Aku melihat mereka-mereka di bawah sebagai manusia terhot pilihan aku untuk zaman ini. Segala tentang mereka amat menarik perhatian, tak kira lah cantik ke hodoh ke, kacak ke buruk ke. Bagi aku mereka terlalu sedap mata untuk dipandang dan sekali ingat, aku rasa cita-cita aku ingin menjadi mereka.
1. Justin Timberlake
Lelaki ini buat aku rasa nak tampar diri sendiri akibat kegeraman yang melampau. Kebolehan menari dan full-butt yag ada, boleh buat seram sejuk. Mana nak carik lelaki ini di Tanah Melayu ni, susah beb.
2. Amy Winehouse
Pemujaan terhadap keunikan suara dan gaya. Tak boleh cakap lagi la. Se-pi-che-les. Tambah pula gandingan hebat bersama suami-tersayang-tapi-tak-berapa-berguna, boleh tolak kebodohan dia untuk jadik wanita pujaan aku.
3. Adeline bt Ajmain
Kawan kepada Lye, kezen aku yang mendapat tempat antara manusia-manusia hot pilihan aku sepanjang zaman. Muka yang ultra cantik, figure yang terlalu mantap, dan sikap lemah lembut yang ada, boleh jadi lesbian aku kadang-kadang. Tak pernah ada perempuan melayu yang secantik beliau, gila lah, aku suka perempun ini sejak dari pandangan pertama.
4. Khairil Anwar b.Shariff
Kami berkawan baik, tapi dia juga hot, dari segi gaya dan ilmu di dada. Walaupun begitu aku selalu deny tentang ke’hot’an dia secara terang-terangan, kerana aku bimbang dia cepat lupa diri. Tapi kebenarannya, aku rasa dia jauh lebih hot ketika berat badannya 90 lebih dulu berbanding sekarang.
5. Kirsten Bell
Minah ini menarik pandangan mata ketika aku menonton Gracie’s Choice. Peratus hot beliau lebih kepada wajah, tak tahulah, tapi aku rasa aku lebih tertarik untuk memilih dasar ke-hot-an perempuan physically dari segi wajah yang lemah gemalai. Aii, geram.
6. Adam Brody
Gila lah siapa yang tak mengaku dia ni hot. Bengong ke hape wei?
7. Chris Brown
Guilty pleasure. Aku boleh jadi tak keruan jika tak menonton video clip ‘forever’. Nigga rules, brah!
8. Akmal Senyum
Budak kecik ini haruslah hot sangat sebenarnya. Dia adalah seorang kawan baru yang berjinak-jinak dalam syfa-land. Seorang adik yang mengikut cakap kakak. Aku memang over, pernah curik gamba dia dekat mypace lepas tu buat wallpaper. Kejadian itu memang dicemuh masyarakat sekeliling. ‘syfa the stalker’ nama gelaran saya, kawan-kawan.
9. Nurul Hanna Hussein Shah
Rakan sekolej aku yang nerd tapi super hot, orang lain akan deny, tapi aku selalu cakap dalam hati dia ini hot, dari sikap nerdy yang hot dan juga muka amoi-amoi yang hot. Aku suka bila dia gelak, mata akan tertutup rapat dan suka pukul-pukul manja bila dinganjeng orang. Hanna kau comel lahh!
10. Puan Nor’ashikin bt Amran
Siapa yang tanak cakap mak sendiri hot oi. Semua tentang wanita ini adalah hot, titik.
1 comment:
terharu gua!haha~
bkn kerana lu kata wa hot, tetapi kerana ke-nerd-an gua!(ini ayat cover ye)haha.
tapi percayalah~kau lagi hot dr aku!tahniah akak cantek!
Post a Comment