1130pm-1230am, 8-9 September 2008.
Diatas ini adalah masa terkeramat buat minggu ini.
Aku sedang melepak di mamak terkemuka di Wangsa Maju bersama rakan-rakan ketika itu, konon nak sahur tapi tak makan pun. Tak tahu nak makan apa, bila tak tahu nak makan apa, aku biarkan mata aku yang mencari makanan. Wah, lepak punya lepak dihadapan seben E sebab tertipu kononnya nak hujan, berlalu seorang lelaki gebu berambut panjang mengurai umpama sayur padi, tak la panjang sangat, itu seram, berbaju acdc dan berseluar merah pudar nak ke pink gitu (tak hodoh pun, percaya lah!), aku mula menggeletek tidak keruan. “Incoming, incoming,” hati dupdapdupdap berbicara. Aish, gebu betol, rasa ingin mengawan terbit di sanubari. Dari dalam seben E hingga beliau keluar, aku ini tiada lepas pandang.
Isunya adalah, kawan-kawan cuba meyakinkan pergi mintak phone number beliau.
Masalahnya sekarang ingat aku seberani itu kah?
Aku sebenarnya seorang yang sering berlagak berani dan kononnya terer.
Semua orang sudah clear mengapa itu terjadi. Aku sering cakap je lebih habuk tarak. Kerendahan level self esteem itu buat aku kadang-kadang nak tanya mana pintu masuk untuk menonton gig pun malu, takut kena rijek. (tak pasal).
Jadi, sehingga kini penyakit itu tidak pernah terubat, ada sapa-sapa boleh tolong?
Tapi kalau setakat nak cakap suruh kuruskan badan hingga pinggang berukuran 29 inci, lebih baik aku makan dan terus bercinta dengan Kuntum dan juga Timmy, ye Jiman.
No comments:
Post a Comment