cinta, "cinta?"

aku berjaya puasa selama dua hari. dan berjaya berbuka puasa dengan perut penuh masakan ibu.haa, hamek kau.

kali ini, kemusykilan aku tentang manusia rasanya penuh maksud buat seorang yang kesunyian seperti aku dan rasa kesunyian itu kadang-kadang membuat aku makan lagi, lagi dan lagi.

bukan apa, kali ini nak cerita tentang beberapa orang kawan aku baru menemui jalan bahagia yang tidak ada seorang pun yang pasti berapa jauh perjalanannya. dan ada beberapa orang kawan aku lagi (kawan aku pun sebenarnya tak banyak mana)mula terasa gelombang ombak dalam perhubungan yang tiada siapa mampu meletakkan kesalahan itu di atas bahu yang mana. hidup ini ada pasang dan surutnya, kata orang-orang tua.

bila aku disekeliling golongan yang pertama, (rujuk perenggan atas, yang bahagia adalah golongan yang pertama dan seterusnya) rasa cemburu yang maha agung datang menjengah kotak hati. tipu aku katakan aku tak rasa apa-apa, aku adalah perempuan yang sering bermain dengan emosi. sering kali aku salahkan keadaan juga takdir, belum berani untuk salahkan tuhan, kenapa aku juga yang tertinggal jauh, tertinggal seorang diri. aku bukan seorang yang kental hatinya dengan mengatakan, "alah,kawan-kawan ada,cukuplah.". atau, "jangan risau, masa untuk diri sendiri akan tiba.", kerana aku tidak pernah ada rasa sabar untuk tunggu semua itu. setiap hari aku lalui dengan rasa tidak sabar, sering merengek mahukan itu kerana aku mahukan ia.bukan kerana mengikut trend, "bila sorg ada, semua kena ada.". tapi kerana aku sudah menunggu terlalu lama.
dan bila orang lain dapat dulu, sesungguhnya aku marah terhadap diri sendiri. pening dengan emosi sendiri.

dan pabila aku bersama golongan yang kedua, masih terselit rasa bersyukur kerana masih tidak dapat apa yang belum tercapai. aku masih rasa bersyukur kerana tidak perlu serabut kepala memikirkan apa yang sebenarnya kurang penting jika nak dibandingkan dengan kebajikan diri sendiri, secara betulnya. aku juga masih rasa beruntung kerana wang dan masa masih belum terbazir akibat rasa ingin memperbetulkan semua yang kuat dalam hati. aku masih boleh berbangga tidak lagi mensiakan airmata yang keringnya sia-sia apabila yang diharapkan tak mungkin akan terjadi. aku sebetulnya bersyukur tidak lagi menjadi mangsa.

tapi apa yang aku sendiri tahu, sikap tamak aku yang mahu berada dalam suatu perhubungan tetapi tidak mahu menempuh sebarang dugaan menjadi titik tolak mengapa tidak lagi aku berganti sekarang ini. sikap aku yang hanya mahukan kegembiraan dalam perhubungan membuat diri sendiri terjerat bodoh tidak mahu belajar menerima. tipulah jika aku kata masih sayang kepada exboyfriend kerana dia juga punca semuanya musnah dan aku terpaksa bina keyakinan diri yang baru. tipulah juga jika aku kata aku terlalu memilih tanpa ada kesedaran rupabentuk paras diri kerana aku tidak minta untuk sesuatu yang tak pasti.


ye lah,
sudahnya aku yang perit menanti, bila mahu tak kunjung tiba, bila tidak mahu menyendeng meminta-minta.

No comments: