Awal tahun ini aku telah lalui satu fasa yang boleh dikatakan sihat dimana aku telah belajar meninggalkan sesuatu yang tidak pasti dan memilih jalan sendiri untuk terus maju kehadapan tanpa menoleh ke arah sesuatu yang tidak perlu.
Menjadi seorang yang poyo sebenarnya tidak lah sesukar mana.
Pasangan ex-bestfriend aku dan juga ex-boyfriend aku harusnya bahagia saat ini, dan aku pasti itu, jika tidak manakan mungkin sang jejaka menghantar sang gadis hingga di pintu muka kelas di hadapan mata aku setiap hari isnin, rabu dan jumaat kerana nasib badan untuk semester ini kelas aku berganti dengan kelas sang gadis.
Dan yang manisnya, aku sudahpun berjaya mengatasi rasa perit dan susah payah membuang segala rasa jiwa kacau berkenaan mereka. Dan dengan bersyukurnya aku berfikir, sudahkah aku berjaya dengan dugaan untuk kali ini? Tidak kisah lah itu, walaupun belum lagi berjumpa jalan bahagia, tetap aku gembira kerana jalan nekad aku ambil seketika dulu, terbukti berkesan pada masa kini.
Cuma kadangkala aku terfikir, apabila dua orang bertelagah berebut (secara teknikal nya bukan lah berebut, tapi rasa tak ingin lepaskan kenangan lepas untuk seorang yang rapat mengulangi kenangan itu bersama lelaki yang sama)sang lelaki yang tulus mementingkan diri sendiri, apakah yang untungnya kami semua nekad mengikut perasaan hati?
Pelik juga bila dua sahabat sejati bertukar menjadi … ah entahlah, tak sanggup pula nak kata musuh, tapi dengan kata-kata “kau memang hipokrit” dan “kau tak penah fikir pasal aku pun, kau fikir pasal sang lelaki saja”, aku rasa itu adalah isu yang terbangkit apabila rasa nafsu yang lebih tinggi dari kasih sayang.
Sesungguhnya aku terlalu rindu pada kamu, aku rindu dengan apa yang kita kongsi sebelum datangnya sang jejaka dalam hidup kita kembali. Tapi fikir aku sekali lagi apa untungnya rindu itu?
Apapun, bulan ini bulan kemaafan, mahu aku yang mulakan dulu? Baik lah, aku minta maaf atas semua yang telah terjadi, tak kira salah aku atau salah sesiapa jua.
Entri ini buat sayangku si kawan lama itu.
No comments:
Post a Comment