obsesi aku terhadap lelaki

Tipulah kalau perempuan tak tengok lelaki. Menipu, menipu, menipu. Rata-rata semua kawan aku gemarkan lelaki, mereka umpama kuih seri muka, sayang kalau tak makan walaupun sepotong. Aku, ahli tunggal dalam kelompok rakan- rakan yang masih tunggal, memang pantang nampak lelaki, ini adalah disebabkan:

1. aku jarang dapat peluang berkawan dengan lelaki tak kisahlah bagaimana rupa parasnya tanpa ada medium yang menghubungkan kami berdua, medium aku maksudnya disini adalah orang, atau manusia yang lain. Dan dengan fakta yang mereka memandang aku seperti memandang orang-orang di tengah sawah merobek harapan yang menjulang. Hadoi,susah lah mak nak cakap.

2. aku sering termimpikan aku dapat jejaka kacak sebagai pendamping, (ye, ini keyakinan yang membencikan) supaya aku boleh bawa pulang ke kampung semua orang kampung akan, “apa yang ngensem sangat bopren anak Mat Kechik tu?”. Huyo, kalau mat saleh lagi la.aku bawak round satu kampung naik motor hari-hari.

3. aku sering jadikan alasan yang ini sebagai lesen untuk memandang lelaki dengan rakusnya, “adik bukannya apa bu, memuji indahnya ciptaan tuhan.” Puan Syikin akan menarik nafas dengan tangan satu di atas bersedia untuk melempang.

4. tidak wujudnya persahabatan antara aku dengan walau satu pun lelaki secara serius terjadi sedari kecil hinggalah aku hendak dekat-dekat SPM, sebab aku sekolah perempuan, dan sebab aku tak cool sangat bila naik bas luar setiap kali pulang dari sekolah. Kain sekolah tak singkat sangat mcm mengharung banjir, tu la pasal.

5. ini aku admit sendiri, sebab aku kurang dari segi fizikal, bukan tak cukup sifat, tapi kurang dari segi keindahan, kerana aku amat pasti rupa perempuan memainkan peranan penting dalam idup lelaki. Juga perangai aku yag kurang senonoh sikit. Alah, chillax!

Jadi, keputusannya biji mata akan tersembul setiap kali terpandang lelaki.


Wanna get laid ,tonight?

No comments: