darah daging
Apa yang aku suka tentang hari raya ialah,
Keseronokan berlungguk dengan tiga orang lagi kezen yang aku paling cinta. Walaupun diorang adalah orang yang terjarang sekali lepak dengan aku, diorang tetap berada di ranking teratas orang-orang yang aku gemari.
Masa raya ini adalah masa yang paling berkualiti sebab kami pasti berkumpul secara total bersama. Dari kecil sampai sekarang, kami sering bersama jika ada sesi pengumpulan ahli keluarga sebelah Puan Syikin. Apa yang seronok ketika bersama cousin-cousin 3 ekor ini adalah:
1.lawak kami kurang difahami oleh orang lain.
2.kami tidak akan berhenti menjerit, bersahut-sahutan bila seorang dah start.
3.kutuk-mengutuk sesama sendiri sudah pasti tanpa perlu risau tentang hati yang akan mengecil kerana pasti tidak ada.
4.aktiviti rutin mengabadikan diri di bundle-bundle seluruh kawasan gombak, mencari pakaian yang selepas itu tersarung di badan sambil terkeluar di mulut, “gue lah perempuan yang paling cantik di hari raya kalau nak banding dengan lu orang."
5.berkumpul di rumah lye dan buka kedai kopi pukul 2 pagi, borak tentang bf masing-masing. (aku jarang buka mulut time ni.)
6.duduk berlungguk sekali lagi mendengar macik-macik mengumpat dan menjadi tukang gelak kuat-kuat.
7.main picit tetek sesama sendiri kuat-kuat, pekerjaan yang tak senonoh amalan kami semua.
8.beli burger special dekat simpang rumah lye kerana burger itu ultra sedap, makan sama-sama dan melakukan aktiviti yang sama, mengumpat.
9.bertandang ke rumah saudara mara yang tinggal di kl sambil mengepaw makanan dekat rumah diorang, ini yang paling enjoy.
10.akan peluk sekuat yang mungkin bila time nak berpisah walaupun nak jumpa lagi sekali tak lama lagi.ini yang paling buat aku bahagia bersedarakan diorang.
Ada kezen-kezen yang rapat buat aku tak kesah hilang semua benda di dunia, kerana kami datang dari akar umbi yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment