kau,si perasan hot yang tinggi macam bapuk.

tadi aku pergi kelas macam biasa. oh ya, sepanjang semester yang jahat ini, selepas kelas science of hadith aku, kelas itu akan disambung dengan kelas yang diambil oleh ex besfriends aku. oh, biasalah gaduh berebut lelaki. haa, lepas itu, masalah aku dengan sorang je, tapi bila masuk seorang batu api -yang tinggi macam bapuk, selalu pakai eye shadow kaler oren (mcm nak pegi letak colok dekat tokong), and tak makan dekat mamak, hanya makan dekat Chili's dan TGI, tu pun bila ada kupon-, kononnya nak jugak ada peranan dalam cerita yang dia tak sepatutnya ada, aku rasa macam nak ambil study leave aje. apakah maksudnya menjeling-jeling aku walaupun aku sikit pun tak tengok muka dia yang macam drag queen itu? lepas itu menyamar suci dengan buat-buat baik dengan kawan-kawan aku yang sememangnya tak suka dekat kau.


perangai kau memang comel,
depan aku baik macam malaikat,
belakang aku macam ______ (sila isi tempat kosong)
mati lah kau dengan perangai macam tu,
dengan aku dengar mencuri pulak lagi.




sial, muka kau dah la buruk.

aku ini apa agaknya.

aku tengah period, kamu tahu?

the thought of "was it my mistake for being an ugly pig compared to others?" came into my mind last night.it was really awful to think about. facing all of this makes me wonder, am i good enough to find something better in later days? or am i fated to be a complete failure or substitute or whatever because of my bad looks? people make fun of my incapability, continuously. it is not a joke anymore. i don't wear this ugly face, fat ass or small breast to be laughed at, it is something i have to live with, i can change nothing.

it caused me another self-esteem to be burnt in your laughs.
this ugly pig have feelings too, i suppose.

tanah-konon-suci, kembali.

bukan aku tak sayang tempat aku belajar ni. aku sayang. tapi tempat ni tak best. aku terkepung, boring, dan takda laki hensem. harapkan junior, pun tak hensem jugak.





kelas dah start, tp aku baru pegi dua kelas je, morphology dgn introduction to sociology, cikgu-cikgu sangat lemah lembut, mata aku jugak dah lemah gemalai. tapi seronok juga kelas mereka.





"i don't understand." = "i don't ken."





wah,bukan main lagi aku.





kawan-kawan semua bawak kereta, aku menjadi penumpang setia.hari ahad kereta jiman, semalam kereta jiman dan nadal, hari ini kereta anis, esok lusa aku berazam taknak tumpang dah lagi.segan.


baru kelmarin dan semalam, duit aku habis sebanyak 80 ringgit. hari ni aku makan indomee.
ptptn keluar hari khamis, aku dah aim sesuatu dkt promod.


hari ahad aku seboleh-bolehnya nak bawak min pegi mcpa,
aku tak kira dgn induction jadah itu semua.



rindu pulak masa cuti. rindu pulak dekat khrl dengan lawak bangang dan kadar keperasanan yang menjulang itu.


aku sebenarnya seorang yg sangat kesunyian.

keraguan aku tentang genre musika.

aku ada masalah yang mana aku sukar membezakan genre-genre musik yang aku gemar.
yela, senang cerita aku memang pakai hentam je dengar.
dan langsung takda inisiatif untuk amik tau.

bukan aku malu bertanya, atau syok sendiri.
tp aku dengar lagu adalah utk diri sendiri dan bukan utk berkongsi dgn orang lain.
dan musik bagi kondisi aku sekarang bukan lah ilmu.
tapi hiburan. dan aku tidak se-extreme itu.

ada orang kata suatu masa dulu,

"kalau kita tau apa genre-genre lagu yg kita dengar, bila org lain tanya, at least kita tau,"

maksudnya, pengetahuan itu utk impress org lain? ye! aku tak setuju.
lalu, kerana itu lah aku tak pernah amik peduli apa sebenarnya muzik yang Daughters, See you next Tuesday, Despised Icon, or even New Found Glory main. Siti Nurhaliza pun aku tak tau apa pengkhususan nya.
sebab aku tak pernah ambil peduli.

yang aku tahu, aku dengar muzik mereka sebab sedap didengar walaupun kawan-kawan aku kata itu lagu kambing.

aha,aku tahu pendapat ini benar-benar berbeza dgn org lain. tp nak buat cemana, bukan salah aku aku dan bukan juga salah org lain, memg ini yg aku faham.

tapi aku suka pepuan ni. gila.


oh, juga, jgn cakap aku lame or aku poyo bila aku kurang memberi tumpuan kepada local scene.
buat masa ini aku masih melihat korupsi. atau aku rasa ia lebih kepada sifat berkawan-kawan, comradeship kata mereka. mungkin sebenarnya mereka bagus, tp ntah, mungkin sebab aku tak cool.




saya memg tak cool.
maaf.

kau memang bitch.

sini bukan tempat nak emo-emo.
tapi something lately buat aku terpikir,
dekat mana letaknya nilai satu keperibadian.
ewahh.


yela, sebenarnya aku nak cakap ni,



"kenapa kau ckp aku mcmtu? aku ni org jugak doul."
soalan yg terbaik aku tujukan buat seorang lelaki yang mustahil.
kau memang bitch.



aku rasa, tak perlu cakap or buat something yg kononnya subtle habis if nak ditch orang.

macam,

"kalau aku kapel dgn kau,dah tentu aku kapel dgn die doh.ha ha"
"ha ha, sebab kau tak cantik,jadik kau boleh dok blakang je time konvo aku."


ini cara nak ditch org yg ter'lame' skali. sangat terdahulu.
sila beritahu perkara yang sebenar, supaya org yg kita ditch tu boleh bagitau betapa perasaan tergoda nye kita sebab ingatkan dia tergila-gilakan kita.


aku hanya perlukan:

1. sepasang jeans
2. ubat extra utk kucing aku yang demam
3. dan juga harga diri




ombak jahat.

pulau pangkor atau pulau redang?

siang tadi kawan-kawan aku berbincang ape aktiviti first kami lepas dpt duit ptptn(dorg yg salahguna,aku baik).nak pegi pulau laa,mane laa, bukan main dorg ni.

dorg semua sibuk nak pergi pulau pangkor,
siap list semua sekali pulau2 yang ade termasuk pulau jerejak,
tanpa mengira kos semua,
dorg maen sebut je.
melampau betol.


aku dah start pening nak pikir,
hutang hostel pun tak bayar lagi,
ada yang aku dudok dkt hostel menimba ilmu je ni karang.




aku kelua beli milo dan baldi basuh baju dgn ibu dan ayah,
aku dah cuba paw utk sepasang kasut,
tak berjaya lah pulak.


kena cuba cara lain.

kawan-kawan saya

ha ha, mari merepek.


aku ada sedikit sahaja kawan. boleh bilang dengan jari tangan campur jari kaki.
jadi aku hargai kawan-kawan yg sedikit ini. setiap hari kisah hidup aku berkisar tentang kawan-kawan ini.


dalam hidup aku ada banyak jenis kawan-kawan.
dorg dipanggil kawan-kawan sebab dorg kawan dgn aku.
ada kawan yg betol-betol bermakna sebagai kawan, ade pulak kawan yg bermakna lebih dari kawan, dan ada jugak kawan yg jauh maknanya dari kawan yg sebenar.


dibawah adalah antara jenis-jenis kawan-kawan aku, aku bangga mereka jadi dan pernah jadi kawan aku.



1. kawan yg suka tipu utk tunjukkan diri dia best.

kawan ini sememgnya kaya, tp selalu menipu utk menampakkan dia best. tak lupe juga sesi penceritaan 'lihatlah dunia' olehnya. seperti contoh, kawan jenis ini ade tiga bijik suzuki swift berlainan warna iaitu pink, biru, dan hitam serta viva hijau. dalam sebulan bapak dia masukkan 10k dalam akaun dia. kawan ini juga akan melakukan aktiviti memutarbelitkan fakta utk mengelakkan diri dari tergugat. contohnya, "I dah quit UIA." walhal fakta sebenar adalah "aku kene dismiss lah."


2. kawan yg nak menang walaupun dah tau dia salah.

kawan yang ini memg sesuai dgn course yg dia belajar iaitu laws. debatnya memang takde orang boleh boleh lawan. padan dah tentu-tentunya salah. sebagai contoh, berebutkan seorang lelaki, apabila kawan ini dah tersilap langkah mengambil tempat sebagai girlfriend kpd exboyfriend kawan baiknya, cuba mencari salah kawan baiknya itu dan pura-pura seperti dia yg perlukan simpati. kawan ini juga akan ade kroni tersendiri yg terdiri dari kawan jenis batu api dan kawan jenis lalang yg akan diterangkan sebentar lagi. kawan jenis ini juga cepat melatah, tahap takutkan bayang-bayang sendirinya memg tinggi.


3. kawan yg terlebih selesa dgn keadaan sendiri

kawan jenis ini paling kelakar. terlalu selesa dgn diri sendiri buat kawan jenis ini kadang-kadang hanyut dibuai dgn keseronokan yg dia sendiri cipta. berulang kali statement 'aku hebat' ataupun 'bf/gf /abg/kakak/adik/jiran aku hebat' akan diulang. tak la hebat mane pun sebenarnya,tapi nak jugak. bukan apa, nak menyamakan taraf katanya. kuat membentak (melenting lah!) dan nak menang je. ini tidak adil!


4. kawan yg 'bila susah/bosan baru lah aku carik dorg'

kawan jenis ini pula akan hilang buat beberapa masa, kemudian timbul kembali dgn membawa seribu harapan. apabila hati senang ataupun 'ini bukan masa utk emo', maka kawan ini akan lupa dan bergembira tanpa mempedulikan kawan yg ditinggalkan ini. bila tiba masa yg memerlukan pertolongan ataupun sokongan, kawan jenis ini akan dtg menyendeng umpama ulat tahi mencari tempat berteduh.


5. kawan yg bersikap batu api dan suka menjadi lalang.

si batu api pula, gemar mengapi-apikan sebelah pihak yg beliau sokong, utk mendapat kredit agaknya. kawan jenis ini juga kuat menyamar seperti seorang yg suci murni tp bila tiba mengumpat, memg laju, siap dgn muka-muka sekali. sering menokok tambah dan muka akan kemerah-merahan apabila terpaksa mengaku salah sendiri bila terkantoi. si lalang pula, tugasnya ke kiri dan ke kanan, kononnya neutral. tp tak pernah adil, alasannya, "sebab die sayang aku and kau tak". kawan jenis batu api dan lalang ini memg selalu jadi kawan baik, tak tahu kenapa.


ye, ini antara kawan-kawan aku, ada je yg baik dari semua segi, tapi tak payah la nak mention dkt sini sebab yang baik tu memg dah sedia baik, yg jahat la nak buat kutuk pun.


maksud aku bukan kutuk, maksud aku ambil iktibar.

fewwit.