tidak lagi menjadi mangsa.
tapi apa yang aku sendiri tahu, sikap tamak aku yang mahu berada dalam suatu perhubungan tetapi tidak mahu menempuh sebarang dugaan menjadi titik tolak mengapa tidak lagi aku berganti sekarang ini. sikap aku yang hanya mahukan kegembiraan dalam perhubungan membuat diri sendiri terjerat bodoh tidak mahu belajar menerima. tipulah jika aku kata masih sayang kepada exboyfriend kerana dia juga punca semuanya musnah dan aku terpaksa bina keyakinan diri yang baru. tipulah juga jika aku kata aku terlalu memilih tanpa ada kesedaran rupabentuk paras diri kerana aku tidak minta untuk sesuatu yang tak pasti.
ye lah,
sudahnya aku yang perit menanti, bila mahu tak kunjung tiba, bila tidak mahu menyendeng meminta-minta.

Subscribe to:
Posts (Atom)